Ucapan Puasa: Kelebihan Beri Makan Orang Berbuka Puasa

Memberi makan orang yang berbuka puasa merupakan salah satu amalan yang sangat ditekankan dalam Islam. Selain daripada ganjaran pahala, amalan ini juga menjadikan hubungan antara saudara seagama.

Sumbangan seumpama ini sama ada kecil mahupun besar, pasti akan memberikan pengaruh emosi terhadap mereka yang memerlukan.

Rasulullah SAW menunjukkan contoh yang terbaik sebagai seorang yang dermawan khususnya pada bulan Ramadan. Ibnu ‘Abbas ra meriwayatkan bahawa:

“Rasulullah SAW adalah orang yang paling dermawan. Baginda lebih dermawan lagi pada bulan Ramadan, saat baginda bertemu Jibril. Jibril menemuinya setiap malam untuk mengajarkan al-Quran. Dan sifat dermawan Rasulullah SAW melebihi angin yang berhembus.”

Hadis Riwayat Bukhari

Kelebihan Beri Makan Orang Berbuka Puasa

Ucapan Puasa: Kelebihan Beri Makan Orang Berbuka Puasa

Sifat dermawan Rasulullah SAW pada bulan Ramadan turut menjadi ikutan sahabat baginda. Banyak riwayat yang menjelaskan sifat dermawan sahabat Rasulullah SAW seperti yang dilakukan oleh Ibnu ‘Umar. Beliau tidak berbuka pada bulan Ramadan kecuali memanggil anak-anak yatim dan orang miskin untuk turut berbuka puasa bersamanya.

Baca: Koleksi Ucapan Iftar – Doa Selamat Berbuka Puasa Ramadan Sahabat

Antara ucapan / hadis yang menerangkan tentang kebaikan memberi makanan kepada orang berpuasa ini adalah:

Ucapan – Hadis Kelebihan Beri Makan Orang Berbuka Puasa

Zaid bin Khalid al-Juhani berkata, Nabi Muhammad saw bersabda, maksudnya: “Sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berpuasa ketika waktu berbuka, beliau mendapat pahala seperti orang yang berpuasa itu, tanpa ada sedikit pun pengurangan.” – Hadis Riwayat at-Tirmidzi

Nabi Muhammad saw bersabda, maksudnya: “Dan sesiapa yang memberi kekenyangan kepada orang yang berpuasa maka dia akan mendapat keampunan atas dosa-dosanya, dan Allah akan memberikan dia minum daripada Haudh (telaga) ku dengan minuman yang akan menyebabkan dia tidak akan dahaga selamanya sehinggalah dia masuk ke dalam syurga.”

Ucapan Puasa: Kelebihan Beri Makan Orang Berbuka Puasa

Ummu Umarah al-Ansariah berkata, Nabi Muhammad saw bersabda, maksudnya: “Pada suatu hari, Rasulullah datang ke rumahnya. Kemudian dia menghidang makanan. Rasulullah mempelawa, ‘Marilah makan bersama.’ Ummu Umarah berkata, ‘Saya sedang berpuasa.’ Rasulullah saw berkata, ‘Sebenarnya orang yang berpuasa itu dipohonkan kerahmatan oleh para malaikat. laitu apabila terdapat orang lain sedang makan berhampiran dengannya sehinggalah orang itu selesai makan.’ Mungkin juga Baginda berkata, ‘Sehingga orang itu kenyang.” – Hadis Riwayat at-Tirmidzi

Anas ra berkata, “Rasulullah menemui Sa ad bin Ubadah. Sa ad menghulurkan roti dan minyak kepada Rasulullah saw, lalu Baginda pun makan. Selesai makan, Baginda berkata, ‘Orang yang berpuasa berbuka di rumahmu. Orang yang bertakwa memakan makananmu. Dan para malaikat memohonkan kerahmatan untukmu.” – Hadis Riwayat Abu Daud

Imam Izzuddin Al Izz bin Abd al-Salam dalam menjelaskan fadhilat memberi makan kepada orang yang berpuasa menyebut: “Sesiapa yang memberi makan kepada 36 orang yang berpuasa dalam sepanjang tahun, maka dia akan mendapat pahala berpuasa selama setahun.”