30 Doa dan Ucapan Selamat Menunaikan Umrah (Bahasa Malaysia)

Seseorang yang pergi menunaikan ibadah umrah pastinya mengharapkan perjalanan pergi dan pulang mereka berjalan dengan selamat dan lancar.

Mesej berupa doa dan ucapan yang indah ini sedikit sebanyak dapat menenangkan hari mereka .

Seseorang itu harus mengucapkan selamat kepada saudara Muslim yang pergi mengerjakan ibadah umrah di tanah suci. Pada masa sama, turut berdoa memohon kepada Allah untuk menjemput mereka ke sana juga. Insya-Allah

Mungkin juga ada dikalangan kita yang tidak tahu dan tidak yakin untuk memberikan ucapan yang bagaimana untuk kenalan yang pergi menunaikan ibadah umrah.

Berikut merupakan senarai ucapan dan doa yang boleh anda ucapkan untuk mereka. Dan, sudah semestinya turut meminta mereka untuk sama mendoakan untuk anda tatkala berada di rumah Allah.

Baca: Untaian Doa – Ucapan Selamat Hari Lahir Ibu Islamik, Menyentuh Hati

Doa Keselamatan Sepanjang Menunaikan Umrah

بِسْـمِ اللهِ وَالْحَمْـدُ لله، سُـبْحانَ الّذي سَخَّـرَ لَنا هذا وَما كُنّا لَهُ مُقْـرِنين، وَإِنّاء ، الحَمْـدُ لله، الحَمْـدُ لله، الحَمْـدُ لله، اللهُ أكْـبَر، اللهُ أكْـبَر، اللهُ أكْـبَر، سُـبْحانَكَ اللّهُـم َاغْـفِرْ لي، فَإِنَّهُ لا يَغْفِـرُ الذُّنوبَ إِلاّ أَنْـت

Dengan Nama Allah. Segala puji bagi Allah. Maha Suci Dia yang telah menyediakan ini untuk kita walaupun kita tidak pernah dapat memperolehnya dengan usaha kita. Sesungguhnya kepada Tuhan kami, kami kembali. Segala puji bagi Allah. Segala puji bagi Allah. Segala puji bagi Allah. Allah Maha Besar. Allah Maha Besar. Allah Maha Besar. Maha Suci Engkau. Ya Allah, aku telah menzalimi jiwaku sendiri. Ampunilah aku, kerana sesungguhnya tiada yang mengampuni dosa melainkan Engkau
Umrah dan Haji: Panduan Lengkap, Ucapan, Doa (Rumi) - The Mizzone

Koleksi Ucapan Untuk Umrah

Semoga berkat Allah swt sentiasa menerangi perjalanan, menguatkan iman dan membawa kegembiraan ke dalam hati sepanjang waktu semasa menunaikan ibadah umrah ini.

Semoga Allah menerima semua ibadah dan doa yang dipanjatkan kepada-Nya. Semoga jemaah umrah ini dipenuhi dengan kegembiraan, kebahagiaan, ketenangan dan kedamaian!

Semoga Allah menjadikan segala impian dan hasrat menjadi kenyataan. Selamat menunaikan ibadah umrah

Kalian diberkati untuk pergi menunaikan ibadah umrah pada hari ini. Dari lubuk hati paling dalam, saya ingin menyampaikan ucapan dan mendoakan yang terbaik untuk awak dan kaum keluarga yang pergi ke tanah suci. Moga mabrur!

Semoga Allah merahmati perjalanan pergi dan pulang kamu sekeluarga dalam mengerjakan ibadah umrah ini. Insya-Allah

Luangkan sebanyak mungkin waktu untuk bermunajat dan berdoa, muhasabah diri dan memohon keampunan kepada yang Maha Kaya. Minimumkan masa yang dihabiskan untuk membeli-belah dan pergaulan kosong.

Semoga hari ini Allah makbulkan segala hajatmu sekeluarga. Semoga dia membanjiri hidupmu dengan kebahagiaan dan kegembiraan melalui ibadah Umrah ini. Salam sayang dan selamat menunaikan Umrah.

Ayat Untuk Orang Menunaikan Umrah

Umrah adalah antara perjalanan paling indah dalam kehidupan setiap muslim. Semoga anda sekeluarga mendapat manfaat sepenuhnya. Hati dipenuhi dengan ketenangan, kasih sayang, dan kkeredhaan Allah Robbul Alamin.

Semoga rahmat Allah sentiasa memayungi dan menerangi perjalanan umrah ini dan kasih sayang-Nya memberkati serta meredhai semua amal ibadah yang dilakukan. Insya-Allah.

Semoga umrah yang dilakukan ini membimbing ke jalan yang diredhai Allah dan seterusnya dapat menjalani kehidupan yang lebih baik pada tahun-tahun mendatang.

Semoga perjalanan umrah ini mengubah dan memperkayakan kerohanian semua jemaah. Semoga hati menjadi tenang untuk melaksanakan semua amal ibadah di tanah suci. Semoga semua doa yang dibaca diterima oleh yang Maha Esa.

Selamat Menunaikan Ibadah Umrah. Semoga Allah sentiasa menjaga dan merahmati sepanjang perjalanan. Umrah Mubarak.

Semoga memperoleh umrah yang diberkati dan berjaya! Semoga Allah memberi kekuatan dan keberanian untuk menempuh kehidupan baru yang bebas dari dosa.”

Semoga Allah memberi petunjuk dan melindungi para jemaah umrah daripada sebarang bahaya sepanjang perjalanan menunaikan ibadah umrah. Insya-Allah

30 Doa dan Ucapan Selamat Menunaikan Umrah