(Rumi) Doa Qunut – Solat Subuh untuk Imam, Sendirian dan Nazilah

Doa Qunut dibaca pada rakaat kedua solat Subuh dan pada rakaat akhir solat Witir selepas separuh bulan Ramadan serta tatkala iktidal pada rakaat akhir solat yang dibacakan Doa Qunut Nazilah.

Daripada Anas ra, katanya: “Rasulullah SAW sentiasa membaca doa qunut pada solat Subuh sehingga Baginda meninggal dunia.” – Hadis Riwayat Ahmad

Daripada Annas ra, katanya: Dia telah ditanya, ‘Adakah RAsulullah membaca doa qunut ketika Subuh?’ Jawabnya: ‘Ya’. Mereka bertanya lagi: ‘Adakah Baginda membaca doa qunut sebelum rukuk?’ Katanya: ‘Sebaik sahaja selepas rukuk’. – Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim

Doa Qunut untuk solat sendirian atau sebagai makmum – Rumi

Allahummahdini fî man hadait, wa ‘âfini fî man ‘âfait, wa tawallanî fî man tawallait, wa bâriklî fî mâ a‘thait, wa qinî syarra mâ qadhait, fa innaka taqdhî wa lâ yuqdhâ ‘alaik, wa innahû lâ yazillu man wâlait, wa lâ ya‘izzu man ‘âdait, tabârakta rabbanâ wa ta‘âlait, fa lakal hamdu a’lâ mâ qadhait, wa astagfiruka wa atûbu ilaik, wa shallallâhu ‘alâ sayyidinâ muhammadin nabiyyil ummiyyi wa ‘alâ âlihi wa shahbihi wa sallam.

(Rumi) Doa Qunut - Solat Subuh untuk Imam, Sendirian dan Nazilah

DOA QUNUT UNTUK IMAM – RUMI

Allahhummah dinaa fiiman hadait

Wa’aa finaa fiiman ‘aafait

Watawallanaa fiiman tawal-laiit

Wabaariklanaa fiimaa a’thait

Waqinaa syarramaa qadhait

Fainnaka taqdhii walaa yuqdha ‘alaik

Wainnahu laayadzilu man walait

Walaa ya’izzu man ‘aadait

Tabaa rakta rabbanaa wata’aalait

Falakalhamdu ‘alaa maaqadhait

Astaghfiruka wa’atuubu ilaik

Wasollallah hu ala sayyidina muhammadin nabiyyil ummiyyi,

Wa’alaa aalihi washahbihi Wasallam.

(Rumi) Doa Qunut - Solat Subuh untuk Imam, Sendirian dan Nazilah

Maksud Doa Qunut

Ya Allah berikanlah aku hidayah sebagaimana mereka yang telah Engkau beri hidayah.

Berikan kesihatan kepadaku sebagaimana mereka yang telah Engkau berikan kesihatan.

Dan peliharalah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau peliharakan.

Berilah keberkatan bagiku pada apa-apa yang telah Engkau kurniakan.

Dan selamatkan aku (dengan rahmat Allah) dari bahaya yang telah Engkau tentukan.

Maka sesungguhnya, Engkaulah yang menghukum dan bukannya yang kena hukum.

Dan sesungguhnya tidak hina orang yang Engkau pimpin.

Dan tidak mulia orang yang Engkau musuhi.

Maha Suci Engkau wahai Tuhan kami dan Maha Tinggi

Maka bagi Engkaulah segala pujian di atas apa yang Engkau hukumkan.

Aku memohon ampun dari-Mu dan aku bertaubat kepada-Mu.

Dan semoga Allah mencurahkan rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan keluarganya.

Baca: Doa Selepas Solat


Doa Qunut Nazilah

Dalam konteks sejarah, Qunut Nazilah pertama kali dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW ketika umat Islam berhadapan dengan situasi sulit, seperti penindasan atau ancaman terhadap mereka. Bacaan ini terus diwariskan dalam sejarah Islam sebagai salah satu bentuk ikhtiar doa sewaktu menghadapi bencana dan musibah.

Untuk situasi seperti konflik di Palestin, Syiria dan Yaman, ramai umat Muslim melakukan doa Qunut Nazilah khusus untuk mereka dalam menyatakan sokongan, dukungan dan memohon perlindungan bagi warga terbabit yang menghadapi kesulitan.

(Rumi) Doa Qunut - Solat Subuh untuk Imam, Sendirian dan Nazilah

Qunut Nazilah boleh dibaca pada setiap solat fardhu : Zohor, Asar, Maghrib,
Isyak dan Subuh. Ia dibaca pada rakaat terakhir selepas bangun dari Ruku’
untuk ‘Itidal. Doa dibaca ketika berdiri untuk I’tidal.

Terdapat 3 cara membaca doa tersebut, iaitu Imam boleh memilih salah satu dari cara-cara berikut:

  1. Membaca doa Qunut sepertimana yang biasa dibaca ketika solat Subuh.
  2. Membaca doa Qunut Nazilah sahaja sepertimana yang di dalam lampiran
  3. Membaca doa Qunut subuh dan diikuti dengan doa Qunut Nazilah.

Doa Qunut Nazilah Dalam Ejaan Rumi

ALLâhumma ‘Innâ Naj-‘Aluka Fii Nuhuri ‘A-Da ‘Innâ‚ Wa Na-‘Uzuu-Bika Min Shuruu-Rihim‚ ALLâhumma Badid Sham-Lahum‚ Wa Fariqq Jam-‘Ahum‚ Wa Shattit Kalimata-Hum, Wa Zal-Zil ‘Aqdâ-Mahum, Wa Sâlliṭ ‘Alay-Him Kalban Min Kilâbik‚ Yâ Qahaar‚ Ya Jabbâr‚ Yâ Muntaqim‚ Yâ ALLâh‚ Yâ ALLâh‚ Yâ ALLâh‚ ALLâhumma Ya Mun-Zilal-Kitab‚ Wa Yâ Mujriyya Saḥaab‚ Wa Yâ Hazimal Âhzab Ihzim-Hum Wan-Ṣurna ‘Alay-Him.

Baca: Wish For Wedding : What to Write in a Wedding Card

Maksud Doa Qunut Nazilah

Ya Allah kami letakkan kamu di batang leher musuh-musuh kami, Dan kami berlindung Dengan-Mu dari kejahatan mereka, Ya Allah hancurkan kumpulan mereka, Ya Allah pecahkan pakatan mereka, Ya Allah leburkan penderian mereka, “Ya Allah musnahkan langkah mereka, Cengkamkan anjing-anjing-Mu kepada mereka, Ya Allah Yang Maha Memaksa, Ya Allah Yang Maha Perkasa, Ya Allah Yang Maha Membalas, Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah, Yang turunkan kitab, Yang gerakkan awan, Yang tewaskan tentera Ahzab, Kalahkan mereka, Dan menangkanlah ke atas kami.