Senarai Ucapan Selamat Pagi dan Doa Positif

Ucapan Selamat Pagi dan Doa Positif – Semoga cahaya pagi ini membawa kita semua kedamaian, harapan dan kegembiraan. Didoakan juga agar mendapat keredhaan dan rahmat Allah swt dalam menjalani kehidupan seharian.

Ketika matahari pagi terbit, semoga sinar harapan dan keceriaannya membawa 1001 kebahagiaan kepada semua orang yang kita sayangi. Semoga Allah swt memberkati hidup dengan hari yang indah dan keberanian untuk menghadapi setiap cabaran.

Setiap pagi membawa harapan baru; semoga keredhaan dan rahmat Allah sentiasa bersama kita untuk hari ini, esok dan selamanya.

Doa Pagi – Sayyidul Istighfar (Rumi, Jawi dan Terjemahan Bahasa Melayu

Rasulullah saw bersabda, “Sebaik-baik doa untuk memohon ampun adalah (Syed-ul-Istighfar)”. Barangsiapa membacanya di siang hari dengan penuh iman dan meninggal pada hari yang sama sebelum petang, maka ia termasuk ahli surga, dan barangsiapa membacanya di malam hari dengan penuh iman dan meninggal dunia sebelum pagi, maka ia akan menjadi ahli surga. daripada ahli syurga.

Hadis Riwayat Bukhari

اللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّي لاَ إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ، خَلَقْتَنِي وَأَنَا عَبْدُكَ، وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ، أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ، أَبُوءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ، وَأَبُوءُ لَكَ بِذَنْبِي فَاغْفِرْ لِي، فَإِنَّهُ لاَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا أَنْتَ

Allahumma anta rabbi laaa ilaaha illa anta. Khalaq tani wa aana a’bduk. Wa aana aa-la ahdika wa wa’di-ka masta-ta’tu. Aa u’zubika min-sharimaa sa-na’tu. Aa-bu u-laka bi-ni’matika a’laiya. Wa aa-bu u-bi-zambi Fagh-firli Fa-inna-hu la yagh-firuz-zu-nu ba il-la Ant.

Ya Allah, Engkau adalah Tuhanku, tiada yang berhak disembah melainkan Engkau, Engkau telah menciptakanku dan aku adalah hamba-Mu, dan aku berpegang pada perjanjian-Mu dan berjanji (untuk menghormatinya) sebaik mungkin, aku berlindung kepada-Mu. Dari kejahatan yang aku lakukan, aku mengakui nikmat-Mu kepadaku dan aku mengakui dosaku, maka ampunilah aku, kerana sesungguhnya tidak ada yang dapat mengampuni dosa selain Engkau.

Senarai Ucapan Selamat Pagi dan Doa Positif

Baca: 20 Ucapan Salam Subuh dan Selamat Pagi Penuh Keinsafan

Ucapan Selamat Pagi dan Doa

Ya Allah! Jadikan pagi ini sebagai sumber kegembiraan dan kebahagiaan untuk kami, kurniakan kami kejayaan dan bukalah hati kami agar kami dapat memulakan hari ini dengan iman, harapan dan kasih sayang atas nama-Mu.

Setiap pagi adalah permulaan baru untuk perjalanan hidup yang baru. Marilah kita mensyukuri nikmat kurniaan Allah swt yang banyak dan memanfaatkan hari baru yang penuh keberkatan ini. Semoga segala apa yang dilakukan dipermudahkan urusan oleh-Nya.

Semoga hari kita semua dipenuhi dengan kejayaan dan keberkatan daripada Allah swt. Insya-Allah

Pagi adalah anugerah Allah yang sangat berharga. Gunakanlah ia sebaik mungkin. Semoga rahmat Allah swt memayungi kita semua pada hari ini dan selamanya.

PAGI membawa harapan baru, peluang baru untuk membuat sesuatu yang indah dalam hidup kita. Semoga Allah memberi ketabahan dan kekuatan untuk kita jalani pagi ini dengan penuh cemerlang.

Marilah kita mulakan pagi ini dengan hati yang terbuka dan bersyukur kepada Allah atas segala nikmat yang telah dikurniakan kepada kita. Semoga hari ini mendekatkan lagi kita kepada-Nya dengan mengingatkan kita akan rahmat, redha dan kasih sayang-Nya.

Selamat pagi. Semoga Allah memberkati kita semua dengan ketenangan dan kelapangan hati hari ini. Semoga Dia mengisi hari ini dengan kesenangan dan membimbing kita semua menuju jalan kejayaan dunia akhirat.

Selamat Pagi. Semoga anda memulakan hari dengan mendapat rahmat dan redha Allah swt. Saya berharap dan berdoa agar Allah swt membantu kita semua dalam setiap fasa hari yang penuh indah ini. Amin

Semoga Allah memberkati kita semua dengan apa yang kita sedang usahakan. Semoga dipermudah segala urusan.

Selamat Pagi. Hiduplah mengikut ajaran Al-Quran dan sunnah Nabi Muhammad saw. Insya-Allah, kita semua akan mendapat keredhaan, rahmat dan kebahagiaan dunia akhirat.