Koleksi Bergambar Doa-Doa Selepas Solat Panjang

#1

Ya Allah Ya Tuhanku!

Aku bertaubat kepada-Mu dengan sebenar-benar taubat. Ampunilah segala dosaku. Ampunilah segala kesalahanku. Sesungguhnya Engkaulah Tuhan Yang Maha Penerima Taubat.

Berikanlah aku kemenangan ke atas kelemahan diriku. Terimalah doa-doa aku, ibadahku dan amalan-amalan baikku. Berkatilah hidupku dunia dan akhirat.

Ya Allah Ya Tuhanku!

Tunjukkanlah aku ke arah melakukan amalan yang diterima baik hanya kerana-Mu Ya Allah. Bantulah aku dalam mendapatkan khushu’ dalam solat dan ikhlas dalam melaksanakan segala amal ibadah.
Bantulah aku untuk lebih mendekatkan diriku kepada-Mu.

Ya Allah Ya Tuhanku!

Jadikan aku hamba yang menyayangi-Mu, Nabi-Mu (Muhammad saw), agama-Mu, Qalam-Mu dengan cara yang sewajarnya untuk disayangi dan dikasihi.

Tingkatkanlah tahap keimananku, tawakkalku dan keyakinanku kepada-Mu. Tambahkanlah Taqwa kepadaku. Jadikanlah aku hamba-Mu yang sentiasa bersyukur.

Perkenankanlah dan makbulkanlah doa-doa kami. Engkaulah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. Selawat dan salam kami ke atas junjungan kami Nabi Muhammad (saw), seluruh ahli keluarga baginda, sahabat baginda dan mereka yang mengikuti baginda hingga ke hari terakhir.

Aamiin Ya Rabb Al’alamiin.

Baca: Ucapan Selamat Hari Lahir Ibu Mertuaku


#2

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim,

Berikan aku kekuatan dan kesabaran dalam menghadapi cabaran, ujian dan dugaan dari-Mu didunia ini. Kurniakanlah kepadaku kelembutan hati dalam mentaati segala syariat-Mu.

Jadikanlah Al-Quran sebagai teman setiaku di dunia dan akhirat. Tunjukkan lah aku jalan yang lurus dengan kebenaran dari-Mu sehingga nafas terakhirku

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim,

Jauhkanlah aku daripada mensyirikkan-Mu, kufur atau bid’ah. Golongkanlah aku dari golongan muhsineen, muttaqeen, mukhliseen dan sabiqoon fil Ilm. Tambahkanlah kepadaku ilmu yang bermanfaat.

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim,

Jadikanlah aku hamba yang redha dengan segala takdir dan ketentuan-Mu untuk diriku. Selamatkanlah aku daripada penyakit hati seperti hasad dengki, bongkak, menunjuk-nunjuk dan yang seumpama dengannya.

Berkatilah aku dengan kebahagiaan di dunia ini, lindungi aku daripada kesedihan & kemurungan.

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim,

Bantulah aku dengan keupayaanku untuk melakukan Tazkiyah jiwaku sepanjang perjalanan hidupku didunia yang sementara ini. Hilangkanlah perasaan cintakan dunia ini daripada terbentuknya dalam hatiku. Pelawalah dan ringankanlah langkahku untuk ke rumah-Mu untuk aku menyembah-Mu.

Perkenankanlah dan makbulkanlah doa-doa kami. Engkaulah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. Selawat dan salam kami ke atas junjungan kami Nabi Muhammad (saw), seluruh ahli keluarga baginda, sahabat baginda dan mereka yang mengikuti baginda hingga ke hari terakhir.

Aamiin Ya Rabb Al’alamiin.


#3

Ya Allah Ya Rabb,

Berikanlah kepadaku pengakhiran yang baik. Jadikanlah perasaan aku suka dan gembira untuk bertemu dengan-Mu. Jadikan kuburku & alam barzakh sebagai tempat kediamanku yang aman dan sejuk. Kurniakanlah kepadaku pelindung Arash Mu pada Hari Qiamah.

Ya Allah Ya Tuhanku,

Berikan catatan amalanku dari tangan kanan dan beratkan timbangan ku dengan perbuatan-perbuatan baik. Kurniakanlah kepadaku nikmat untuk minum dari Telaga Al Kawthar.

Permudahkan aku untuk melintas titan Siraat & Qantarah (jambatan sebelum Syurga). Bantuilah aku Ya Allah bagi memperolehi kebahagiaan yang hakiki dengan melihatMu di akhirat kelak.

Ya Allah Ya Mujib

Perkenankanlah dan makbulkanlah doa-doa kami. Engkaulah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. Selawat dan salam kami ke atas junjungan kami Nabi Muhammad (saw), seluruh ahli keluarga baginda, sahabat baginda dan mereka yang mengikuti baginda hingga ke hari terakhir.

Aamiin Ya Rabb Al’alamiin.

Baca:Best Moisturizer For Combination Skin Malaysia


Koleksi Bergambar Doa-Doa Selepas Solat

#4

Ya Allah Ya Rahman,

Lindungilah, tingkatkanlah dan semaikanlah perasaan cinta, kasih, barakah dan rahmah antara aku dan pasanganku selama-lamanya. Perbaikilah dan tingkatkan akhlak dan kelakuanku antara satu sama lain.

Berikanlah ganjaran kepada pasanganku dengan ganjaran yang terbaik untuk dia dalam berusaha untuk keluargaku. Jadikanlah Al-Quran dan Syariah Mu menjadi hakim kepada ku dalam semua perkara. Kukuhkanlah amalan-amalan ku demi agama-Mu.

Ya Allah Ya Rahman,

Berkatilah ku dengan anak-anak yang soleh. Bantulah ku dari segi kekuatan fizikal & emosi untuk menjadi ibu bapa yang baik & contoh yang terbaik untuk anak-anak aku dan pasanganku.

Peliharalah mereka supaya tidak terpengaruh daripada kesan kesilapan-kesilapan aku dan pasanganku yang lalu dalam hidup mereka.

Ya Allah Ya Rahman,

Jadikanlah anak-anakku sebagai penyejuk mata. Jadikan mereka sebagai amal jaariah bagiku & pasanganku. Jadikanlah mereka daripada orang yang mendirikan solat dan sujud hanya kepada-Mu sahaja.

Ya Allah Ya Rahman,

Lindungilah diri aku daripada kejahatan, musibah, gangguan syaitan daripada manusia & jin. Lindungilah anak-anakku daripada bahaya, penyakit, kekufuran, perkara-perkara haram dan kemusnahan. Berikanlah kejayaan kepada anak-anakku dalam agamanya, dunia & Akhirat.

Ya Allah Ya Rahman,

Berkatilah aku dan keturunanku agar menjadi anak soleh sehingga Hari Qiamah. Satukan dan kumpulkanlah keseluruhan keturunanku di Jannah al Firdaus.

Ya Allah Ya Rahman,

Jadikanlah anak-anak kami bekerja untuk agama-Mu; hafiz Al-Quran, daie, imam, ulama dan syahid di atas jalanMu. Jadikan mereka sebagai penyebab bagi kami mendapat tempat di dalam Jannah & jauhilah kami dari api neraka.

Ya Allah Ya Rahman,

Selamatkanlah aku & seluruh keluargaku dari api neraka & jadikanlah kami daripada golongan yang memasuki Jannah Firdaus Mu tanpa sebarang perhitungan.

Perkenankanlah dan makbulkanlah doa-doa kami. Engkaulah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. Selawat dan salam kami ke atas junjungan kami Nabi Muhammad (saw), seluruh ahli keluarga baginda, sahabat baginda dan mereka yang mengikuti baginda hingga ke hari terakhir.

Aamiin ya Rabb Al’alamiin.


