Doa Naik Kenderaan Rumi – Arab, Bermusafir

Doa Naik Kenderaan – Berdoalah dalam apa jua hal dan situasi. Doa merupakan sebahagian daripada hidup seorang Muslim.

Ia menunjukkan hubungan langsung antara hamba dan Penciptanya iaitu Allah swt. Melalui doa, seorang Muslim dapat menzahirkan rasa pengharapan, berserah diri ketakutan, dan rasa syukur terhadap Yang Maha Esa.

Sesungguhnya segala susuatu yang terjadi itu adalah atas kehendak-Nya.

Abdullah bin Sarjis berkata: “Apabila Nabi Muhammad melakukan perjalanan, baginda memohon perlindungan Allah daripada kesusahan perjalanan, daripada kesedihan keadaan semasa pulang, dan daripada adanya kekurangan selepas ada kelebihan, dan daripada doa pihak yang dianiaya, dan daripada keadaan buruk yang menimpa keluarga dan harta.” – Hadis Riwayat Muslim.

Baca: Contoh Ucapan Perpisahan Persaraan Guru – Teman Kerja

Doa Naik Kenderaan – Rumi dan Arab

(12) وَٱلَّذِى خَلَقَ ٱلْأَزْوَٰجَ كُلَّهَا وَجَعَلَ لَكُم مِّنَ ٱلْفُلْكِ وَٱلْأَنْعَـٰمِ مَا تَرْكَبُونَ

لِتَسْتَوُۥا۟ عَلَىٰ ظُهُورِهِۦ ثُمَّ تَذْكُرُوا۟ نِعْمَةَ رَبِّكُمْ إِذَا ٱسْتَوَيْتُمْ عَلَيْهِ وَتَقُولُوا۟ سُبْحَـٰنَ ٱلَّذِى سَخَّرَ لَنَا

(13) لَنَا هَـٰذَا وَمَا كُنَّا لَهُۥ مُقْرِنِينَ

(14) وَإِنَّآ إِلَىٰ رَبِّنَا لَمُنقَلِبُونَ

Dan (Dia lah) yang menciptakan sekalian makhluk yang berbagai jenisnya; dan Ia mengadakan bagi kamu kapal-kapal dan binatang ternak yang kamu dapat mengenderainya,

Supaya kamu duduk tetap di atasnya; kemudian kamu mengingati nikmat Tuhan kamu apabila kamu duduk tetap di atasnya, serta kamu (bersyukur dengan) mengucapkan:” Maha Suci Tuhan yang telah memudahkan kenderaan ini untuk kami, sedang kami sebelum itu tidak terdaya menguasainya –

Dan sesungguhnya kepada Tuhan kamilah, kami akan kembali!

Surah az-Zukhruf, ayat 12 hingga 14
Doa Naik Kenderaan Rumi - Arab, Bermusafir

Doa Naik Kenderaan – Copy Paste (Menurut Hadis)

Abdullah bin Umar berkata: “Apabila Nabi Muhammad saw sudah duduk tegak di atas haiwan kenderaannya bagi memulakan perjalanan, baginda bertakbir 3 kali iaitu berkata, Allahu akbar, dan membaca doa yang bermaksud:

Maha suci Allah yang menjadikan haiwan kenderaan ini mematuhi kami padahal kami tidak berkuasa menundukkannya. Kepada Tuhan kami, kami kembali.

Ya Allah, kami mohon kepada-Mu, dalam perjalanan ini, bakti taat dan takwa, dan amal perbuatan yang Kau redai.

Ya Allah, permudahkanlah perjalanan ini bagi kami, dan dekatkanlah jarak yang jauh ini.

Ya Allah, Engkau-lah kawan dalam perjalanan, dan pengganti keluarga yang kami tinggalkan.

Ya Allah, kepada-Mu kami mencari perlindungan daripada kesusahan dalam perjalanan, dan daripada kesedihan, dan daripada buruknya keadaan sewaktu kami kembali, baik mengenai harta kami, keluarga ataupun anak-anak kami.

Dan apabila kami pulang, ditambah dengan bacaan yang bermaksud: Kami sudah pulang, bertaubat, dan tetap ibadat, serta memuji Tuhan kami.” – Hadis Riwayat Muslim

Amalan Doa Menaiki Kenderaan Dan Bermusafir

Ali bin Rabi’ah berkata: “Saya nampak Ali bin Abu Talib, semasa beliau diberi haiwan kenderaan supaya dinaikinya, waktu beliau meletakkan kakinya di kenderaan itu beliau membaca bismillah (Dengan nama Allah), dan sewaktu beliau sudah duduk di atas haiwan itu beliau membaca, ‘Segala puji bagi Allah yang menjadikan haiwan ini kenderaan kami, dan kami tidak dapat menaikinya melainkan dengan pertolongan Allah. Sesungguhnya kami kembali kepada Allah.'”

Kemudian beliau berkata, Alhamdulillah yang maksudnya, ‘Semua pujian bagi Allah’ sebanyak 3 kali. Kemudian beliau berkata Allahu akbar yang maksudnya Allah Maha Besar’ juga sebanyak tiga kali.

Kemudian beliau berkata lagi, yang maksudnya, ‘Maha suci Allah, sesungguhnya aku menganiayai diriku sendiri, ampunilah aku, sesungguhnya hanya Engkau yang dapat memberi keampunan.

Selepas mengucap semua itu, Ali ketawa.

Beliau ditanyakan, ‘Wahai Pemimpin Umat Islam, mengapakan tuan ketawa?”

Beliau menjawab, ‘Saya melihat Nabi Muhammad saw melakukan apa yang saya lakukan tadi, lalu baginda dan saya ketawa. Saya bertanya, Wahai Pesuruh Allah, mengapakah tuan ketawa?” Lalu Nabi Muhammad menjawab, ‘Sesungguhnya Tuhan-mu yang Maha Suci suka apabila hamba-Nya mengucapkan ‘Ampunilah dosa-dosaku’. Allah menjawab, ‘Orang ini mengetahui memang tidak ada yang berkuasa mengampuni dosanya melainkan Aku.’“- Hadis Riwayat Abu Daud dan Tirmizi.