23 Pantun Ucapan Hari Raya Klasik WhatsApp

Pantun Ucapan Hari Raya – Menghantar ucapan aidilfitri kepada sanak saudara melalui aplikasi sosial media seperti WhatsApp, Facebook, Instagram dan TikTok sudah menjadi suatu trend masa kini.

Pada masa kini, seseorang boleh menghantar ucapan Aidilfitri berupa pantun secara ringkas tetapi bermakna kepada orang terdekat.

Melalui ucapan selamat hari raya ini, umat Islam boleh saling bermaafan sesama sendiri disamping kesyukuran atas kemenangan beribadah selama sebulan pada bulan Ramadan

Baca: 12 Doa Hari Raya Aidilfitri – Bulan Syawal

Pantun Ucapan Hari Raya WhatsApp

Ketupat dianyam menyambut Aidilfitri
Pelita dinyala menambah seri
Syawal menjelma meriah dirai
Ukhuwah terjalin saling mensyukuri

Di hujung muara tanam papaya,
Juga mangga dan asam pauh;
Dalam gembira menyambut raya,
Ingatlah juga saudara yang jauh.

Cantik bergaya berkain satin,
Cuaca gelap menuju pekan;
Sempena raya maaf zahir batin,
Salah dan silap harap ampunkan

Mercun meletup dibakar api,
Di malam hari di Aidilfitri,
Seronok sungguh di malam ini,
Menyambut kepulangan kesayangan hati.

23 Pantun Ucapan Hari Raya Klasik WhatsApp

Senyum terukir cantik sepadan,
Tiada kata masih terkawal;
Sepuluh akhir berbaki Ramadan,
Gembira kita menyambut syawal.

Cantik berseri melambai tangan,
Berkurung sopan si gadis desa;
Meriah Aidilfitri tanda kemenangan,
saling bermaafan aman sentosa.

Dara berlima bertudung bawal,
Tinggal berjiran tepian sekolah;
Takbir bergema di pagi Syawal,
Tanda kesyukuran kepada Allah.

Malam raya pasang pelita,
Suasana indah sekeliling kampung;
Tangan dihulur maaf dipinta,
Meriahkan Aidilfitri dengan saling berkunjung.

Berlabuh sudah tirai ramadhan
Kini syawal menjelang tiba
Di hari raya kita bermaafan
Moga dimaafi segala dosa

Jalan raya diterangi suria
Raya Diraikan Hingga ke Malam
Hari Raya Hari Mulia
Eratkan Hubungan Hulurkan Salam

13 Pantun Raya Loghat Negeri

Negeri Kelantan

Make ikke cicoh budu
Jange lupo tamboh satar
Kelik rayo taksir laju
Nanti rayo dale sepita

Negeri Terengganu

Makang ubi jamang jepong
Makang kepok cicah cuke
Bulang pose mung bengong
Bulang raye mung gile

Negeri Pahang

Sepadan Pahang ada kasino
Nasi dagang ikan patin
Jange mu masam muko
Raya makan rendang sadin

Negeri Johor

Cegitu cegini awak suke ek
Awak suke kite tak suke ek
Esok luse hari raye ek
Sama-sama bersuke rie ek

Negeri Melaka

Hawau kau berak merate
Kaki bengkak ulau patok
Kalu balik naik kerete
Jangan pandu kalau ngantok

Negeri Sembilan

Masak lomak cili api
Campo dongan daun turi
Hari rayo kolumpo sopi
Tinggal penyamun dongan pencuri

Negeri Selangor & Kuala Lumpur

Wa cakap lu wa tak tau
Tapi wa tipu sama lu
Raya jangan buat tak tau
Angpau ada bagi gua dulu

Negeri Perak

Gulai tempoyak ikan mayong
Deroyan busok tebok tupai
Pandu hemat ingat kampong
Asal teman selamat sampai

Negeri Kedah

Aloq Staq terketaq-ketaq
Lapaq perut makan pau
Macam mana tak ketaq
Kena paksa bagi angpau

Negeri Penang

Nasi kandaq kedai mamak
Anak mami juai pesemboq
Lepas raya usah dok triak
Kalu ceti mai ikut dapoq

Negeri Perlis

Padang besaq kecik aja
Tempat siam lalu lalang
Hari raya kita berbelanja
Jangan sampai menambah utang

Negeri Sabah

Gunong kinabalu tinggi bah,
Org sabah bawah bayu.
Hari raya jgn lupa bah,
Ok bah kalau kau.

Negeri Sarawak

Bulan posa sik boleh bebulak,
Makan megi betapok tapok,
Iboh takut asuk menyalak
Rilek lah pok..