10 Zikir Doa Pagi Menurut Hadis dan al-Quran – Jawi, Rumi dan Melayu

Doa berperanan dalam meraih sesuatu yang diinginkan. Walaupun Allah swt Maha Mengetahui akan sesuatu perkara, namun manusia diajar untuk berkomunikasi, meminta dan berdoa dengan bersungguh-sungguh.

Allah SWT telah menjadikan doa dan permohonan sebagai sebab untuk meraih keampunan dan rahmat-Nya serta memberinya petunjuk dan pertolongan serta rezeki-Nya. Berdoa juga mampu menolong seseorang dalam menghadapi musibah.

Para Rasul dan Nabi juga mendidik umatnya agar sentiasa berdoa dalam apa jua keadaan. Rasulullah saw khususnya telah mengajar kita agar sentiasa berdoa bermula dari bangun tidur, masuk dan keluar tandaas, memakai pakaian, makan, minum, menaiki kenderaan, memulai dan mengakhiri sesuatu majlis, bersin, menguap hinggalah kita tidur semula. Inilah cara hidup yang menjadi amalan orang-orang soleh.

Allah SWT tidak akan mengecewakan doa orang yang memanjatkan doa kepada-Nya. Dia tidak menolak dan mengabaikan doa seseorang, bahkan Dia Maha Mendengar doa. Marilah kita sama-sama melazimi dengan berdoa dan memohon kepada Allah SWT dalam apa jua perkara dan urusan dalam kehidupan kita.

Baca: 30 Doa dan Ucapan Selamat Menunaikan Umrah (Bahasa Malaysia)

10 Zikir Doa Pagi Menurut Hadis dan al-Quran - Jawi, Rumi dan Melayu

Koleksi Doa Pagi

Doa Pagi 1

اللَّهُمَّ عَالِمَ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ فَاطِرَ السَّماوَاتِ وَالْأَرْضِ، رَبَّ كُلِّ شَيْءٍ وَمَلِيكَهُ، أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ، أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ نَفْسِي، وَمِنْ شَرِّ الشَّيْطَانِ وَشِرْكِهِ، وَأَنْ أَقْتَرِفَ عَلَى نَفْسِي سُوءاً أَوْ أَجُرَّهُ إِلَى مُسْلِمٍ.

Allahumma AAalimal-ghaybi washshahadah, fatiras-samawati wal-ard, rabba kulli shayin wamaleekah, ashhadu an la ilaha illa ant, aAAoothu bika min sharri nafsee wamin sharrish-shaytani washirkih, waan aqtarifa AAala nafsee soo-an aw ajurrahu ila muslim.

Ya Allah, Yang Maha Mengetahui yang ghaib dan yang nyata, Pencipta langit dan bumi, Tuhan dan Penguasa segala sesuatu, aku bersaksi bahawa tiada yang berhak disembah melainkan Engkau. Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan jiwaku dan dari kejahatan dan kesyirikan syaitan, dan dari melakukan kezaliman terhadap jiwaku atau menimpakan yang demikian kepada Muslim yang lain.

Hadis Riwayat At-Tirmidzi
10 Zikir Doa Pagi Menurut Hadis dan al-Quran - Jawi, Rumi dan Melayu

Doa Pagi 2

اللَّهُمَّ بِكَ أَصْبَحْنَا، وَبِكَ أَمْسَيْنَا، وَبِكَ نَحْيَا، وَبِكَ نَمُوتُ، وَإِلَيْكَ النُّشُورُ.

Allahumma bika asbahna wabika amsayna, wabika nahya ,wabika namootu wa-ilaykan-nushoor.

Ya Allah, dengan izin-Mu kami sampai waktu pagi dan dengan izin-Mu kami sampai petang, dengan izin-Mu kami hidup dan mati dan kepada-Mu-lah kami dibangkitkan.

Hadis Riwayat At-Tirmidzi

Doa Pagi 3

اللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّي لَّا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ، خَلَقْتَنِي وَأَنَا عَبْدُكَ، وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ، أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ، أَبُوءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ، وَأَبُوءُ بِذَنْبِي فَاغْفِر لِي فَإِنَّهُ لَا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا أَنْتَ.

