Doa dan Ucapan Terima Kasih Sambutan Hari Lahir

Ya Allah Umurku sudah semakin jauh meniti hari, memasuki satu lagi fasa kehidupan yang Engkau sahaja Maha Mengetahui.

Ku pohon hidayah Mu, moga dihari ulangtahun kelahiran ini, Engkau berkatilah umurku dan dorongkanlah aku untuk semakin dekat dengan redho Mu.

Didiklah hati ini untuk sentiasa mensyukuri segala nikmatMu.Kuatkan diri ini apabila diuji. Ajarlah hati ini untuk rendah diri apabila dipuji. Peringatlah hati ini agar sentiasa istighfar pada-Mu Ya Allah.

Doa Sempena Hari Lahir Diri Sendiri

Terima kasih Ya Allah kerana kasih sayang Mu disebalik setiap teguran dan perintahMu. Terima kasih Ya Allah kerana mengingatkan aku bila aku lalai.

Terima kasih Ya Allah kerana banyak mengajar diriku erti sebuah kehidupan.

Terima kasih Ya Allah untuk segala-galanya yang Engkau telah tetapkan kepada hambamu ini.

Ucapan Terima Kasih Atas Ucapan Hari Lahir (Pendek)

  • Assalamualaikum dan salam kasih sayang. Terima kasih atas doa dan ucapan salam ulangtahun kelahiran yang telah diberikan. Alhamdulillah, Allah masih meminjamkan saya sisa umur sehingga ke hari ini.
  • Terima Kasih, Salam Sayang buat semua
  • Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izinNya saya dapat kecapi hidup dan memberikan kesempatan untuk menikmati segala limpah rahmatNya bersama keluarga tercinta, sanak saudara, Sahabat dan rakan-rakan taulan tersayang.
  • Saya berterima kasih kepada semua yang telah memberikan ucapan selamat hari lahir, panjang umur dan murah rezeki buat saya. Doa kalian semua saya amat hargai.
  • Semoga Allah kabulkan dan perkenan segala doa yang baik yang telah diberikan. Akhirnya, doa yang baik itu juga dikembalikan kepada kalian jua. Insyaalah. Amin.
  • Terima kasih semua yang menyayangi saya. You know who you are. Terima kasih semua yang memberikan ucapan dan juga doa.

Baca: Terima Kasih – Menghargai Ucapan Hari Lahir dan Hari Jadi

Doa dan Ucapan Terima Kasih Sambutan Hari Lahir

Ucapan Terima Kasih Atas Ucapan Hari Lahir (Panjang)

Terima kasih yang banyak Ya Allah atas kurniaan seusia ini. Terima kasih jua kepada teman-teman dan kenalan atas ucapan dan doa. Moga-moga, kita sama-sama di rahmati Allah swt dan dimurahkan rezeki selamat dunia akhirat.

Alhamdulillah. Sempena bertambahnya usia, terima kasih pada semua yg memberi ucapan & doa. Semoga kita semua sentiasa diberikan kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki selalu dan dipermudahkan segala urusan. Amiinn yra

Alhamdulillah genap usia ke-XX tahun semalam. Alhamdulillah masih diberi kesihatan yang baik, masih dapat menghirup udara segar tanpa dikenakan sebarang bayaran. Terima kasih kepada yang memberi ucapan tanda ingatan, semoga kita semua berada dibawah lindungan allah swt.

Baca: Bayar Zakat Fitrah Guna Duit Atau Beras? Bila Perlu Bayar?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Ucapan terima kasih saya kepada semua kenalan saudara mara sahabat handai yg menitipkan doa dan ucapan sempena ulang tahun kelahiran saya. Sesungguhnya saya sangat menghargai persahabatan semua. Pohon maaf jika tidak dpt membalas satu persatu ucapan baik dalam WhatsApp, Facebook, Instagram, X mahupun TikTok. Insya-Allah, saya akan cuba sebaik baiknya kerana dalam ucapan itu terselit doa yg baik. Bagi diri saya jika ada kekhilafan dan kesalahan pohon diampunkan jua kerana selagi saya bernama manusia takan terlepas dari sebarang kesalahan dan kesilapan. Terima kasih sekali lagi

Hadiah yang bernilai,
Tidak semestinya terbungkus indah,
Terkadang Allah bungkus dengan masalah,
Tapi dalamnya penuh Hikmah dan Barakah.
Terima Kasih di atas Ucapan dan Doa,
Moga kita terus diberkati dunia akhirat.

Alhamdulillah bertambah umur pada hari ini. Terima kasih emak jasa emak melahirkan kita tiada balasan hitungnya. Semoga emak senantiasa sihat dan diberkati dunia akhirat. Doaku kepada kedua ibu bapa ku agar mereka dilanjutkan usia dan diberikan kesihatan yang baik dan dipelihara senantiasa oleh Allah swt. Terima kasih kepada anak-anak, adik beradik, rakan taulan dan semua yang tersayang atas ucapan serta pemberian. Semoga ukhwah kita terjalin selamanya

Terima kasih atas doa dan ucapan salam ulangtahun kelahiran yang telah diberikan. Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya saya dapat kecapi hidup, dan memberikan kesempatan untuk menikmati segala limpah rahmat-Nya. Buat semua yang mengenali diri saya yang memberi ucapan sempena hari lahir saya ini saya ucapkan semoga kalian dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur serta dipermudahkan segala urusan. Lots of love dari kami.