Salam Subuh Quotes dan Ucapan Selamat Pagi

Salam Subuh Quotes dan Ucapan Selamat Pagi

Ya Allah, sungguh aku memohon kepadaMu ILMU yang bermanfaat, REZEKI yang halal dan AMALAN yang diterima

Ya Allah, jadikanlah awal hari kami sebagai sebuah kebaikan, pertengahan hari kami sebagai sebuah kemenangan dan akhir hari kami sebagai sebuah kejayaan.

Ya Allah, terima kasih atas segala nikmat dan kurniaMu di pagi ini. Jadikanlah setiap langkah kami agar selalu dalam kebaikan. Jadikanlah sisa umur kami penuh dengan keberkatan. Lindungilah kami semua dengan kasih sayangMu. Sesungguhnya Ya Allah, hidup dan matiku hanya keranaMu. Aamiin.

Ya Allah….jadikan pagi ini awal yang indah, terbuka pintu rezeki dan kebahagiaan hati. Aamiin

YA ALLAH, Muliakanlah sesiapa yang membaca doa ini. Lapangkanlah hati kami. Bahagiakanlah keluarga kami. Luaskanlah rezeki kami seluas lautan yang Engkau ciptakan. Mudahkanlah segala urusan kami. Kabulkanlah impian kami. Jauhkanlah kami dari segala penyakit, fitnah, prasangka keji, berkata kasar. Jauhkanlah kami dari segala musibah. Jadikanlah kami sebagai penghuni syurga terindahMu kelak dengan keizinanMu. Aamiin..

Salam Subuh Quotes dan Ucapan Selamat Pagi

Salam Subuh. Subhanallah. Alhamdulillah, Lailahaillallah. Allahuakhbar. Semoga Allah permudahkan segala apa jua yang kita lakukan hari ini.

Assalamualaikum. Salam Subuh. Ya Allah, jadikanlah kami bersabar saat diuji. Bersyukur saat diberi. Memaafkan saat dizalimi. Istighfar saat menyalahi dan bukakanlah hati kami untuk selalu dekat denganMu. Aamiin

Baca: Gambar: Contoh2 Ucapan Waalaikumussalam Aamiin

Assalamualaikum. Kebahagiaan hanya akan dapat dirasai apabila kita mula menyedari bahawa kita ini sentiasa dirahmati oleh Allah. Syukur Alhamdulillah.

Assalamulaikum. Ya Allah, terangilah jiwa kami dengan cahayaMu. Bimbinglah langkah kami dengan petunjukMu. Jagalah kami dari seksa api neraka. Aamiin Ya Robbal Alamin

Bismillah. Ya Allah. Di Subuh yang damai ini, izinkan aku memohon perbaikilah rezeki kami hari ini. Sihatkanlah jiwa kami. Gembirakanlah kami dalam keluarga yang bahagia dan aman damai. Aamiin.

Assalamulaikum. Selamat Pagi dan Salam Subuh. Bangun pagi, ucaplah Alhamdulillah. Kerana Allah masih beri peluang untuk perbaiki kesilapan kita agar menjadi ghamba yang soleh dan solehah. Aamiin.

Salam Subuh Quotes dan Ucapan Selamat Pagi

Baca: Kad Ucapan Happy Birthday Untuk Sahabat Karib

Semoga segala doa kita dimakbulkan. Segala urusan dipermudahkan. Tercapai segala hajat dan sentiasa di dalam lindungan serta rahmat Allah SWT

ucapan salam subuh quotes, assalamualaikum salam subuh, waalaikumussalam salam subuh, assalamualaikum salam subuh dan selamat pagi, waalaikumsalam salam subuh, salam subuh jumaat, ucapan salam subuh dan selamat pagi, salam subuh dan doa,Salam Subuh Quotes

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *