Ucapan Penghargaan Kepada Guru: Inspirasi & Penghargaan

Selamat Hari Guru! Terima Kasih kepada semua Guru yang pernah menabur bakti dan ilmu kepadaku. Semoga Allah ganjarkan Syurga Tertinggi buat Guru.

Aamiiin

Tidak mungkin anda tertakdir menjadi guru oleh Allah swt melainkan anda mempunyai sesuatu aset dan kelebihan yang tersendiri sama ada secara anda sedar atau tidak. Hanya insan terpilih sahaja yang ditakdirkan untuk menjadi GURU.

Ekspresikan Terima Kasih Anda : Selamat Menyambut Hari Guru 2024

Memetik kata-kata Imam al-Ghazali :

فإنَّ الوالد سببُ الوجود الحاضر، والحياة الفانية، والمعلم سبب الحياة الباقية

Sesungguhnya ibu bapa adalah sebab kewujudan seorang anak di muka bumi ini, tetapi kehidupan ini akan binasa. Sedangkan guru sebab kepada kejayaan abadi seseorang di akhirat yang kekal selamanya.

Berbahagialah menjadi seorang guru (Murrabi), kerana anda adalah pilihan Allah untuk menyampaikan ilmu-Nya. Semoga Allah merahmati semua pendidik walau di mana berada…

SELAMAT HARI GURU KEPADA SEMUA WARGA PENDIDIK!

Selamat Hari Guru. Saban waktu jasanya menggunung, budinya tak terhitung. Terima kasih Cikgu.

Ucapan Penghargaan Kepada Guru: Inspirasi & Penghargaan

Puisi Hari Guru 1

Guru

Bila murid duduk, cikgu berdiri.
Bila murid diseligi, cikgu pula kena gari.
Murid datang naik BMW 7 siri. Cikgu pula datang naik Myvi.
Murid dah dewasa jadi sombody. Cikgu tetap begini.

Di dunia cikgu berbakti.
Moga di akhirat, syurga tempat cikgu kekal abadi.

SELAMAT HARI GURU

Puisi Hari Guru 2

Macam mana nak kenal guru?
Garang orangnya, itulah guru disiplin.
Penyayang orangnya, itulah guru prasekolah.
Sabar orangnya, itulah guru pendidikan khas.
Sentiasa cool dan tak pernah marah, itulah guru kaunseling.
Petah berucap, itulah guru besar.
Pelik orangnya, itulah guru pendidikan seni.
Gelap orangnya, itulah guru pendidikan jasmani.
Warak orangnya, itulah guru agama.
Sopan orangnya, itulah guru pendidikan moral.
Berbahasa orangnya, itulah guru Bahasa Malaysia.
Berseni orangnya, itulah guru sastera.

Walau siapa pun dia, dia tetap berjasa.
SELAMAT HARI GURU