Koleksi Ucapan Selamat Hari Lahir Ibu – Terima Kasih, Rindu

Ada yang memanggil IBU. Ada yang selesa dengan Mak. Ada yang menggelarnya Mama. Tidak kurang juga yang gembira dengan panggilan Bonda.

Namun, walau apa juga gelaran yang digunakan, ia tetap menjurus kepada satu sosok tubuh yang sama. Itulah dia wanita yang telah melahirkan dan membesarkan kita.

Terima kasih ibu kerana sentiasa ada bersama kami, anak-anakmu walau apa jua keadaan. Tiap pengorbanan ibu sentiasa menjadi pendorong untuk kami terus gigih berusaha menjadi insan yang menjadi kebangganmu hingga ke akhirnya.

Baca: Doa dan Ucapan Terima Kasih Sambutan Hari Lahir

Ucapan Selamat Hari Lahir Ibu

Selamat ulang tahun untuk wanita yang selalu bersamaku sama ada susah dan senang. Itulah dia, ibuku tersayang. Semoga ulang tahun ini, ibu dipenuhi dengan kebahagiaan dan hidup sejahtera dunia dan akhirat.

Terima kasih Ibu. Hanya Mak yang selama ini menemaniku ketika dalam susah dan senang. Dan sekarang aku ingin mengucapkan terima kasih terhadap apa yang Mak telah berikan. Happy birthday!

Dalam seluruh hidupku, ibu selalu ada untukku. Tidak akan pernah ada kata yang cukup untuk mengungkapkan betapa aku sangat bersyukur memiliki ibu yang luar biasa ini. Terima kasih ibu.

Pada ulang tahun kelahiran Ibu yang ke-XX tahun ini, kami doakan agar Ibu sentiasa diberikan nikmat kesihatan, kebahagiaan, kedamaian dan ketenangan hati . Semoga sihat selalu hingga ke anak cucu. Terima kasih untuk semuanya.

Selamat hari lahir Ibu tercinta. Semoga sentiasa dalam lindungan Allah swt. Peluk dan cium untuk ibu terbaik!

Barakallahu fii umrik ibu. Semoga sentiasa memeperoleh keberkatan usia yang berpanjangan. Milad Mubarak.

Baarakallaah fii umrik. Semoga Allah menganugerahkan umur yang berkat, kesihatan yang baik untuk beribadah dengan tenang dan salamah fiddunya wal akhirah, aamiin.

Selama ini, hanya mama yang ada saat susah dan senang. Sekarang saya ingin mengucapkan terima kasih terhadap apa yang mama telah berikan. Happy birthday!

Barakallah fii umrik Ibu! Semoga Ibu selalu sihat dan diberikan umur yang panjang, berkat serta rahmat daripada Allah swt.

Ibu, terima kasih atas segala kebaikan dan pengorbananmu selama ini. Selamat hari lahir. Aku akan selalu menyanyangimu hingga akhir nafasku.

Barakallah fii umrik ibu. Hari ini adalah hari terindah dalam setahun kerana hari ini adalah hari ulang tahun kelahiran ibu. Kami berdoa kepada Allah swt agar selalu diberikan kesihatan, panjang umur dan bermanfaat. Aamiin.

Barakallah fii umrik ibu. Tidak ada nikmat yang paling indah selain umur yang panjang dan keberkatan yang Allah swt berikan untuk ibu.

Happy birthday, Mama! Semoga bertambahnya usia ini, mama semakin bahagia, diberikan kesihatan yang baik dan umur yang panjang.