Koleksi Ucapan Takziah Kematian Islam Lelaki Perempuan

Koleksi Ucapan Takziah Kematian Islam Lelaki Perempuan

Jangan Putus Asa Atas Musibah Yang Menimpa

Daripada Abu Hurairah ra, Nabi Muhammad saw bersabda :

“Mukmin yang kuat itu lebih baik dan lebih disukai oleh Allah daripada mukmin yang lemah. Kedua-duanya adalah baik. Bersungguh-sungguhlah menuntut perkara yang bermanfaat bagimu dan mohonlah pertolongan daripada Allah serta janganlah berasa lemah. Jika sesuatu menimpamu, janganlah berkata : ‘Kalau aku buat begini, pasti akan begini dan begini..’, tetapi katakanlah : Qaddarallahu ma sya’a fa’ala (Allah telah pun menetapkannya dan Dia perbuat apa yang Dia kehendaki). Sesungguhnya perkataan ‘kalau’ itu membuka kerja syaitan’.

Hadis Riwayat Muslim
Ucapan Takziah: Doa Ketika Ditimpa Musibah

Ucapan Takziah: Doa Ketika Ditimpa Musibah

Daripada Ummu Salamah bahwa ia berkata; saya mendengar Rasulullah ﷺ bersabda, “Tidaklah seorang mukmin tertimpa musibah lalu ia membaca apa yang telah diperintahkan oleh Allah,

{ إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ }
اللَّهُمَّ أْجُرْنِي فِي مُصِيبَتِي وَأَخْلِفْ لِي خَيْرًا مِنْهَا

Sesungguhnya kami adalah milik Allah dan akan kembali kepada Allah. Ya Allah, berilah kami pahala karena musibah ini dan gantilah bagiku dengan yang lebih baik daripadanya.

Melainkan Allah akan mengganti baginya dengan yang lebih baik.

Kemudian Ummu Salamah berkata; Ketika Abu Salamah telah meninggal, saya bertanya, “Orang muslim manakan yang lebih baik daripada Abu Salamah? Dia adalah orang-orang yang pertama-tama hijrah kepada Rasulullah ﷺ. Kemudian aku pun mengucapkan doa tersebut. Maka Allah pun menggantikannya bagiku Rasulullah ﷺ.”

– Hadis Riwayat Muslim

Nabi berjanji bahawa Allah mengganti baginya dengan yang lebih baik.

Sesungguhnya, Allah swt pastinya akan gantikan dengan yang lebih baik terhadap musibah yang kita lalui. Insya-Allah

Baca: 20 Contoh Ucapan Takziah – al Fatihah

Ucapan Takziah: Sabar Dalam Menghadapi Ujian

“Dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar.” – Surah al-Baqarah ayat 155 

Ucapan Takziah: Jangan Putus Asa

“…janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa, sesungguhnya Dialah jua yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.” – Surah al-Zumar ayat 53

Contoh Ucapan Takziah: Ringkas

  • Salam takziah diucapkan buat keluarga (nama arwah). Walaupun ujian ini begitu pahit dirasakan, semoga kita semua yakin dengan janjiNya buat hambaNya yang soleh dan solehah. InsyaAllah, syurga buat arwah.
  • Innalillahi wa inna ilaihi rojiun. Salam takziah di atas pemergian ibu tercinta. Semoga perginya arwah adalah sebagai sebuah kerehatan dari dunia ini dan dikurniakan buatnya, syurga tertinggi yang paling indah.
  • Salam takziah juga buat keluarga arwah. Semoga Allah merahmati rohnya, memuliakan kematiannya, mengampuni segala kesalahannya, menjadikan syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan menempatkan arwah di kalangan orang-orang yang beriman. Sesungguhnya kita milik Allah dan kepada-Nya kita kembali.
  • Ya ALLAH, Ampunkanlah dosanya, limpahkan rahmat kepadanya, selamatkan dia dan ampunkan kesalahannya. Muliakan kedudukannya, luaskan tempat tinggalnya, mandikan dia dengan air syurga-Mu. Bersihkannya daripada kekotoran dosanya sebagaimana dibersihkan pakaian yang putih dari segala kekotoran.
  • Didoakan semoga arwah ditempatkan di tempat yang terbaik di sisiNya dan seluruh ahli keluarga arwah dikurniakan kesabaran dan ketabahan di atas ujian ini. Semoga Allah swt melihatnya dengan penuh kasih dan sayangNya.
Koleksi Ucapan Takziah Kematian Islam Lelaki Perempuan

Sumber: HMetro