Allahumma anta rabbee la ilaha illa ant, khalaqtanee wa-ana AAabduk, wa-ana AAala AAahdika wawaAAdika mas-tataAAt, aAAoothu bika min sharri ma sanaAAt, aboo-o laka biniAAmatika AAalay, wa-aboo-o bithanbee, faghfir lee fa-innahu la yaghfiruth-thunooba illa ant.

Ya Allah, Engkaulah Tuhanku, tiada yang berhak disembah melainkan Engkau, Engkau telah menciptakanku dan aku adalah hamba-Mu dan aku berpegang pada janji dan janji-Mu dengan sebaik-baiknya, aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan yang aku lakukan. Aku mengakui nikmat-Mu kepadaku dan aku mengakui dosaku, maka ampunilah aku, kerana sesungguhnya tiada yang dapat mengampuni dosa selain Engkau.

Hadis Riwayat Bukhari

Doa Pagi 4

اللَّهُمَّ إِنِّي أَصْبَحْتُ أُشْهِدُكَ وَأُشْهِدُ حَمَلَةَ عَرْشِكَ، وَمَلَائِكَتَكَ وَجَمِيعَ خَلْقِكَ، أَنَّكَ أَنْتَ اللَّهُ لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ وَحْدَكَ لَا شَرِيكَ لَكَ، وَأَنَّ مُحَمَّداً عَبْدُكَ وَرَسُولُكَ (أربع مرات)

Allahumma innee asbahtu oshhiduk, wa-oshhidu hamalata AAarshik, wamala-ikatak, wajameeAAa khalqik, annaka antal-lahu la ilaha illa ant, wahdaka la shareeka lak, wa-anna Muhammadan AAabduka warasooluk.

Ya Allah, sesungguhnya aku telah sampai di waktu pagi, dan aku menyeru kepada-Mu, para pembawa arash-Mu, para malaikat-Mu, dan seluruh makhluk-Mu untuk bersaksi bahawa Engkau adalah Allah, tidak ada yang berhak disembah kecuali Engkau semata-mata, tidak ada sekutu bagi-Mu dan bahawa Muhammad adalah Hamba dan Rasul-Mu.

Hadis Riwayat Abu Daud

Doa Pagi 5

اللَّهُمَّ مَا أَصْبَحَ بِي مِنْ نِعْمَةٍ أَوْ بِأَحَدٍ مِنْ خَلْقِكَ فَمِنْكَ وَحْدَكَ لَا شَرِيكَ لَكَ، فَلَكَ الْحَمْدُ وَلَكَ الشُّكْرُ.

Allahumma ma asbaha bee min niAAmatin, aw bi-ahadin min khalqik, faminka wahdaka la shareeka lak, falakal-hamdu walakash-shukr.

Ya Allah, nikmat yang aku perolehi atau makhluk-Mu adalah dari-Mu semata-mata, tiada sekutu bagi-Mu, maka bagi-Mu segala puji dan bagi-Mu segala syukur.

Hadis Riwayat Abu Daud

Doa Pagi 6

اللَّهُمَّ عَافِـني فِي بَدَنِي، اللَّهُمَّ عَافِـنِي فِي سَمْعِي، اللَّهُمَّ عَافِنِي فِي بَصَرِي، لَا إِلَهَ إلاَّ أَنْتَ.(ثلاثاً) اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُبِكَ مِنَ الْكُفْر، وَالفَقْرِ، وَأَعُوذُبِكَ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ ، لَا إلَهَ إلاَّ أَنْتَ. (ثلاثاً).

Allahumma AAafinee fee badanee, allahumma AAafinee fee samAAee, allahumma AAafinee fee basaree, la ilaha illa ant.(three times). Allahumma innee aAAoothu bika minal-kufr, walfaqr, wa-aAAoothu bika min AAathabil-qabr, la ilaha illa ant.

Ya Allah sihatkanlah tubuh badanku, Ya Allah sihatkan pendengaranku, Ya Allah sihatkanlah penglihatanku. Tiada yang berhak disembah melainkan Engkau. Ya Allah, aku berlindung dengan-Mu dari kekufuran dan kemiskinan, dan aku berlindung dengan-Mu dari azab kubur. Tiada yang berhak disembah melainkan Engkau.

Hadis Riwayat Abu Daud

Doa Pagi 7

حَسْبِيَ اللَّهُ لَآ إِلَهَ إِلَّا هُوَ عَلَيْهِ تَوَكَّلْتُ وَهُوَ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ. (سبع مَرّات حينَ يصْبِح وَيمسي)

Hasbiyal-lahu la ilaha illa huwa, AAalayhi tawakkalt, wahuwa rabbul-AAarshil-AAatheem

Cukuplah Allah bagiku, tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Dia, hanya kepada-Nya aku bertawakkal dan Dia adalah Tuhan yang mempunyai Arasy yang tinggi.

Hadis Riwayat Abu Daud

Zikir Doa Pagi 8

أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللَّهِ التَّامَّاتِ مِنْ شَرِّ مَا خَلَقَ. (ثلاثاً إِذا أمسى)

aAAoothu bikalimatil-lahit-tammati min sharri ma khalaq.

Aku berlindung dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna dari kejahatan yang Dia ciptakan.

Hadis Riwayat Ahmad dan at-Tirmidzi

Zikir Doa Pagi 9

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْعَفْوَ وَالْعَافِيَةَ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ، اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْعَفْوَ وَالْعَافِيَةَ فِي دِينِي، وَدُنْيَايَ، وَأَهْلِي، وَمَالِي، اللَّهُمَّ اسْتُرْ عَوْرَاتِي، وَآمِنْ رَوْعَاتِي، اللَّهُمَّ احْفَظْنِي مِنْ بَيْنِ يَدَيَّ، وَمِنْ خَلْفِي، وَعَنْ يَمِينِي، وَعَنْ شِمَالِي، وَمِنْ فَوْقِي، وَأَعُوذُ بِعَظَمَتِكَ أَنْ أُغْتَالَ مِنْ تَحْتِيَ.

Allahumma innee as-alukal-AAafwa walAAafiyah, fid-dunya wal-akhirah, allahumma innee as-alukal-AAafwa walAAafiyah fee deenee, wadunyaya wa-ahlee, wamalee, allahummas-tur AAawratee, wa-amin rawAAatee, allahummah-fathnee min bayni yaday, wamin khalfee, waAAan yameenee, waAAan shimalee, wamin fawqee, wa-aAAoothu biAAathamatika an oghtala min tahtee.

Ya Allah, aku memohon kepada-Mu keampunan dan kesejahteraan di dunia dan akhirat. Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu ampunan dan kesejahteraan dalam urusan agama dan duniaku, keluargaku dan hartaku. Ya Allah, tutupilah kelemahanku dan tenangkanlah kegelisahanku. Ya Allah, peliharalah aku dari hadapan, dari belakang, dari kananku, kiri dan atasku, dan aku berlindung kepada-Mu agar aku tidak ditelan bumi.

Hadis Riwayat Ibnu Majah

Zikir Doa Pagi 10

اللَّهُمَّ عَالِمَ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ فَاطِرَ السَّماوَاتِ وَالْأَرْضِ، رَبَّ كُلِّ شَيْءٍ وَمَلِيكَهُ، أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ، أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ نَفْسِي، وَمِنْ شَرِّ الشَّيْطَانِ وَشِرْكِهِ، وَأَنْ أَقْتَرِفَ عَلَى نَفْسِي سُوءاً أَوْ أَجُرَّهُ إِلَى مُسْلِمٍ.

Allahumma AAalimal-ghaybi washshahadah, fatiras-samawati wal-ard, rabba kulli shayin wamaleekah, ashhadu an la ilaha illa ant, aAAoothu bika min sharri nafsee wamin sharrish-shaytani washirkih, waan aqtarifa AAala nafsee soo-an aw ajurrahu ila muslim.

Ya Allah, Yang Maha Mengetahui yang ghaib dan yang nyata, Pencipta langit dan bumi, Tuhan dan Penguasa segala sesuatu, aku bersaksi bahawa tiada yang berhak disembah melainkan Engkau. Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan jiwaku dan dari kejahatan dan kesyirikan syaitan, dan dari melakukan kezaliman terhadap jiwaku atau menimpakan yang demikian kepada Muslim yang lain.

Hadis Riwayat at-Tirmidzi