Koleksi Ucapan Selamat Berbuka Puasa Berdasarkan Hadis

Dalam menyambut kemeriahan dan pesta menunaikan ibadah puasa, kita boleh mengirimkan kata ucapan berbuka puasa pada keluarga, sanak saudara, sahabat handai atau orang-orang terdekat sama ada jauh mahupun dekat.

Kata-kata ucapan berbuka puasa ini boleh dihantar sama ada secara lisan mahupun hantaran di media sosial termasuk WhatsAppa, Facebook, X, Instagram dan TikTok.

Ucapan Selamat Berbuka Puasa Berdasarkan Hadis

Antara hadis yang menjelaskan tentang amalan berbuka puasa ialah:

Baca: Koleksi Ucapan Iftar – Doa Selamat Berbuka Puasa Ramadan Sahabat

Menyegerakan Berbuka Puasa

Sahal bin Saad berkata, Nabi Muhammad saw bersabda, maksudnya: “Orang yang suka menyegerakan berbuka puasa adalah orang yang sentiasa mendapat kebaikan.” – Hadis Riwayat oleh Bukhari dan Muslim.

Abu Hurairah berkata, Nabi Muhammad saw bersabda, maksudnya: “Allah menerangkan dalam hadis qudsi yang bermaksud, ‘Hamba yang paling Aku cintai adalah mereka yang menyegerakan waktu berbuka puasa.” – Hadis Riwayat oleh Tirmizi

Koleksi Ucapan Selamat Berbuka Puasa Berdasarkan Hadis

Menyegerakan Solat Maghrib dan Menyegerakan Berbuka Puasa

Abu ‘Atiyyah berkata, maksudnya: “Saya dan Masruq menemui Aisyah. Masruq berkata kepada Aisyah, ‘Ada dua orang sahabat Rasulullah yang melakukan kebaikan. Seorang daripada mereka menyegerakan sembahyang maghrib dan menyegerakan berbuka puasa. Manakala seorang lagi melewatkan sedikit sembahyang maghrib dan melewatkan berbuka puasa.’ Aisyah bertanya,
‘Siapakah yang menyegerakan sembahyang maghrib dan menyegerakan berbuka puasa?’ Masruq menjawab, ‘Abdullah bin Mas’ud’. Aisyah berkata,
‘Itulah yang dilakukan oleh Rasulullah.” – Hadis Riwayat oleh Muslim.

Koleksi Ucapan Selamat Berbuka Puasa Berdasarkan Hadis

Waktu Berbuka Puasa

Umar bin Khattab berkata, Nabi Muhammad saw bersabda, maksudnya: “Apabila tibanya waktu malam, iaitu gelap di arah timur dan siang berlalu ke seberat barat, matahari pula terbenam, itulah masanya untuk kamu berbuka puasa.” – Hadis Riwayat oleh Bukhari dan Muslim.

Abdullah bin Abu Aufa berkata, maksudnya: “Kami berjalan-jalan bersama Rasulullah. Ketika itu beliau berpuasa. Ketika matahari terbenam, beliau berkata kepada sebahagian pengikutnya, ‘Wahai fulan! Turunlah! Masaklah roti dan air untuk kami.’ Orang itu berkata, Sekiranya kita tunggu sedikit masa lagi bukankah lebih baik?’ Rasulullah menerangkan, ‘Turunlah! Masaklah roti dan air untuk kami.? Orang itu berkata lagi, ‘Sebenarnya waktu mash siang untuk tuan berbuka?’ Beliau berkata lagi, ‘Turunlah! Masaklah roti dan air untuk kami.’
Abu Ibrahim berkata, Orang yang disuruh tadi pun turun dan memasak roti dan air untuk semua orang. Kemudian Rasulullah minum dan berkata, ‘Apabila saudara melihat waktu malam dari arah sana, maknanya saudara mesti berbuka puasa.’ Beliau berkata demikian sambil tangannya menunjuk ke arah timur.” – Hadis Riwayat oleh Bukhari dan Muslim.

Berbuka Puasa Dengan Kurma atau Air

Salman bin Amir ad-Dobbi berkata, Nabi Muhammad saw bersabda, maksudnya: “Sekiranya saudara semua hendak berbuka puasa, mulakanlah dengan memakan kurma. Sekiranya tidak ada, minumlah air. Ini kerana air itu menyucikan.” – Hadis Riwayat oleh Abu Daud dan Tirmizi.

Anas ra berkata, maksudnya: “Rasulullah berbuka dahulu, kemudian barulah bersembahyang maghrib. Beliau berbuka dengan buah kurma basah. Sekiranya tiada barulah beliau makan buah kurma biasa. Sekiranya tiada juga beliau hanya meminum beberapa teguk air.” – Hadis Riwayat oleh Abu Daud dan Tirmizi.