Puitis – 20 Ucapan dan Doa Pagi Jumaat yang Mustajab & Sunnah

Ya Allah, sesungguhnya engkaulah Maha Pengampun lagi Maha Mulia yang menyintai orang yang memohon kemaafan, Ampunilah aku Ya Allah.

Aku memohon Keampunan kepada Allah yang Maha Agung, yang tiada Tuhan kecuali Dia yang Maha hidup dan Maha mendiri sendiri, Aku Bertaubat kepada-Nya.

Ya Allah, maafkanlah kesalahan kami, ampunilah dosa-dosa kami, dan berikan Rahmat kepada kami. Cukupkanlah aku dengan rezekiMu yang Halal (hingga aku terhindar) dari yang Haram. Kayakanlah aku dengan anugerahMu (hingga aku tidak meminta) kepada selainMu. Amin ya rabbal alamin.

Baca: Koleksi Ucapan Hari Lahir Islamik – Untuk Sahabat

Doa Pagi Jumaat

Puitis - 20 Ucapan dan Doa Pagi Jumaat yang Mustajab & Sunnah

Ya Allah, aku memohon pada-Mu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang thoyyib dan amalan yang diterima – Hadis Riwayat ibnu Majah

Aku berlindung kepada-Mu daripada hal-hal buruk yang aku perbuat dan dosa-dosaku dan aku mengakui nikmat kurniaan-Mu kepadaku. Maka, ampunilah aku kerana tidak ada yang mampu mengampuni dosa-dosa itu selain Engkau ya Allah.

Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari ilmu yang tidak bermanfaat, dari hati yang tidak khusyuk, dan dari nafsu yang tidak pernah kenyang, serta dari doa yang tak dikabulkan.

Puitis - 20 Ucapan dan Doa Pagi Jumaat yang Mustajab & Sunnah

DOA MOHON REZEKI

Ya Allah, tambahkanlah rezeki kepada kami, jangan Engkau kurangi. Muliakanlah kami dan jangan Engkau hinakan kami. Berilah kami dan jangan Engkau halangi kami. Pilihlah kami dan jangan Engkau tinggalkan kami, dan jangnlah Engkau cegah kami.

DOA TAUBAT

Ya Allah, sesungguhnya aku telah menzalimi diriku sendiri dengan kezaliman yang besar. Dan tiada siapa yang akan mengampuni dosa-dosaku melainkan Engkau. Maka ampunilah aku dengan keampunan yang besar daripada sisi-Mu. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Pengasih.

Ya Allah, bantulah aku dalam mengingati-Mu, bersyukur kepada-Mu dan memperbaik ibadahku.

Ya Allah, aku minta pada Engkau agar melimpahkan kepadaku rezeki yang halal, luas dan baik. Tanpa kesusahan, tanpa kemelaratan dan tanpa kepayahan. Sesungguhnya Engkau berkuasa atas segala sesuatu.

DOA MINTA DIJAUHKAN DARIPADA ORANG JAHAT

Ya Allah, selamatkanlah aku dari orang-orang yang zalim itu – Surah al-Qashash: 21

DOA AGAR DIPERMUDAH URUSAN

Ya Rabbku, lapangkanlah untukku dadaku, dan mudahkanlah untukku urusanku, dan lepaskanlah kekakuan dari lidahku, supaya mereka mengerti perkataanku.

DOA MOHON KEMUDAHAN
Ya Allah, tidak ada kemudahan kecuali yang Engkau buat mudah. Dan Engkau menjadikan kesedihan (kesulitan), jika Engkau kehendaki pasti akan menjadi mudah.

Ucapan Jumaat Penuh Puitis

JUMAAT PENUH BERKAT. Tuhan menciptakan rasa pengesalan agar kita mengerti akan erti sebuah rasa syukur dan erti bahawa tidak semua hal dapat diulang kembali.

Biarkan titisan embun pagi yang indah membasuh kesedihan semalam. Semoga Allah menganuerahkan rahmat dan rezeki-Nya yang melimpah ruah kepada kita semua. Selamat Pagi!

Nikmatilah warna kehidupan yang indah – sekarang! Selamat Pagi!

Ini bukan sekadar hari lain. Ia adalah satu lagi peluang dalam hidup untuk merealisasikan impian anda. Bangun dan mulakan. Selamat Pagi!

Alhamdulillah. Selamat Pagi. Syukur kepada Allah kerana masih bernyawa dan masih diberikan kesempatan untuk meneruskan kehidupan. Semoga kehidupan kita hari ini lebih baik daripada semalam.

Selamat Pagi. Sebuah harapan dan jalan selalu datang untuk mereka yang selalu berdoa serta berjuang tanpa mengenal sebuat kata menyerah.

Selamat Pagi. Semoga semuanya sihat sejahtera dan bahagia selalu bersama insan-insan tersayang. Tetaplah bersemangat untuk menjalani hari-harimu.

Selamat pagi. Hati yang bersyukur adalah ungkapan terindah di pagi hari. Lupakanlah yang menyakitkan. Mulailah dengan harapan baru. Moga Tuhan Memberkati Kita Semua.

Bismillah. Semoga Allah membimbing setiap langkah sehingga apapun yang kita lakukan menjadi berkat. Serta, walauapapun yang kita usahakan menjadi indah.

Burung-burung yang berkicauan, loceng pagi yang indah, langit biru yang cerah, cahaya pagi yang indah, dan perkara baru untuk diceritakan. Selamat Pagi Dunia!

Sedikit sinaran matahari pagi adalah ubat terbaik. Ini adalah permulaan baharu pada hari baharu yang indah.

Rebutlah hari ini dengan sekuat tenaga. Sahut cabaran hidup hari ini dengan hati yang yakin, kerana setiap hari adalah permulaan yang baru. Selamat pagi

Ia adalah hari baru! Tambahkan pemikiran positif, dan tolak tenaga negatif. Jadikan hari ini sebagai satu hari yang hebat!