1001 Koleksi Doa Selamat PDF – Rumi, Ringkas & Lengkap

Membaca doa selamat adalah salah satu cara untuk mendapatkan perlindungan dariNya. Doa selamat sering dibacakan sewaktu kenduri kesyukuran, atau ada juga yang panggil kenduri doa selamat.

Ia juga boleh dibacakan pada permulaan apa-apa sahaja acara agar ia berjalan dengan lancar dan selamat. Insya-Allah

Muat Turun 5 Doa Selamat (Rumi)

Doa Selamat 1

Ya Allah, kami memohon kepadaMu keselamatan dalam agama, kesejahteraan, kesegaran pada tubuh dan penambahan ilmu, dan keberkahan rezeki, serta taubat sebelum mati dan rahmat di waktu mati, dan keampunan sesudah mati, Aamiiin.

1001 Koleksi Doa Selamat PDF - Rumi, Ringkas & Lengkap

Doa Selamat 2

Ya Allah, masukkanlah kami ke dalam syurga bersama dengan para Nabi. Ya Tuhan kami, kurniakanlah kami kebaikan di dunia dan di akhirat. Jauhkanlah kami daripada seksaan neraka. Semoga Allah mencurahkan kesejahteraan ke atas sebaik-baik makhluknya, junjungan kami Nabi Muhammad, keluarga dan sahabatnya. Maha suci Tuhan yang Maha Mulia daripada sebarang kekurangan. Salam sejahtera ke atas para rasul dan segala puji hanya bagi Allah, Tuhan sekalian alam.

Baca: 21 Bersangka Baik Quote, Hadith dan Husnuzon kepada Allah

1001 Koleksi Doa Selamat PDF - Rumi, Ringkas & Lengkap

Doa Selamat 3

Ya Allah sesungguhnya kami memohon kepadaMu keselamatan dalam agama, dan kesihatan dalam tubuh. Bertambah dalam ilmu, dan keberkatann rezeki, dan taubat sebelum mati. Mendapat rahmat ketika mati, dan mendapat pengampunan sesudah mati. Ya Allah mudahkanlah bagi kami dari sakaratul maut, lepaskan dari api neraka. Dan mendapat keampunan ketika dihisab. Ya Allah jangankanlah Engkau menyesatkan hati kami sesudah Engkay memberi petunjuk. Dan berilah kami rahmat dari sisiMu. Ya Allah berikan kami kebaikan di dunia dan di akhirat. Dan jauhkanlah kami dari api neraka.

Doa Selamat 4

Ya Allah, kurniakanlah kepada kami lidah yang lembut basah kerana mengingati dan menyebut nama-Mu, hati yang penuh segar mensyukuri nikmat-Mu dan tubuh badan yang ringan menyempurnakan ketaatan kepada perintah-Mu.

Ya Allah, kurniakanlah kami iman yang sempurna, hati yang khusyuk, ilmu yang berguna, keyakinan yang benar-benar mantap. Ya Allah, kurniakanlah kami cara hidup (Din) yang jitu dan unggul, selamat daripada segala mara bahaya dan petaka. Kami mohon, ya Allah, kecukupan daripada segalanya sehingga tidak sampai kami terpaksa meminta-minta daripada orang lain. Berikanlah kami, ya Allah, iman yang sebenar-benarnya sehingga kami tidak lagi gentar, mengharap dan menyembah selain daripada-Mu. Kembangkanlah naungan rahmat-Mu kepada kami, keluarga dan anak-anak kami serta sesiapa sahaja yang bersama-sama kami. Janganlah, ya Allah, Engkau biarkan nasib kami ditentukan oleh diri kami sendiri walaupun kadar sekelip mata sekalipun atau kadar masa yang lebih singkat dari itu, ya Allah, ya Tuhan kami, Engkau Tuhan yang Maha Memperkenankan segala permintaan.

Selawat dan restu-Mu untuk Junjungan kami Muhammad SAW, Nabi yang mulia, dan kepada keluarga Baginda dan para sahabat Baginda seluruhnya.
Amin….

1001 Koleksi Doa Selamat PDF - Rumi, Ringkas & Lengkap

Doa Selamat 5

Ya Allah, sesungguhnya Engkau mengetahui hati kami. Kami telah berkumpul karena cinta-Mu, dan berjumpa dalam ketaatan pada-Mu, dan bersatu dalam dakwah-Mu, dan berpadu dalam membela syariat-Mu. Maka Ya Allah, kuatkanlah ikatannya, kekalkanlah cintanya, tunjukkanlah jalannya, penuhilah ia dengan cahaya yang tiada redup, dan lapangkanlah dada-dada dengan iman yang berlimpah kepada-Mu. Serta indahnya takwa kepada-Mu, dan hidupkan ia dengan ma’rifat-Mu, dan matikan ia dalam syahid di jalan-Mu. Sesungguhnya Engkau sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik penolong. Ya Allah, kabulkanlah.

Doa Selamat 6

Ya Allah, ya Tuhan kami yang memiliki segala kekuasaan dan kemuliaan, kurniakanlah taufik dan hidayah-Mu kepada kami, restuilah perancangan kami, bimbinglah kami dengan petunjuk-Mu yang berterusan. Pimpinlah kami sekalian ke jalan yang lurus dan benar yang membawa kepada ketenteraman dan kesejahteraan. Hindarkanlah kami sekalian dari segala mala petaka dan sifat- sifat yang keji.

Selamatkanlah kami sekalian dari perselisihan yang boleh membawa perpecahan dan kebinasaan . Anugerahkanlah kepada kami kekuatan dan keupayaan untuk merangka strategi dan dasar negara bagi mencapai kecemerlangan dan kesejahteraan serta matlamat wawasan sebagaimana yang kami cita-citakan.

Ya Allah, ya Tuhan kami, kami pohonkan limpah rahmat, taufik dan hidayah bagi pemimpin-pemimpin dan seluruh rakyat negara yang tercinta. Mantapkanlah semangat dan keazaman mereka dengan penuh kesabaran dan bertawakkal kepada-Mu dalam memikul tanggungjawab memajukan negara supaya disanjung tinggi, bertaraf dunia dan disegani, di bawah ri’ayah-Mu dan naungan-Mu.

Doa Selamat 7

Ya Allah, kami pohon perlindungan dari-Mu dari segala hasutan syaitan mahu pun kejahatan insan, kami pohon keselamatan dan kesejahteraan agar hidup dalam aman dan tenteram, selamatkanlah kami dari segala keburukan, jauhkanlah kami dari segala bala, wabak mahu pun penyakit yang menyusahkan.

Ya Tuhan kami, Engkaulah yang maha mengetahui apa yang tersirat dalam hati dan sanubari kami, Engkaulah yang lebih mengetahui hajat dan tujuan kami pada saat ini, kami mengakui dengan penuh kesedaran dan keinsafan tentang kebesaran dan kekuasaan-Mu ya Allah. Lantaran itu kami menadah tangan di samping memohon keselamatan dan kesejahteraan yang berterusan. Kami juga ingin melahirkan kesyukuran yang tidak terhingga atas nikmat keselamatan dan kesejahteraan yang telah Engkau kurniakan.

Ya Allah, Engkaulah yang lebih mengetahui tentang hati dan perasaan kami. Kami yakin bahawa hanya kudrat dan iradat-Mu sahaja yang dapat
menyelamatkan kami dari segala rupa bentuk keburukan mahu pun bala bencana. Hanya kekuasaan-Mu jua yang telah menyelamatkan kami dari segala maksiat mahu pun wabak.

Ya Allah, kemurahan-Mu kami pohonkan, ihsan-Mu kami harapkan, Rahman dan Rahim-Mu kami pinta. Semoga kami sentiasa dilindungi dan dinaungi
dengan sepenuh riayah dan pemeliharaan-Mu, kami akui bahawa kami sentiasa terdedah kepada bahaya dan keburukan, lebih-lebih lagi manusia yang mempunyai hasad dengki di atas sedikit kelebihan yang dikurniakan kepada kami. Justeru itu, kami pohonkan ya Allah, Engkau peliharakanlah serta hindarkanlah kami daripada segala bahaya dan keburukan itu.