Koleksi Ucapan Hari Lahir Islamik dalam Bahasa Arab dan Terjemahannya

HARI LAHIR merupakan antara tarikh paling penting dalam hidup seseorang.

Tidak kira berapa umur seseorang itu, tiada siapa yang mahu bersendirian pada hari lahir mereka.

Bagi orang Arab, hari lahir adalah majlis terbaik untuk berkumpul dengan orang terdekat khususnya rakan taulan, sahabat handai dan semestinya sanak saudara serta kaum keluarga terdekat. Jadi, jika anda dijemput ke majlis hari jadi bangsa Arab, anda harus belajar akan bagaimana untuk mengucapkan Selamat Hari Lahir dalam bahasa Arab!

Dalam artikel ini, kami mengajar anda beberapa contoh ucapan selamat hari lahir dengan makna yang indah dalam bahasa Arab. Dengan cara itu, secara tidak langsung, sedikit sebanyak anda akan tahu apa yang perlu dan boleh diungkapkan untuk meraikan hari lahir tersebut

Baca: Koleksi Bergambar dan PDF – Doa Selamat Hari Lahir

Ucapan Hari Lahir Islamik Dalam Bahasa Arab

Selamat hari Lahir
عيد ميلاد سعيد
Eid Milad Saeed

Doa terbaik untuk setiap tahun
كل عام وأنتم بخير
Kul ‘Aam Wa Antum Bikhair

Selamat hari lahir, cantik
سنة حلوة يا جميل
Sana Helwah Ya Gameel

Koleksi Ucapan Hari Lahir Islamik dalam Bahasa Arab dan Terjemahannya

Semoga Allah menerima sambutan anda
تقبل الله أعيادك
Taqabal Allah Oyatak

Hari-hari bahagia untuk awak
أيامك سعيدة
Ayyamk Sa’eeda

Semoga anda sihat, setiap tahun
كل سنة وأنت طيب
Kull Sanah wa Anta Tayyib

Selamat Hari lahir
يوم ميلاد سعيد
Yawm Meelad Sa’eed

Kami di sini bersama anda pada hari lahir anda
نحن موجودين معك في يوم ميلادك
Nihna Mawjoudin Ma’ak Fi Yawm Meeladik

Koleksi Ucapan Hari Lahir Islamik dalam Bahasa Arab dan Terjemahannya

Selamat hari lahir dan semoga berumur 100 tahun
كل عام وأنتي بخير وعقبال ١٠٠ سنة
Kul ‘Aam Wa Anti Bikhair Wa ‘Aqbāl 100 Sana

Selamat hari lahir dan rahmat Allah untuk anda
كل سنة وأنت سالمة يا قلبي العمر كله يا رب
Kul Sana Wa Anti Salama Ya Qalbi Al-‘Umur Kulluh Ya Rabb

Selamat hari lahir dan kesihatan yang baik untuk anda
كل سنة وأنت سالمه العمر كله
Kul Sana Wa Anti Salama, Al-‘Umur Kulluh

Selamat hari lahir dan semua ucapan selamat
كل عام وأنت بألف خير
Kul ‘Aam Wa Anti Bi’Alf Khair

Selamat hari lahir, kesihatan yang baik, kedamaian dan kesejahteraan
كل عام وأنتم بألف خير وصحة وسلامة وعافية
Kul ‘Aam Wa Antum Bi’Alf Khair Wa Siha Wa Salama Wa ‘Aafiya

Koleksi Ucapan Hari Lahir Islamik dalam Bahasa Arab dan Terjemahannya