Koleksi Bergambar dan PDF – Doa Selamat Hari Lahir

Doa Hari Lahir Versi Panjang

Koleksi Bergambar dan PDF - Doa Selamat Hari Lahir

Ya Allah!
Rasa kesyukuran kami terhadap nikmat ihsan dan rahmatMu, pada hari ini kami zahirkan dengan penuh kehambaan. Kami bersyukur kepadaMu atas kurniaan kehidupan di dunia ini dengan penuh nikmat dan anugerah yang begitu banyak dari mu jua.

Ya Allah!
Bersempena sambutan hari lahir kami hari ini, limpahkanlah rahmat dan berkat Mu kepada kedua ibu bapa kami yang telah melahirkan dan membesarkan kami sehingga menjadikan kami golongan yang berjaya pada hari ini.

Kau gantikanlah setiap titisan darah dan kesakitan ibu ketika melahirkan kami dengan nikmat tidak terhingga di dalam syurgaMu nanti. Kau gantikanlah setiap titisan keringat dan keperitan ayah ketika membesarkan kami dengan nikmat bersenang lenang di dalam syurgaMu nanti.

Ya Allah!
Seandainya ibu dan ayah kami telah pergi meninggalkan kami buat selamanya, kau jadikanlah alam kubur mereka sebagai sebahagian daripada taman-taman syurgaMu, ya Allah. Kurniakanlah kepada mereka nikmat kedamaian dan ketenangan di alam persemadian mereka.

Seandainya ibu dan ayah masih bersama kami, kau hulurkanlah rahmat dan keberkatan Mu kepada kedua-duanya sebagaimana mereka menyayangi kami sejak kami masih dalam kandungan lagi.

Ya Allah! 
Dalam meniti usia yang semakin dewasa ini, pimpinlah kami dengan hidayah dan taufik Mu agar kami tidak terpesong akidah, tidak melanggar syari’at, tidak merosak akhlak. Bantulah kami menjadi hamba Mu yang bersyukur walau dengan nikmat yang sedikit, menjadi hamba Mu yang bersabar dengan dugaan dan cabaran, menjadi hamba Mu yang kuat melawan godaan syaitan dan nafsu.

Muat Turun Doa Hari Lahir Versi PDF

Baca: Ucapan Terima Kasih Sempena Hari Lahir


Doa Selamat Hari Lahir (Versi Pendek)

Koleksi Bergambar dan PDF - Doa Selamat Hari Lahir

Sanah Helwah. Semoga dikurniakan iman yang sempurna, akhlak yang terpuji, pekerti yang mulia, umur yang bermanafaat, rezeki yang halal, ilmu yang berguna, jodoh yang membahagiakan, hidup yang dirahmati di dunia dan akhirat.


Ya Allah, dalam lembaran baru di kehidupannya, Kau muliakanlah dan syangilah dia. Bahagiakanlah keluarganya. Sihatkanlah tubuh badanya. Kau berkatilah rezeki yang diperolehinya. Kuatkan imannya dan beri kenikmatan dalam ibadahnya. Mudah-mudahan dia sentiasa berbahagia. Aamiinn.


Koleksi Bergambar dan PDF - Doa Selamat Hari Lahir

Selamat Hari Lahir. Semoga dirimu dan hidupmu kekal bahagia, sejahtera dan sentiasa mendapat redha dariNya.


Selamat Ulang Tahun. Semoga dengan bertambahnya usia, menjadikan kamu insan yang mulia, semakin disayangi Allah dan menyayangi Allah, umur yang berkat, pahala yang bertambah serta dipermudahkan segala urusan olehNya. Aamiinnn.

Baca: 80 Petanda Anggota Badan Bergerak?


Koleksi Bergambar dan PDF - Doa Selamat Hari Lahir

Semoga Tuhan memberikanmu banyak waktu dan meletakkan kebijaksanaan di hatimu agar kamu semakin dewasa. Happy Birthday.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *