Saeng-il Chugha-hae : Koleksi Ucapan Hari Lahir Dalam Bahasa Korea

Orang Korea mempunyai kaedah yang unik dan tersendiri untuk meraikan sambutan hari lahir mereka dan orang tersayang.

Artikel ini mungkin penting untuk mereka yang mempunyai rakan berbangsa Korea.

Disini juga, mungkin anda akan dapat mempelajari aspek bahasa tentang cara mengucapkan, ‘Selamat Hari Lahir!’ dalam bahasa Korea.

Bagaimana Mengucapkan Selamat Hari Lahir Dalam Bahasa Korea?

Ucapan Formal

  • Diucapkan kepada orang yang tidak terlalu dikenali
    생일 축하합니다 (Saengil Chukha Hamnida)
  • Diucapkan kepada orang yang lebih tua dan berpangkat
    생신 축하드려요 (Saengsin Chukha Deuryeoyo)
  • Diucapkan kepada orang yang jauh lebih tua
    생신 축하드립니다 (Saengsin Chukha Deurimnida)
Saeng-il Chugha-hae : Koleksi Ucapan Hari Lahir Dalam Bahasa Korea

Ucapan Tidak Formal

  • Diucapkan kepada sanak saudara, ahli keluarga dan sahabat
    생일 축하해요 (Saengil Chukha Hae-yo).
  • Diucapkan kepada rakan terdekat
    생일 축하해 (Saengil Chukha Hae).
  • Diucapkan pada teks ucapan atau status dalam talian
    생축 (Saengchuk).

Baca: Korean birthday greetings – wishes quotes in Korean

Saeng-il Chugha-hae : Koleksi Ucapan Hari Lahir Dalam Bahasa Korea

Ucapan Hari Lahir Dalam Bahasa Korea

생일 축하해요!! 당신을 축복하시길 신께 기도합니다! 즐거운 하루 되세요!
Saeng-il chugha-haeyo!! dangsin-eul chugbog-hasigil sin-kke gido-habnida! jeulgeo-un halu doeseyo!
Selamat Hari lahir!! Saya berdoa kepada Tuhan agar Dia memberkati hidup anda! Nikmatilah hidup sebaiknya!

앞으로 더 건강하고 번창하시길 바랍니다. 생일 축하합니다!
Ap-eulo deo geongang-hago beonchang-hasigil balab-nida. saeng-il chugha-hapnida!
Saya doakan anda sihat dan sejahtera pada masa hadapan. Selamat Hari lahir!

생일 축하해, 친구야. 원하는 건 전부 다 얻을 수 있길 바라!
Saeng-il chugha-hae, chinguya. wonhane-un geon jeonbu da eod-eul su itgil-bara!

Selamat hari jadi kawanku. Berharap anda akan mendapatkan semua yang anda inginkan!

행복한 생일날 되세요!
Haenbokhan saeng-il nall dwaesaeyo!
Mengucapkan selamat hari jadi, jom parti

언제나 행복하고, 건강하고, 오래오래 웃음지을 날이 많기를 바래요!
Onjena haenbokhagu konqanhagu orae orae euseum chi-eull nari mankireul paraeyo!
Sentiasa gembira dan sihat. Saya sentiasa mendoakan akan senyuman ceria anda

항상 건강하고 언제나 밝은 웃음 간직하길 바래요~ 진심으로 축하해요!
Hansan konqanhago onjena pallqeun eu-seum kanjikhaqill paraeyo~ jinsimeuro chukhahaeyo!
Saya doakan anda sentiasa sihat dengan senyuman yang cerah terpancar pada wajah. Dengan ikhlas, saya ingin mengucapkan tahniah kepada anda!

이 세상에서 태어나줘서 고마워요!
E sesaneso taeonajwuso komawoyo!
Terima kasih kerana dilahirkan di dunia ini!

오늘같은 특별한 날 행복한 일들이 많이 생기길 바랍니다.
oneull gateun teukpyorhan nall haenbokhan ildeuri mani saengigil paramnida
Saya berharappada hari yang istimewa ini akan dipenuhi dengan detik-detik yang menggembirakan

네 모든 소원이 이루어지길 바래요
Ni modeun seowoni iruojiqil paraeyo
Saya harap semua hajat awak tercapai

모든 꿈이 이루어지길 바랍니다!
Modeun kkumi iruojigil paramnida!
Semoga semua impian anda menjadi kenyataan!

뜻깊은 오늘! 그 어느 때보다도 아름다운 날이 되기를 바랍니다!
Tteut kipheun oneul! keu oneu ttaebodaneun areumdaun nari dwaegireull paramnida!
Hari ini adalah hari yang istimewa ~ Saya berharap ia menjadi hari yang paling indah dari sebelumnya!

Saeng-il Chugha-hae : Koleksi Ucapan Hari Lahir Dalam Bahasa Korea

Lagu Selamat Hari Lahir Dalam Bahasa Korea

생일 축하합니다
생일 축하합니다
사랑하는 (masukkan nama) 씨
생일 축하합니다

saengil chukahamnida
saengil chukahamnida
saranghaneun (masukkan nama) ssi
saengil chukahamnida