Koleksi Ucapan Hari Guru Yang Menarik & Menyentuh Hati

Selamat Hari Guru buat warga pendidik yang kami sanjungi lagi kasihi

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;

Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa.
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Nukilan Usman Awang

Selamat Hari Guru buat suami ku yang kejap tembun kejap kurus.

Cikgu XXXX

Moga sihat selalu !
Moga jadi Suami & Ayah yg baik selamanya !
Moga bertambah Rezeki hidupmu sentiasa !
Moga segera diberi rezeki ke Tanah Suci !

Tak lupa juga ucapan & doa ini khas buat XXXX dan XXX yang juga merupakan seorang Pendidik. Alfatihah buat Arwah XXXX juga

Moga Allah Rahmati Semua

Amin, Amin, Amin Ya Rabb

…Kami guru Malaysiaaaa berikrar dan berjanji..

#SelamatHariGuru

Ucapan Hari Guru Yang Menarik

Ucapan Hari Guru Yang Menarik

Mengucapkan selamat hari guru buat para pendidik yang telah berkorban menjadikan diri ini insan yang berguna. Jasamu akan sentiasa dikenang. Tidak dilupakan juga, Selamat Hari Guru buat para sahabat yang bergelar guru dan semua guru di seluruh malaysia.

Selamat Hari Guru 2024

Terima kasih my dear students yang masih lagi menitipkan ucapan di whatsapp dan PM di Laman Media Sosial.

Guru bagaikan NTV7 kerana ceria selalu.
Guru seakan TV3 kerana menjadi inspirasi hidupku.
Guru seperti TV9 kerana dekat di hati.
Guru macam ASTRO kerana macam-macam ada.

Walau apapun gelaran, saya cakap CIKGU macam L’OREAL kerana dirimu begitu berharga!

SELAMAT HARI GURU kepada semua sahabat-sahabat guru dan para guru saya semua.

Ucapan Selamat Hari Guru Yang Menyentuh Hati

GURU adalah segala-galanya. Apabila kamu bergelar guru, barulah kamu sedar betapa susahnya menjadi seorang GURU.

  • Time kutip yuran… cikgu jadi AKAUNTAN…..
  • Time budak pecah kepala… cikgu jadi DOKTOR…..
  • Time ada ceramah…. cikgu jadi MOTIVATOR….
  • Time hias kelas…. cikgu jadi PELUKIS SENI….
  • Time persembahan hari guru… cikgu jadi PENYANYI….
  • Time kerusi murid rosak… cikgu jadi TUKANG KAYU.
  • Time budak muntah dalam kelas…. cikgu jadi TUKANG CUCI….
  • Time budak mencuri… cikgu jadi DETEKTIF
  • Time solat… cikgu jadi TOK IMAM….
  • Time budak bergaduh… cikgu jadi HAKIM MAHKAMAH…..
  • Time budak sakit kecemasan… cikgu lah PEMANDU AMBULANS…
  • Time budak sedih…. cikgu jadi PELAWAK SARKIS ….
  • Time perhimpunan… cikgu jadi PENGAWAL KESELAMATAN..
  • Time budak bersukan…. cikgu jadi PENGADIL….

Terima Kasih Cikgu! Hargailah Guru Anda!