#5

Ya Allah, Ya Gaffaar.

Ampunilah kedua ibu bapaku. Ganjarilah mereka dengan ganjaran yang paling besar di dunia ini & akhirat. Tingkatkanlah kedudukan mereka di sisiMu dan berikanlah kepada mereka Jannah al Firdaus. Jadikanlah kami penyejuk mata mereka di hari tua mereka.

Ya Allah, Ya Gaffaar.

Berikanlah kejayaan kepada adik-beradikku di dunia ini & akhirat. Muliakanlah kedudukan kedua ibu bapa pasangan kami, orang tua kami, umat masyarakat kami. Lindungilah mereka daripada penyakit dan segala masalah pada usia tua.

Ya Allah, Ya Gaffaar.

Ampunilah dosa-dosa mereka yang telah meninggal dunia dalam keluarga kami & umat masyarakat. Berikanlah keamanan dan ketenangan kepada mereka di alam barzakh sehingga mereka bertemu dengan-Mu.

Ya Allah, Ya Gaffaar.

Selamatkanlah dan peliharalah kami daripada Dajjal, Ya’juj dan Ma’juj dan hari lepas. Kurniakanlah zuriat yang soleh kepada keluarga kami dan rakan-rakan kami yang sedang menunggu kelahiran dan berusaha bagi mendapatkan zuriat.

Perkenankanlah dan makbulkanlah doa-doa kami. Engkaulah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. Selawat dan salam kami ke atas junjungan kami Nabi Muhammad (saw), seluruh ahli keluarga baginda, sahabat baginda dan mereka yang mengikuti baginda hingga ke hari terakhir.

Aamiin ya Rabb Al’alamiin.


#6

Ya Allah,

Satukanlah hati-hati kami dengan sahabat-sahabat kami yang bekerja untuk-Mu. Eratkanlah ikatan persaudaraan antara kami.

Ya Allah,

Satukanlah hati mereka yang sedang menjalani dan menguruskan rumahtangga. Limpahkanlah kebahagiaan dan ketenangan dalam perkahwinan mereka, permudahkanlah urusan mereka yang sedang berada dalam kesukaran urusan perkahwinan.

Ya Allah,

Kau sembuhkanlah penyakit kepada mereka yang sedang sakit.
Sesungguhnya Kau Maha Menyembuhkan segala penyakit kecuali mati.

Perkenankanlah dan makbulkanlah doa-doa kami. Engkaulah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. Selawat dan salam kami ke atas junjungan kami Nabi Muhammad (saw), seluruh ahli keluarga baginda, sahabat baginda dan mereka yang mengikuti baginda hingga ke hari terakhir.

Aamiin ya Rabb Al’alamiin.


#7

Ya Allah Ya Qawiyy,

Kau lindungilah saudara-saudara kami di seluruh negara; Palestin, Syria, Nepal, Rohingya, Iraq, Iran, Malaysia dan di mana-mana jua daripada penganiayaan, rogol, pembunuhan, penghinaan.

Kau legakanlah penderitaan mereka dan tingkatkan darjat mereka di sisi-Mu. Kau hancurkanlah mereka yang zalim, kejam dan penindas ke atas saudara-saudara kami. Kau cukupkanlah mereka yang serba kekurangan.
Kau ringankanlah beban bagi mereka yang tertindas. Kau bebaskanlah mereka daripada hutang.

Ya Allah,

Perkenankanlah dan makbulkanlah doa-doa kami. Engkaulah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. Selawat dan salam kami ke atas junjungan kami Nabi Muhammad (saw), seluruh ahli keluarga baginda, sahabat baginda dan mereka yang mengikuti baginda hingga ke hari terakhir.

Aamiin ya Rabb Al’alamiin.


Koleksi Bergambar Doa-Doa Selepas Solat Doa Selepas Solat Doa Selepas Solat  Doa Selepas Solat  Koleksi Bergambar Doa-Doa Selepas Solat Panjang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *