
Salam Maal Hijrah
Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu – HR Bukhari.
MAAL HIJRAH 2023 / AWAL MUHARAM
- Gambar – 50 Ucapan Awal Muharam Terkini & Bermakna
- Ucapan Awal Muharam – Salam Maal Hijrah Terindah 2023
- Ada Gambar – Ucapan Tahun Baru 2023
- Ucapan Selamat Tahun Baru 2023 Bergambar
- Download: Doa Awal Tahun dan Akhir Tahun PDF
- Kad Ucapan Salam Maal Hijrah Terbaik
- Bergambar – Ucapan Awal Muharam 2023

Selamat menempuh tahun baru Hijrah.
Hijrah atau perpindahan Rasulullah s.a.w. dari Mekah ke Madinah merupakan satu titik sejarah yang amat besar ertinya ke atas perkembangan Islam dan juga kekuatan umatnya.

Baca: Bergambar – Ucapan Awal Muharam 2020
Marilah kita bersama-sama memperkuatkan perpaduan dan mengembleng tenaga menjalankan kewajipan. Sama-samalah kita berdoa ke hadrat Allah Subhanahu Wataala semoga perjuangan kita akan sentiasa diberkati dan dilindungiNya.

Semoga Maal Hijrah ini akan memperteguhkan tekad dan iltizam untuk menyemarakkan semangat Hijrah dan perubahan ke arah kebaikan dengan pengembelengan tenaga dan fikiran bersendikan akidah dan memperkukuhkan semangat ukhuwah.

Semoga kesungguhan kita dalam menghayati dan meneladani hikmah di sebalik peristiwa Hijrah ini, akan menjadikan umat Islam lebih cemerlang dan diberkati oleh Allah SWT, di dunia dan di akhirat.

Hijrah melambangkan keikhlasan dan pengabdian seorang hamba demi keimanan dan keyakinan kepada ALLAH dan syariat Nya.
Orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad di jalan ALLAH, dengan harta dan jiwa mereka, adalah lebih tinggi darjatnya di sisi ALLAH. Mereka itulah orang-orang yang memperoleh kemenangan. – Surah At-Taubah: 20

Hijrah boleh di ertikan sebagai ‘keluar’ daripada keadaan yang buruk atau tertekan kepada satu keadaan yang lebih selesa serta terjamin. Oleh itu mari bersama kita berazam untuk mengubah diri dan masyarakat ke arah kebaikan.
Baca: Hilang Passport Di Luar Negara
Hijrah bukan sahaja membawa maksud perpindahan ke arah kehidupan yang lebih baik, tetapi memberi pengertian yang lebih luas.
Semoga kita terus dikurniakan rahmat dan petunjuk daripada Allah SWT dalam kita berusaha untuk menjadi seorang mukmin yang lebih baik insyaAllah.
Salam Maal Hijrah.

Marilah sama-sama kita mengingati perjalanan junjungan besar Rasulullah SAW yang dari kota Mekah ke bumi Madinah dalam menyebarluaskan usaha dakwah dan meningkatkan syiar Islam.