10 Doa Sebelum Tidur – Arab, Rumi, Allahumma aslamtu

Tidak ada seorang Muslim yang berdoa dengan doa yang tidak mengandung dosa atau memutus hubungan persaudaraan, kecuali Allah akan memberikan kepadanya salah satu dari tiga hal:

  • Allah akan segera mengabulkan doanya, atau
  • Dia akan menyimpan (pahala doa) itu untuknya di akhirat, atau
  • Dia akan menghindarkan dari kejahatan sebanding dengan doa tersebut.

Doa Sebelum Tidur – Firman Allah swt, maksudnya: “Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada I tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi orang yang berakal. (laitu) orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri, duduk dan berbaring mengiring dan mereka memikirkan berkenaan penciptaan langit dan bumi.” – Surah Ali Imran, ayat 190 hingga 191

Doa Sebelum Tidur (Arab Jawi)

اللَّهُمَّ أسْلَمْتُ وجْهِي إلَيْكَ، وفَوَّضْتُ أمْرِي إلَيْكَ، وأَلْجَأْتُ ظَهْرِي إلَيْكَ، رَغْبَةً ورَهْبَةً إلَيْكَ، لا مَلْجَأَ ولَا مَنْجَا مِنْكَ إلَّا إلَيْكَ، اللَّهُمَّ آمَنْتُ بكِتَابِكَ الذي أنْزَلْتَ، وبِنَبِيِّكَ الذي أرْسَلْتَ

“Ya Allah, aku pasrahkan diriku kepada-Mu, aku pasrahkan urusanku kepada-Mu, aku hadapkan wajahku kepada-Mu, aku bertumpu kepada-Mu kerana aku ingin dan takut kepada-Mu. Tiada tempat kembali dan tiada penyelamat selain dari-Mu, melainkan kepada-Mu. Aku beriman kepada kitab yang Engkau turunkan dan Nabi-Mu yang telah Engkau utuskan”.

Baca: Ucapan Takziah: Doa Menutup Mata Jenazah (Rumi)

10 Doa Sebelum Tidur - Arab, Rumi, Allahumma aslamtu

Doa Sebelum Tidur Rumi

10 Doa Sebelum Tidur - Arab, Rumi, Allahumma aslamtu
  1. Bismika Rabbi wado’tu janbi, wa bika arfauhu, in amsakta nafsi farhamha, wa in arsaltaha fahfazha bi ma tahfazu bibi ibadakas-solihin
    (Dengan nama-Mu ya Allah, saya letakkan badan saya dan dengan menyebut nama-Mu juga, saya membangunkan diri saya. Sekiranya Engkau mencabut nyawa saya, berilah belas kasihan-Mu kepadanya. Dan jikalau Engkau membenarkan saya hidup, lindungilah diri saya seperti Engkau melindung hamba-hamba-Mu yang taat.)
  2. Bismikallahumma abya wa amutu
    (Dengan nama-Mu ya Allah, saya hidup dan saya mati).
  3. Alhamdulillahil-lazi at’amana wa sagana, wa kajana, wa awana, fakam mimman la kafi labu wa la muwi
    (Seluruh puji-pujian bagi Allah yang memberi kami makan dan minum, mencukupkan keperluan kami dan memberikan tempat tinggal untuk kami. Alangkah ramainya orang yang tidak cukup perkara ini dan tiada orang yang mengasihani mereka)
  4. Allahumma aslamtu nafsi ilayka, wa fawwadtu amri ilayka, wa aljatu zohri ilayka, roghbatan wa rohbatan ilayka, la maljaa wa la manja minka illa ilayka, amantu bikitabikal-lazi anzalta, wa binabiyyikal-lazi arsalta
    (Ya Allah, saya menyerahkan nyawa saya kepada-Mu, saya serahkan urusan saya kepada-Mu, saya serahkan tubuh saya kepada-Mu kerana cinta dan takut kepada-Mu. Tidak ada tempat saya menyandar dan melindung diri melainkan kepada-Mu. Saya beriman kepada al-Quran yang Engkau turunkan dan nabi yang Engkau lantik sebagai utusan-Mu). Apabila saudara mati selepas membaca doa ini, saudara mati sebagai seorang Islam. Oleh itu, bacalah doa ini sebagai kata-kata terakhir saudara sebelum memejam mata.)

Hadis Amalan Nabi Muhammad Sebelum Tidur

Huzaifah dan Abu Zar berkata, “Apabila Rasulullah hendak tidur, baginda membaca Bismikallahumma abya wa amutu (Dengan nama-Mu ya Allah, saya hidup dan saya mati).” – Hadis Riwayat Bukhari.

Saidatina Aisyah melaporkan, “Apabila Rasulullah hendak tidur, baginda meniup perlahan-lahan ke dua tapak tangannya dan membaca surah al-Ikhlas, al-Falaq dan an-Nas. Selepas itu, baginda menyapu badannya dengan kedua-dua tangannya itu.” – Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

Saidatina Aisyah berkata, “Apabila hendak tidur setiap malam, nabi merapatkan kedua-dua tapak tangan dan membaça ke dalam tangannya surah al-Ikblas, al-Falaq dan an-Nas.

Selepas itu, baginda menggunakan tangannya itu buat menyapu tubuhnya sehingga mana yang sampai, bermula dari kepala, ke muka, dari bahagian hadapan tubuhnya ke belakang. Ini dilakukan sebanyak tiga kali.

– Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

10 Doa Sebelum Tidur - Arab, Rumi, Allahumma aslamtu

Anas ra berkata, “Apabila Nabi Muhammad hendak tidur, baginda membaca doa Alhamdulillahil-lazi at’amana wa sagana, wa kajana, wa awana, fakam mimman la kafi labu wa la muwi

(Seluruh puji-pujian bagi Allah yang memberi kami makan dan minum, mencukupkan keperluan kami dan memberikan tempat tinggal untuk kami. Alangkah ramainya orang yang tidak cukup perkara ini dan tiada orang yang mengasihani mereka).”

– Hadis Riwayat Muslim.

Huzaifah berkata, maksudnya: “Apabila Rasulullah baring hendak tidur, baginda meletakkan tangan kanan beliau di bawah pipi kanan beliau, kemudian beliau berdoa Allahumma gini azabaka yawma tab’asu ibadaka (Ya Allah, jauhkan saya daripada azab-Mu pada hari Engkau membangkitkan semua hamba-Mu).” – Hadis Riwayat at-Tirmidzi

Hadis Nabi Amalan Membaca Ayat Suci Al Quran Sebelum Tidur

Ali ra berkata, Rasulullah menerangkan kepada dia dan isterinya Fatimah. Kata Rasulullah, “Apabila kamu berdua hendak tidur, bacalah takbir (Allahu akbar) sebanyak tiga puluh tiga kali, tasbih (Subhanallah) sebanyak tiga puluh tiga kali dan tahmid (Alhamdulillah) juga sebanyak tiga puluh tiga kali.”

Sumber lain menyebut, “Bacalah tasbih sebanyak tiga puluh empat kali.” Ada pula sumber yang menyebut, “Bacalah takbir sebanyak tiga puluh empat kali.” – Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

Menurut Sunnah – Ajaran Rasulullah Sebelum Tidur

Abu Hurairah berkata, Rasulullah bersabda, maksudnya: “Apabila saudara hendak tidur, hendaklah saudara kibas-kibaskan bahagian dalam kain alas tempat tidur. Percayalah, tidak diketahui apa yang ada tertinggal di situ. Selepas itu bacalah doa Bismika Rabbi wado’tu janbi, wa bika arfauhu, in amsakta nafsi farhamha, wa in arsaltaha fahfazha bi ma tahfazu bibi ibadakas-solihin

(Dengan nama-Mu ya Allah, saya letakkan badan saya dan dengan menyebut nama-Mu juga, saya membangunkan diri saya. Sekiranya Engkau mencabut nyawa saya, berilah belas kasihan-Mu kepadanya. Dan jikalau Engkau membenarkan saya hidup, lindungilah diri saya seperti Engkau melindung hamba-hamba-Mu yang taat.)”

– Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

Barra bin Azib melaporkan, “Rasulullah menerangkan kepada saya, ‘Apabila tiba masa saudara hendak tidur, ambillah air sembahyang dahulu. Selepas itu, baringlah di sebelah kanan tubuh saudara dan baca Allahumma aslamtu nafsi ilayka, wa fawwadtu amri ilayka, wa aljatu zohri ilayka, roghbatan wa rohbatan ilayka, la maljaa wa la manja minka illa ilayka, amantu bikitabikal-lazi anzalta, wa binabiyyikal-lazi arsalta

(Ya Allah, saya menyerahkan nyawa saya kepada-Mu, saya serahkan urusan saya kepada-Mu, saya serahkan tubuh saya kepada-Mu kerana cinta dan takut kepada-Mu. Tidak ada tempat saya menyandar dan melindung diri melainkan kepada-Mu. Saya beriman kepada al-Quran yang Engkau turunkan dan nabi yang Engkau lantik sebagai utusan-Mu). Apabila saudara mati selepas membaca doa ini, saudara mati sebagai seorang Islam. Oleh itu, bacalah doa ini sebagai kata-kata terakhir saudara sebelum memejam mata.)”

– Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.