31 Doa dan Ucapan Selamat Hari Lahir

Dengan memberikan ucapan Selamat Hari Lahir, anda tidak hanya merayakan hari istimewa seseorang, tetapi juga membina hubungan yang lebih dekat dan penuh kasih sayang dengan orang tersebut.

Terima kasih ibu kerana menjadi ibu yang TERBAIK buat kami. Walaupun kami dibesarkan dalam serba kekurangan, kami bangga punya ibu yang sentiasa berusaha memberikan kami didikan yang sempurna. I am who i am today mainly because of Ibu & ayah. Terima kasih 3000 kali.

DOA DAN UCAPAN SELAMAT HARI LAHIR IBU

Ya Allah, kami memohon kepada-Mu keselamatan dalam agama, dan kesejahteraan atau kesegaran pada tubuh dan penambahan ilmu, dan keberkahan rizqi, serta taubat sebelum mati dan rahmat di waktu mati, dan keampunan sesudah mati.

Doa Mohon Keselamatan 

Sanah Helwah! Semoga sentiasa di bawah lindungan rahmatNya, dikurniakan keberkatan Allah serta diluaskan pintu-pintu rezeki.

Selamat Hari Lahir. Semoga memanfaatkan usia yang diberi oleh Allah SWT dengan kebaikan dan hikmah. Dan, semoga menjadi insan yang cemerlang dari segi imannya serta mendapat apa yang dihajati. Aamiin

Happy Birthday! Semoga redha Allah sentiasa mengiringimu. Semoga apa yang dihajati bukan sahaja menjadi angan-angan, malah akan segera direalisasikan!

Happy Birthday! Semoga panjang umur, dikurniakan kesihatan yang baik, murah rezeki dan bahagia di samping keluarga tercinta. Amin.

Selamat Ulang Tahun Kelahiran. Pada hari yang istimewa ini, kutitipkan doa agar dirimu sentiasa dilimpahi berkah dalam usia-usia yang telah dilalui. Semoga hidupmu sentiasa ceria dan berbahagia selalu.

Semoga redha Allah sentiasa mengiringimu dan dikurniakan keberkatan dalam gandaan umur yang diberi Allah.

Semoga sentiasa berada dalam rahmat Allah SWT hendaknya, dimakbulkan segala doa dan dipermudahkan segala urusan.

Selamat hari jadi. Semoga Allah kurniakan kejayaan dan dimurahkan rezeki. Semoga terus menjadi inspirasi kepada orang sekeliling. Saya doakan semua impian awak tercapai.

Ibu, aku adalah anak yang ingin membuatmu bangga. Doakan aku semoga aku sentiasa mampu membuatmu bangga dan bahagia. Semoga ibu diberi usia yang panjang dan kesihatan yang baik.

Terimakasih, atas segala hal yang telah ibu berikan kepada anakmu ini. Maaf jika aku belum boleh membalas segala kebaikanmu padaku. Kau adalah pelita bagiku yang selalu membawa keceriaan dalam hari. Selamat Hari Lahir Ibu.

Baca: Contoh Doa dan Ucapan Hari Jadi

Ya Allah, berikanlah ibuku umur yang panjang dan keberkatan dalam hidup. Kurniakanlah kepada ibu kami rezeki yang berkat dan hati yang selalu bersyukur.

Ya Allah, berikanlah kepada ibu kami keselamatan dan kesejahteraan dalam hidup. Hanya kaulah tuhan yang Maha pengasih dan Maha penyayang.

Selamat hari jadi kepada ibu tersayang yang sering menjadi sumber kekuatan kami. Selalu mengingatkan kami tentang kasih-sayang lebih baik berbanding kebencian walaupun ada kalanya agak sukar untuk dilakukan. Terima kasih kerana mengajar kami bahawa sifat lemah lembut sentiasa menang. Saya sayang kamu selamanya.

Baca:  Romantik – Ucapan Hari Lahir Untuk Suami

DOA DAN UCAPAN SELAMAT HARI LAHIR SAHABAT

Dari hati yang paling dalam, aku ucapkan sebuah kata selamat hari jadi dan juga berdoa semoga cita – citamu akan tercapai dengan jayanya.

Selamat hari jadi sahabatku. Semoga dirimu akan menjadi insan yang lebih baik daripada sebelumnya. Semoga apa yang di inginkan segera diperoleh dengan maju jaya.

Baca: 100+ Koleksi Ucapan Hari Lahir Terbaik

Selamat hari lahir yang teristimewa buat [nama]. Semoga hari ini penuh dengan kebahagiaan dan canda tawa. Semoga semua impian dan cita-citamu tercapai, dan setiap langkahmu dipenuhi dengan kejayaan serta rezeki yang melimpah ruah. Selamat Hari Jadi!

Keluar rumah di waktu pagi
Cadang hendak pergi ke kota
Ku ucapkan Selamat Hari Jadi
Buat kamu yang ku cinta

Selamat ulang tahun kelahiran yang ke-XX! Semoga semua pintu rezeki selalu terbuka luas untukmu, dan setiap langkahmu dipermudah dengan kemudahan, kebahagiaan dan kejayaan yang unggul. Selamat ulang tahun yang penuh keberkatan!

Selamat Menyambut Hari lahir yang penuh keceriaan untukmu, sahabat! Semoga segala urusanmu diberkati dan berjalan dengan lancar hendak-Nya, dan segala jerih payahmu mendapatkan hasil yang manis dan masyuk. Selamat ulang tahun!

Salam Ulang tahun yang penuh keberkatan untukmu. Semoga rezeki yang mengalir melimpah ruah, urusanmu seharianmu dilancarkan, dan kebahagiaan sentiasa menyertai tiap langkahmu. Selamat Hari Lahir!

Selamat ulang tahun kelahiran, teman! Semoga setiap doa dan usahamu makbul serta dimudahkan, dan setiap langkah membawamu menuju kejayaan yang cemerlang. Semoga rezekimu berlimpah ruah dan hidupmu dipenuhi kebahagiaan, keberkatan dan ketenangan yang abadi.

Salam Hari lahir yang indah untukmu, sahabat! Semoga segala urusanmu berjalan dengan lancar dan dipermudahkan oleh-Nya, segala keinginanmu tercapai penuh jayanya, dan hidupmu dipenuhi dengan kebahagiaan, ketenangan dan keberkatan hakiki. Selamat ulang tahun kelahiran!