20 Ucapan Salam Subuh dan Selamat Pagi Penuh Keinsafan

Assalamualaikum. Salam Tahajjud. Salam Subuh. Selamat Pagi. Hidupkan hari ini dengan KEIMANAN. Dengan KASIH SAYANG Dengan KEREDHAAN. Dengan KETENANGAN.

Semoga Allah memberi hidayah dan petunjuk supaya kekal dijalan-Nya dan mendapat redha-Nya.

Ucapan Salam Subuh

Assalamualaikum. Salam Subuh.
Ya Allah,
Panjangkan umur kami,
Sihatkan tubuh badan kami,
Terangi hati kami,
Tetapkan iman kami,
Perbaikilah amal kami,
Luaskanlah rezeki kami,
Dekatkanlah kami kepada kebaikan,
Dan jauhkan kami dari kejahatan,
Tunaikanlah hajat kami baik hajat agama, dunia dan akhirat.
Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas setiap sesuatu perkara.
Aminn Ya Robbal Alamin

Assalamualaikum. Salam Subuh dan Selamat Pagi.
Didoakan semoga kita semua sihat hari ini.
Mendapat rezeki yang luas.
Hidup bergembira bersama keluarga dan insan tersayang.
Semoga semuanya mendapat keredhaan Allah swt. Amin

Baca: 40 Kata Mutiara Ucapan Selamat Pagi untuk Awali Hari Penuh Semangat

20 Ucapan Salam Subuh dan Selamat Pagi Penuh Keinsafan

Assalamualaikum. Selamat pagi. Salam Subuh.
Pendidikan melahirkan orang berilmu. Tetapi, orang agama melahirkan orang berakhlak

Assalamualaikum. Salam Subuh.
Ya Allah, kurniakanlah kepada kami tubuh badan yang sihat,
Jiwa yang tenang,
Hati yang lapang,
Fikiran yang jernih,
Keluarga yang bahagia,
Persahabatan yang tulus,
Rezeki yang diberkati.
Aminn…

Salam Subuh. Semoga hari ini Allah bukakan pintu rezeki seluas-luasnya untuk kita.
Berkat dan melimpah ruah. Bahagia dunia akhirat.

Ucapan Selamat Pagi Penuh Keinsafan

Assalamualaikum. Ya Allah, aku mulakan hari ini dengan menyebut nama-Mu. Semoga apa jua niat yang baik akan diberkati. Lindungilah kaum keluargaku, sanak-saudaraku dan para sahabatku semuanya.

Salam Subuh. Ya Allah, jadikanlah aku dan sahabat-sahabatku antara orang yang tidak pernah lupa untuk bersyukur kepadamu atas semua nikmat dan anugerahmu.

DOA MENJELANG SUBUH
Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari kesempitan dunia dan kesempitan hari akhirat. – Hadis Riwayat Abu Daud

Salam Subuh. Semoga segala doa kita dimakbulkan. Segala urusan dipermudahkan. Tercapai segala hajat dan sentiasa di dalam lindungan dan rahmat Allah swt.


20 Ucapan Salam Subuh dan Selamat Pagi Penuh Keinsafan

Ya Allah, aku memohon aggar dapat mencintai-Mu dan mencintai orang-orang yang mencintai-Mu, dan mencintai amal yang dapat mendekatkan diriku kepada cinta-Mu. – Hadis Riwayat at-Tirmidzi

Assalamualaikum. Salam Subuh.
Ya Allah, anugerahkanlah kami rezeki yang diberkati, hidup yang dirahmati, ibadah yang diredhaano, iman yang direstui dan doa munajat yang didengari. Amin Ya Robbal Alamin.

Salam Subuh dan Selamat Pagi.
Setiap kali Allah bangunkan kita untuk hidup sehari dan sehari lagi, bersyukurlah selalu kerana Allah beri peluang lagi untuk kita mencari dan menambah lagi bekalan hidup untuk perjalanan dan hidup di akhirat kelak. Amin.

Salam Fardhu SUBUH. Ya Allah, aku ucapkan syukur ALHAMDULILLAH atas segala apa yang Engkau berikan kepada kami hingga saat ini.

Assalamualaikum dan Salam Subuh.
Ya Allah, kami memohon ke hadrat-Mu agar Engkau merahmati kami dalam setiap pekerjaan dan urusan kami. Jauhilah kami dari segala bencana yang turun dari langit dan yang melata di bumi dengan perlindungan-Mu. Aminn

YA Allah, pagi ini aku mohon Engkau bersihkanlah hatiku dari rasa kekhuatiran. Penuhi hatiku dengan kelembutan dan ketenangan. Permudahkanlah urusan mencari rezekiku dan damaikanlah hatiku dengan cintamu yang setia. Aminn

Salam Tahajjud.
Ya Allah, bantu aku untuk mengingati-Mu selalu,
Bersyukur kepada-Mu selalu,
dan beribadah dengan khusyuk kepada-Mu selalu.

Allah tidak melihat paras rupamu, pangkatmu. Akan tetapi, Allah melihat hatimu.

20 Ucapan Salam Subuh dan Selamat Pagi Penuh Keinsafan

Salam Subuh dan Salam Tahajjud.
Ya Allah, rahmatilah kami,
permudahkan dan lancarkanlah semua urusan kami,
sihatkan tubuh badan kami agar dapat menjalankan tugas harian dengan baik.

Assalamualaikum dan Salam Subuh.
Hidupkan hari ini
Dengan KEIMANAN
Dengan KASIH SAYANG
Dengan KEREDHAAN
Dengan KETENANGAN
Semoga Allah memberi hidayah dan petunjuk supaya kekal dijalan-Nya dan mendapat keredhaan-Nya.