Ucapan – 17 Pantun Raya Kreatif Terbaik

Terbang Ke Hulu Si Rama-Rama
Hinggap Di Rumah Anak Sang Petani
Ramadan Berlalu Syawal Menjelma
Penuh Rahmah Tersemai Madani

Baca: 23 Pantun Ucapan Hari Raya Klasik WhatsApp

Ketupat palas hidangan jamuan,
Jamu tetamu seadanya,
Hari lebaran Mohon keampunan,
Moga ukhuwah terjalin selamanya

Ucapan Pantun Raya Kreatif Terbaik

Kuih bahulu kuih keria ,
Terselit juga tepung pelita,
Berbaju baharu berwajah ceria,
Bersalam-salaman maaf dipinta.

Ketupat pulut juadah hidangan,
Makan bersama gulai kawah;
Aidilfitri disambut penuh keriangan,
Keluarga bersatu eratkan ukhwah

Matahari indah ketika bertemu,
Berlatarkan ufuk di tanah indera;
Berseri wajah menyantuni tamu,
Lebaran memupuk kasih saudara.

Ucapan - 17 Pantun Raya Kreatif Terbaik

Baca: 23 Pantun Ucapan Hari Raya Klasik WhatsApp


Cantik sungguh si bunga melur
Jadi tanaman di tepi kali
Pagi raya salam dihulur
Moga ukhuwah bertaut kembali

Seri cahaya paling gemerlapan,
Bintangan barat cerah beralin,
Di Hari Raya saling bermaafan,
Persaudaraan erat ukhwah terjalin.

Membeli bawal dihujung pekan;
Dibuat hidangan di pagi raya;
Kehadiran syawal sangat dinanti-nantikan;
Seisi umat Islam meraikannya.

Ucapan - 17 Pantun Raya Kreatif Terbaik

Hajat memukat ikan gelama,
Tetapi pasrah mendapat bawal;
Jauh dan dekat kumpul bersama,
Memupuk ukhuwah di pagi Syawal.

Baju kebaya sulaman puteri,
Cantik sepadan batik pilihan;
Hari Raya penilaian kendiri,
Perjuangan Ramadan mampukah bertahan?


Jika digantung tidak bertali,
Amatlah malang nasib si isteri,
Aidilfitri disambut setahun sekali,
Kepada Tuhan kita syukuri.

Ucapan - 17 Pantun Raya Kreatif Terbaik

Mahal sungguh hasil contengan
Contengan menjadi sebuah lukisan
Syawal menjelma tanda kemenangan
Bermaaf-maafan sesama insan

Makan lontong dan juga rendang,
Minum pula bandung dan jagung,
Hari Raya semua indah berbaju kurung,
Alhamdulillah tahun ini tiada lagi amaran berkurung.

Gendang dipalu pemegangnya kayu,
Pelbagai irama pukulan jejaka,
Ramadan berlalu terasa sayu,
Syawal menjelma pengubat duka.

Tepung pelita hidangan bergaya,
Jadi idaman semua perempuan,
Meriahnya dendangan lagu raya,
Terkenang halaman jauh di perantauan.


Berbaju sedondon keluarga Pak Azlan,
Ziarah pusara di pagi raya;
Kunjung-mengunjung jadikan amalan,
Agar Aidilfitri memberi makna.

Menari pelita indah sentiasa
Ketupat dianyam terasa girang,
Takbir bergema berakhir puasa,
Gembira raya menyinar terang