Koleksi Ucapan doa Untuk Orang Sakit di Whatsapp

Membacakan doa untuk orang sakit ketika datang menziarahinya merupakan antara amalan baik dalam usaha untuk mendekatkan diri kepada Allah swt.

Mendoakan kesembuhan kepada orang sakit yang diziarahi merupakan antara amalan sunnah Nabi Muhammad saw.

“Apabila menjenguknya di pagi hari maka tujuh puluh ribu malaikat mendoakannya agar mendapat rahmat hingga waktu petang tiba. Apabila menjenguknya di petang hari, maka tujuh puluh ribu malaikat mendoakannya agar mendapat rahmat hingga waktu pagi tiba.” – Hadis Riwayat at-Tirmidzi, Ibnu Majah dan Imam Ahmad

Pada masa yang sama, sebagai insan yang lemah, kita perlu sentiasa berharap dan berserah akan semua perkara kehadrat Allah swt. Semoga doa kesembuhan yang dipanjatkan kepada Allah swt itu dimakbulkan agar ahli keluarga / sahabat handai / kenalan segera kembali pulih seperti sediakala. Insya-Allah

Baca: Contoh Ucapan Perpisahan Persaraan Guru – Teman Kerja

Koleksi Ucapan doa Untuk Orang Sakit di Whatsapp

Ucapan Doa Untuk Orang Sakit di Whatsapp

Syaidatina Aisyah ra berkata: “Biasanya apabila ada seseorang datang mengadu kepada Nabi saw yang dia sakit, cedera atau luka, Baginda meletakkan sedikit air liur pada jari telunjuk beliau dan meletakkan jarinya di atas tanah. Kemudian, Baginda mengangkatnya semula dan menyapu pada tempat sakit sambil berdoa, ‘Dengan nama Allah. Ini tanah kami dengan air liur seseorang dalam kalangan kami, semoga disembuhkan orang yang sakit ini dengan izin Tuhan kami.'” – Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

Koleksi Ucapan doa Untuk Orang Sakit di Whatsapp

Syafakallah Doa untuk Orang Sakit

Syaidatina Aisyah ra berkata: “Sewaktu Nabi Muhammad menziarahi seorang ahli keluarganya yang sedang sakit, Baginda menggosok perlahan-lahan pada anggota yang sakit dengan tangan kanan sambil berdoa, ‘Ya Allah, Tuhan seluruh manusia, hilangkanlah semua penyakit. Sembuhkanlah. Hanya Engkau yang dapat menyembuhkan. Tidak sembuh sesuatu penyakit kecuali dengan kesembuhan daripada-Mu. Sembuh sehingga tidak kena penyakit lagi.“” – Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

Ucapan Untuk Orang Sakit Berupa Doa

Anas ra berkata, dia bertanya kepada Sabit, “Adakah saudara mahu saya jampikan saudara dengan jampi Rasulullah saw?” Jawab Sabit, “Sudah tentu.” Anas pun berdoa, “Ya Allah, Tuhan semua manusia, yang menghilangkan semua penyakit. Sembuhkanlah, hanya Engkau yang dapat menyembuhkan. Tidak ada sesiapa yang dapat menyembuhkan kecuali Engkau. Sembuh sehingga tidak ditimpa penyakit lagi.” – Hadis Riwayat Bukhari.

Doa Untuk Orang Sakit Dengan Menyebut Namanya

Saad bin Abi Wagas berkata “Rasulullah saw menziarahi saya ketika saya sakit dan Baginda berdoa, ‘Ya Allah, sembuhkanlah Saad. Ya Allah, sembuhkanlah Saad. Ya Allah, sembuhkanlah Saad.'” – Hadis Riwayat Muslim.

Abu Abdullah Osman bin Abu As berkata, dia mengadu kepada Rasulullah saw perihal kesakitan yang dialami pada badannya. Rasulullah saw pun berkata kepadanya, “Letakkan tangan saudara pada tempat yang sakit dan bacalah ‘Bismillah’ sebanyak tiga kali. Kemudian baca tujuh kali doa ini, ‘Saya melindungi diri dengan kemulian dan kekuasaan Allah daripada bahaya yang saya rasai dan daripada bahaya yang saya bimbangi.” – Hadis Riwayat Muslim.

Doa Untuk Orang Sakit Dalam

Abdullah bin Abbas berkata, Nabi Muhammad saw bersanda: “Sesiapa yang menziarahi orang sakit yang belum sampai ajalnya dan membaca doa ini untuknya sebanyak tujuh kali, Allah pasti menyembuhkannya dari penyakit itu. Doa berkenaan adalah, ‘Saya mohon kepada Allah yang Maha Agung. Tuhan yang mempunyai Arasy yang besar. Semoga Dia menyembuhkan saudara. “ – Hadis Riwayat Abu Daud, at-Tirmidzi dan Hakim

Abdullah bin Abbas berkata, Nabi Muhammad saw menziarahi seorang Badwi. Biasanya apabila Nabi Muhammad saw berjumpa dengan orang yang diziarahinya, baginda berkata, “Jangan bimbang, semoga dengan izin Allah penyakit ini menjadi penghapus dosa-dosa saudara.” – Hadis Riwayat Bukhari.

Koleksi Ucapan doa Untuk Orang Sakit di Whatsapp

Doa Untuk Orang Sakit Tenat

Abu Said al-Khudri berkat” “Malaikat Jibril datang berjumpa Nabi Muhammad saw dan berkata, Wahai Muhammad, saudara sakitkah?’ Nabi Muhammad menjawab, ‘Ya.’ Jibril pun berdoa, ‘Dengan nama Allah swt, saya jampikan saudara daripada semua perkara yang menyakitimu dan daripada kejahatan manusia ataupun mata yang dengki. Allah-lah yang menyembuhkan saudara. Dengan nama Allah, saya menjampimu.’” – Hadis Riwayat Muslim.

Abu Said al-Khudri dan Abu Hurairah masing-masing berkata Rasulullah saw bersanda: “Sesiapa yang menyebut ‘Tiada Tuhan selain Allah dan Allah Maha Besar.’ Allah menjawab, ‘Benar. Tiada Tuhan selain daripada-Ku, Aku-lah yang Maha Besar.’

Apabila beliau menyebut, ‘Tiada Tuhan selain Allah yang satu dan tidak ada sekutu bagi-Nya.’ Allah menjawab, ‘Benar. Tiada Tuhan selain daripada-Ku sendiri dan tiada sekutu bagi diri-Ku.

Apabila beliau menyebut, ‘Tiada Tuhan selain Allah. Semua kuasa dan pujian hanya untuk-Nya.’ Allah menjawab, ‘Benar. Tiada Tuhan selain daripada-Ku, dan semua kuasa dan pujian hanya untuk-Ku.

Apabila beliau menyebut,‘Tiada Tuhan selain Allah, dan tiada keupayaan serta kekuatan kecuali dengan bantuan Allah.’ Allah menjawab,’Benar. Tiada Tuhan selain daripada-Ku, dan tiada keupayaan serta kekuatan kecuali dengan bantuan-Ku.’

Rasulullah menerangkan lagi, ‘Sesiapa yang menyebut semua itu semasa sakit kemudian meninggal dunia, api neraka tidak membakarnya.” – Hadis Riwayat at- Tirmidzi