Panduan: Cara Solat Hajat dan Doa Solat Hajat Mustajab

Sudah menjadi lumrah dan sifatnya, manusia sentiasa berhajat akan sesuatu. Naluri seumpama ini merupakan lumrah dan fitrah penciptaan manusia. Allah SWT membuka ruang seluas-luasnya kepada hamba-Nya yang mempunyai keperluan dan hajat agar meletakkan pergantungan mereka kepada-Nya.

Ketika dihimpit kepayahan, manusia sangat berharap kepada tembat untuk bergantung. Makanya, mohonlah ke0pada Allah SWT kerana Dialah sebaik-baik tempat untuk bergantung dan memohon pertolongan. Insyaallah.

Daripada Ibn Abi Aufa ra, bahawa Baginda bersabda yang maksudnya: Sesiapa yang ada hajat pada Allah SWT atau pada sesiapa daripada kalangan anak Adam, hendaklah dia mengambil wudhuk dan kemudian menunaikan solat dua rakaat

Hadis Riwayat Ibn Majah

Hukum mengerjakan solat hajat adalah Sunat. Terdapat beberapa pandangan ulama dalam membicarakan berapakah bilangan solat sunat hajat – 2 rakaat atau 4 rakaat atau 12 rakaat. Namun, mazhab Syafie, Hambali dan Maliki berpegang kepada pendapat solat sunat hajat dikerjakan sebanyak 2 rakaat.

Koleksi Doa Selepas Solat

Panduan Solat

Cara Mengerjakan Solat Sunat Hajat – Ringkas (2 rakaat)

Bacaan Rakaat Pertama

  • Membaca Surah Al-Fatihah
  • Membaca Ayat Al-Kursi
Panduan: Cara Solat Hajat dan Doa Solat Hajat Mustajab

Bacaan Rakaat Kedua

  • Membaca Surah Al-Fatihah
  • Membaca Surah Al-Ikhlas

DOA SOLAT HAJAT RINGKAS – ARAB, RUMI DAN MAKSUD

Ya Allah, sesungguhnya kami memohon kepadaMu hal-hal yang dapat menentukan rahmatMu dan menguatkan pengampunanMu, memperoleh segala kebaikan, menyelamatkan daripada kejahatan, memperolehi syurga dan selamat daripada api neraka.

Ya Allah, sesungguhnya Engkau mendengar ucapanku, melihat tempat tinggalku, mengetahui lahir batinku, dan tidak ada satu urusan pun daripada urusanku yang tersembunyi daripada pengetahuanMu.

Baca: 10 Zikir Selepas Solat Fardhu – Murah Rezeki

Aku adalah hamba yang sengsara dan amat memerlukan, hamba yang memohon bantuan, hamba yang penakut, yang meminta dikasihani, yang mengakui dan menyatakan semua dosa-dosanya kepadaMu.

Ya Allah, aku mohon kepadaMu sebagaimana memintanya si miskin dan aku berdoa kepadaMu seperti doanya doa orang berdosa yang amat hina.

Aku mohon kepadaMu seperti orang penakut lagi buta, juga seperti berdoanya orang yang merendahkan jiwanya, merendahkan raga, wajah, serta hidungnya kepadaMu

Panduan: Cara Solat Hajat dan Doa Solat Hajat Mustajab

Baca: Salam Subuh Quotes dan Ucapan Selamat Pagi

Doa solat hajat dalam menghadapi peperiksaan

Panduan: Cara Solat Hajat dan Doa Solat Hajat Mustajab

Ya Allah Ya Tuhan kami,
Ampunkanlah dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami, dosa guru-guru kami, dosa anak-anak kami, dosa anak didik kami dan dosa seluruh muslimin muslimat samada yang masih hidup atau yang telah mati.

Ya Allah Ya Tuhan kami,
Kami menadah tangan kepadaMu, berkatilah setiap ilmu yang telah kami pelajari selama ini, berkatkanlah segala ilmu yang telah kami ajarkan kepada anak didik kami, keluarkanlah kami daripada lembah kejahilan dan kegelapan kepada daerah cahayaMu dan ilmu pengetahuan.

Ya Allah Ya Tuhan kami,
Hanya Engkau yang mampu memberi taufik dan hidayah kepada hambaMu, maka anugerahkanlah kepada kami taufiq dan hidayahMu, agar kami menjadi guru yang amanah menjalankan tanggungjawab mendidik, agar kami menjadi ibu bapa yang dihormati dan dicontohi oleh anak-anak kami, tambahkanlah kasih sayang diantara kami, jauhkanlah rasa benci hasad dan iri hati, hiasilah diri kami seperti peribadi Nabi, serta lindungilah kami dari syaitan yang dilaknati.

Ya Allah Ya Tuhan kami,
Ikhlaskan hati anak didik kami dalam menuntut ilmu, kekalkan semangat yang tinggi untuk mereka terus belajar tanpa ada rasa jemu, janganlah Engkau palingkan hati mereka dan hati kami, lindungilah kami dari menuntut ilmu hanya kerana segulung sijil, hanya untuk harta, hanya untuk wanita, dan hanya untuk tahta, lindungilah kami dari sifat tamakkan dunia.

Ya Allah Ya Tuhan kami,
Kami berlindung kepadaMu daripada ilmu yang tidak memberi manfaat kepada diri dan agama kami, jadikanlah kami orang yang beramal dengan ilmu yang telah Engkau pinjamkan kepada kami.

Ya Allah Ya Tuhan kami,
Kami memohon kepadaMu, mengharap kepadaMu, bertawakkal kepadaMu, berilah kejayaan kepada anak didik kami dalam peperiksaan yang bakal mereka tempuhi, tenangkan hati mereka, lapangkan dada mereka, luaskan fikiran mereka, kuatkan ingatan mereka, dan janganlah Engkau jadikan mereka tergolong dalam golongan yang menggunakan ilmu untuk merosakkan agama.

Ya Allah Ya Tuhan kami,
Kami hamba yang lemah hina dan dina ini memohon seribu rahmat dan keberkatan dariMu, golongkanlah kami dalam golongan yang Engkau redhai, tanpa redhaMu, tiadalah ertinya kehidupan kami, maka kepadaMu kami memohon, redhailah kami dalam apa jua yang kami kerjakan.

solat hajat, cara solat hajat, doa solat hajat, pandua solat hajat, soa solat hajat yang mutajab, solat hajat ringkas, doa selepas solat hajat, cara cara ssolat hajay, doa solat hajat rumi