Contoh Doa dan Ucapan Hari Jadi

Pastikan untuk menyesuaikan ucapan sesuai dengan keperibadian dan hubungan anda dengan orang yang ingin diberikan ucapan tersebut.

Jangan lupa untuk menunjukkan apresiasi, penghargaan dan kebahagiaan atas momen bahagia mereka.

Berikut merupakan beberapa contoh ucapan Hari Jadi yang dapat kita boleh gunakan:

Selamat Hari Jadi. Semoga di hari bahagia ini Allah sentiasa memberikan taufik, rahmat, barakah juga lindungan kesihatan, hidayah dan redhanya. Semoga sentiasa dalam lindungan Yang Maha Esa.

Hidup seperti kurang berwarna tanpa kehadiranmu. Terima kasih kerana telah menambah keceriaan dalam kehidupanku. Selamat hari jadi!

Selamat Hari Jadi yang penuh sukacita untuk Anda! Semoga setiap momen berharga hari ini menjadi kenangan indah untuk masa depan.

Koleksi Ucapan Hari Jadi

Semoga dikurniakan iman yang sempurna, akhlak yang terpuji, pekerti yang mulia, umur yang bermanafaat, rezeki yang halal, ilmu yang berguna, jodoh yang membahagiakan, hidup yang dirahmati di dunia dan akhirat.

Hari jadi adalah tentang umur, bukan mengira sudah tuakah kamu. Kiralah keberkatan dan pengalaman indah yang kamu ada, bukan kesilapan yang telah di buat di sepanjang usiamu.

Baca: Saeng-il Chugha-hae : Koleksi Ucapan Hari Lahir Dalam Bahasa Korea

Selamat Hari Jadi kepada seseorang yang menawan, berbakat dan lucu. Melihat kamu seolah mengingatkan banyak perkara tentang diri ku sendiri.

Tiada kad yang lebih berharga di hari jadi mu, selain doaku untukmu. Semoga fikiranmu semakin luas dan cerdas. semoga hatimu semakin bersih dan bijak. semoga akhlakmu semakin menawan dalam kebajikan….

Doa Hari Jadi / Hari Lahir

Ya Tuhanku…. Abadikan kasih sayangnya,tunjukkanlah jalannya dan penuhilah dengan cahaya-Mu yang tidak pernah redup. Lapangkanlah dadanya dengan limpahan iman dan keindahan tawakal kepada-Mu. Hidupkanlah dengan ma’rifat-Mu dan matikanlah dalam keadaan syahid di jalan-Mu. Sesungguhnya Engkau sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Penolong.

Ya Allah, Kau jaga dan lindungi lah setiap langkah perjalanan anak ku ini.. Kau kuatkanlah anakku untuk menempuhi dugaan yang mendatang. Ya Allah, jadikanlah ia insan yang sihat sempurna, berakal cerdas dan berilmu lagi beramal serta berjaya di dunia & akhirat.