Haruman Syurga – Doa & Ucapan Hari Lahir Islamik

Doa & Ucapan Hari Lahir Islamik merupakan antara kaedah untuk menzahirkan kasih sayang dan keprihatinan terhadap seseorang pada hari istimewanya.

Ia juga merupakan antara langkah mendoakan kebaikan, kebahagiaan, kejayaan, dan kesejahteraan hidup seseorang di dunia dan akhirat.

Terdapat pelbagai asbab mengapa seseorang itu memberikan doa untuk ucapan hari lahir. Antaranya ialah:-

  • Menzahirkan perasaan kasih sayang dan kepedulian terhadap orang yang sedang menyambut hari lahir mereka. Secara tidak langsung, ia menunjukkan bahawa insan tersebut menginginkan hal yang terbaik dan sentiasa berdoa untuk kebahagiaan dan kesejahteraan untuk orang yang didoakan.
  • Islam menggalakkan umatnya untuk saling mendoakan kebaikan antara satu sama lain, terutama pada sambutan hari-hari istimewa seperti hari lahir, ulang tahun pernikahan, dan sambutan keramaian lain yang seumpamanya. Doa merupakan antara bentuk ibadah dan kaedah untuk mencari keberkatan, keredhaan dan rahmat daripada Allah swt.

Berikut disertakan beberapa contoh ucapan hari jadi Islam yang boleh anda gunakan atau ubahsuai mengikut kesesuaian masing-masing:-

Doa Hari Lahir

1 – Doa Mohon Panjang Umur (Rumi)

Ya Allah. Panjangkanlah umur kami, sehatkanlah jasad kami, terangilah hati kami, tetapkanlah iman kami, baikkanlah amalan kami, luaskanlah rezeki kami, dekatkanlah kami pada kebaikan, dan jauhkanlah kami dari kejahatan, kabulkanlah segala kebutuhan kami dalam pada agama, dunia, dan akhirat. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu.

Baca:  Ucapan Hari Lahir untuk Anak Tersayang

2 – Doa Mohon Keselamatan (Rumi)

Ya Allah, kami memohon kepada-Mu keselamatan dalam agama, dan kesejahteraan atau kesegaran pada tubuh dan penambahan ilmu, dan keberkahan rizqi, serta taubat sebelum mati dan rahmat di waktu mati, dan keampunan sesudah mati.

3 – Doa Memohon Anak yang Sholeh dan Sholehah (Rumi)

Ya Allah, berilah aku dari sisi Engkau seorang anak yang baik. Sesungguhnya Engkau Maha Pendengar Doa.

4 – Doa Memohon Kemuliaan Untuk Keluarga (Rumi)

Ya Allah, Anugerahkanlah kepada kami, istri – istri kami dan anak cucu kami sebagai penyenang hati kami, dan jadikanlah kami imam bagi orang – orang yang bertaqwa.


Baca:  Romantik – Ucapan Hari Lahir Untuk Suami

Ucapan Hari Lahir Islamik

Selamat Milad / Idul Milad. Barakullahu Fi Umrik – Selamat Hari Lahir. Semoga Allah memberi berkat ke atas umurmu.

Hari ini adalah momen terindah untuk kami sekeluarga. Ya Allah, jadikanlah hari ini dan hari-hari yang seterusnya penuh berkat. Limpahkanlah hidayah, taufik dan rahmat-Mu seluas-luasnya kepada kami semua. Amin.

Di hari yang begitu istimewa ini, aku berharap semoga ketaqwaan, iman dan ihsan engkau semakin meningkat. Amin

Selamat hari jadi, sahabatku yang akrab. Semoga Tuhan yang Maha Esa melimpahkan rahmat dan keredhaannya terhadapmu pada hari yang penuh makna ini. Semoga Allah swt mengurniakan umur yang panjang, kesihatan yang baik serta kehidupan yang penuh mendamaikan. Insya-Allah Amin.

Pada hari ulang tahunmu ini, saya berdoa kepada al-Qudus agar memberkati hidupmu dengan sesuatu yang terbaik. Semoga Dia menjadikanmu di kalangan orang-orang yang beriman, hebat dan berjaya. Semoga Dia juga melindungi kamu dari sebarang bentuk kejahatan dan menunjukkanmu jalan yang lurus. Selamat hari lahir!

Sahabat! Kamu adalah orang insan luar biasa. Saya bersyukur kehadrat Allah swt kerana mentakdirkan untuk mengenalmu dan menjadi sahabatmu. Semoga Dia mengisi hatimu dengan kasih sayang, cinta, kebahagiaan, dan rasa syukur yang berpanjangan di dunia dan akhirat. Selamat Hari Jadi!

Aku panjatkan doa untukmu semoga dirimu mendapatkan segala yang terbaik dalam segala – galanya. Selama Hari Lahir Teman!

Ya Allah, panjangkanlah umur anak-anak kami, berikanlah rahmat-Mu seluas-luasnya. Jadikanlah kami manusia yang bermanfaat untuk agama, nusa dan bangsa.