Download: Doa Awal Tahun dan Akhir Tahun PDF

Antara amalan disunatkan pada bulan Muharam:

  • Berpuasa.
  • Perbanyakkan amal ibadat seperti solat sunat, zikir dan sebagainya.
  • Berdoa akhir tahun pada hari terakhir bulan Zulhijah selepas Asar sebanyak 3X
  • Berdoa awal tahun pada 1 Muharram selepas Maghrib 3X

Doa Akhir Tahun (Pendek)

Ya Allah Yang Kekal Abadi, dengan limpah kurnia dan kemurahan-Mu pada tahun baharu yang menjelang tiba ini, kami memohon pemeliharaan dan perlindungan-Mu daripada syaitan yang direjam dan semua pengikut serta pembantu-pembantunya.

Kami memohon pertolongan-Mu mengatasi nafsu yang sentiasa mendorong kepada kejahatan, dan bantulah kami melakukan segala perkara yang memungkinkan kami mendampingi-Mu.

Ya Allah Tuhan Yang Maha Berkuasa mengubah segala keadaan, dengan kekuasaan-Mu Yang Maha Agung, ubahkanlah keadaan kami kepada sebaik-baik keadaan. Amin ya Rabbal ‘alamin.

Doa Akhir Tahun (Panjang)

Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.

Baca: Kad Ucapan Salam Maal Hijrah Terbaik

Download | Muat Turun Bacaan Doa dan Maksud: Doa Awal Tahun dan Doa Akhir Tahun

Doa Awal Tahun (Pendek)

Ya Allah Yang Kekal Abadi, dengan limpah kurnia dan kemurahan-Mu pada tahun baharu yang menjelang tiba ini, kami memohon pemeliharaan dan perlindungan-Mu daripada syaitan yang direjam dan semua pengikut serta pembantu-pembantunya.

Kami memohon pertolongan-Mu mengatasi nafsu yang sentiasa mendorong kepada kejahatan, dan bantulah kami melakukan segala perkara yang memungkinkan kami mendampingi-Mu.

Ya Allah Tuhan Yang Maha Berkuasa mengubah segala keadaan, dengan kekuasaan-Mu Yang Maha Agung, ubahkanlah keadaan kami kepada sebaik-baik keadaan. Amin ya Rabbal ‘alamin.

Doa Awal Tahun (Panjang)

Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram.