Contoh2 Ucapan Takziah Dalam Bahasa Arab

Contoh2 Ucapan Takziah Dalam Bahasa Arab

Kehilangan orang tersayang seperti ibu bapa penjaga, adik beradik, sanak saudara atau kawan baik merupakan sesuatu yang terpaksa dan perlu untuk dilalui oleh semua orang. Kerana sesungguhnya setiap yang hidup pasti akan merasai kematian.

Adalah menjadi suatu amalan kebiasaan untuk menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga orang yang meninggal dunia atas kehilangan insan tersayang.

Takziah dalam bahasa Arab

Walau dimana jua berada, sudah menjadi kebiasaan untuk mengucapkan takziah terhadap mereka yang kehilangan insan tersayang atas sebab kematian. Ini adalah bagi menzahirkan rasa hormat dan simpati kita terhadap keluarga tersebut.

Berikut adalah 5 kaedah ucapan yang biasa dilafazkan untuk mengucapkan salam takziah dalam bahasa Arab.

  1. Inna Lillahi wa Inna Ilayhi Raji’un

إنا لله وإن إليه راجعون adalah ungkapan yang paling kerap digunakan untuk mengucapkan takziah dalam bahasa Arab. Ungkapan ini membawa maksud “kami milik Allah dan kepada-Nya kami akan kembali”. Ia sering diucapkan sebagai reaksi spontan terhadap kematian orang sekeliling sama ada orang tersebut dikenali mahupun tidak.

Baca: 20 Contoh Ucapan Takziah – al Fatihah

Kata-kata kalimah ini sebagai salah satu kaedah untuk menyampaikan penerimaan dan kepercayaan pada rancangan Tuhan yang Maha Esa.

  1. Allah Yirhamo

الله يرحمو digunakan secara meluas untuk menyampaikan ucapan takziah dikalangan bangsa arab. Ungkapan ini bermaksud “Semoga Allah merahmatinya”. Ia sering digunakan dalam bersekali dengan pernyataan innalillahi wa inna ilayhi raji’un.

  1. Atham Allah Ajrakum

آثام الله أجركم merupakan ucapan takziah dengan makna yang lebih mendalam dan menyentuh hati. Kata-kata ini bermaksud “Semoga Allah memberi ganjaran atas kesabaran dan kebolehan anda menghadapi kesusahan ini”.

Sifat sabar dan tabah ketika diuji merupakan antara elemen utama yang perlu ada tatkala menghadap sebarang musibah. Semoga Allah sawt memberikan ganjaran pahala dan memberkati atas segala apa yang berlaku.

Kata-kata ini boleh juga dianggap sebagai doa berkat sifat sabar dan ketabahan seseorang dalam menghadapi musibah kematian insan tersayang

  1. Al Omur Ilkum

العمر إلكم lazimnya diucapkan untuk menyampaikan salam takziah kepada saudara-mara si mati. Ungkapan ini membawa maksud “semoga panjang umur dan murah rezeki”. Ini adalah cara yang penuh sopan dan hormat untuk mendoakan keluarga si mati kesihatan yang baik dalam kehidupan mereka sendiri.

Contoh2 Ucapan Takziah Dalam Bahasa Arab

Lain-lain Ucapan Takziah Dalam Bahasa Arab

البقية في حياتك
albaqiat fi hayatik
I’m sorry for your loss

عظم الله أجركم
eazam allah ‘ajrakum
May God reward you abundantly

Walaupun anda bukan penutur berbahasa Arab , jangan segan untuk menggunakan ungkapan tersebut. Ia mempunyai makna yang mendalam dan tentunya mereka yang berkaitan akan sangat menghargai sokongan anda.