AZAN merupakan satu lafaz khusus yang diamalkan oleh penganut agama Islam sebagai tanda masuknya waktu solat fardu. Orang-orang Mukmin diseru supaya segera berkumpul untuk mengerjakan solat fardu. Manakala, IQAMAT pula bermaksud sebutan tertentu untuk memberitahu para jemaah untuk mula mengerjakan solat.
Baca: Salam Subuh Quotes dan Ucapan Selamat Pagi
KELEBIHAN AZAN
Sesungguhnya seruan azan itu mempunyai banyak hikmah dan kelebihannya. Imam Nawawi Rahimahullah pernah berkata bahawa azan itu mempunyai empat hikmah iaitu :
- Pertama : Untuk menzahirkan tanda Islam dan Kalimah Tauhid.
- Kedua : Untuk memberitahu tanda masuk waktu sembahyang.
- Ketiga : Untuk memberitahu tempat sembahyang.
- Keempat : Untuk memanggil berjemaah.
Jabir bin ‘Abdillah r.a telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda,
Maksudnya: Barang siapa yang mendengar azan dan berdoa Ya Allah, Wahai Tuhan yang telah mensyariatkan seruan azan dan sembahyang yang akan didirikan. Kurniakanlah kedudukan yang tinggi dan terpuji yang engkau telah janjikan kepada junjungan kami Nabi Muhammad dan kehormatan, luluslah baginya syafaatku baginya pada hari kiamat. – Riwayat Hadis Imam Bukhari
Dari Abi Hurairah Radiallahuanhu, sesungguhnya Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda,
Maksudnya: Apabila dilaungkan azan untuk sembahyang, syaitan akan menjauhkan dirinya sambil terkentut-kentut (kerana lari sekuat-kuatnya) sehinggalah tidak terdengar lagi azan. Jika selesai azan itu, syaitan akan kembali lagi sehinggalah iqamah untuk sembahyang diserukan dia akan menjauhkan diri. Sehinggalah selesai iqamah itu barulah dia kembali lagi sehingga dia melintasi antara seseorang itu dengan dirinya (mengwas-waskan). Dia akan berkata : Ingatlah begini-begini, ingatlah begini-begini terhadap sesuatu yang tidak sewajarnya diingati sehinggalah lelaki itu tidak mengetahui berapa rakaat dia bersembahyang – Hadis Riwayat Bukhari
Dari Annas bin Malik katanya, Nabi Muhammad SAW telah bersabda,
Maksudnya: Doa tidak ditolak antara azan dan iqamah. Mereka berkata : Apakah yang kami katakan wahai Rasulullah? Baginda bersabda : Kamu memohon kepada Allah afiat (keselamatan) di dunia dan di akhirat. – Riwayat Al-Imam At-Termidzi
Hukum melaungkan azan adalah sunat muakkad ketika hendak mendirikan sembahyang fardhu. Melaungkan azan juga adalah satu Fardu Kifayah bagi sesuatu kumpulan, dan tuntutan sunatnya terlaksana walaupun tidak dilakukan oleh semua ahli kumpulan tersebut.
Baca: Bergambar Ucapan Jumat Barakoh Quotes Indah
Doa Selepas Azan
