21 Ucapan Hari Lahir Untuk Anak Perempuan

Hari lahir merupakan antara hari yang istimewa bagi orang yang meraikan (pada hari tersebut).

Lebih-lebih lagi jika saban tahun ia disambut dengan penuh meriah dan kesyukuran bersama insan tersayang.

Sudah tentu, menerima hadiah yang bermakna, dimanjakan di spa / pusat reflexologi yang menenangkan atau menikmati sepotong kek yang lazat merupakan antara kaedah terbaik untuk meraikannya.

Tidak kurang juga, mereka yang menyambutnya akan menerima 1001 ucapan selamat hari lahir dari kenalan jauh dan dekat.

Baca: Bahasa Arab – 23 Ucapan Hari Lahir Islam Penuh Keinsafan

Ucapan Hari Lahir Untuk Anak Perempuan

Sebagai ibu bapa, apa yang hendak dikatakan pada hari lahir anak-anak? Ibu Bapa atau Penjaga pasti berasa agak sukar untuk mencari perkataan mahupun ayat yang betul untuk menyatakan ulang tahun kelahiran anak.

Untuk membantu, kami telah mengumpulkan beberapa ucapan selamat hari lahir untuk anak perempuan. Gunakannya untuk inspirasi dan panduan bersama.

  1. Selamat hari lahir kepada anak perempuan kegemaran saya (dan satu-satunya)!
  2. Mengucapkan selamat hari lahir kepada bayi perempuan comel ibu dan ayah.
  3. Selamat Hari lahir! Awak adalah anak perempuan terbaik dambaan semua ibu-ibu seluruh dunia!
  4. Saya harap hari istimewa ini adalah yang paling istimewa seperti awak juga! Selamat hari lahir anak perempuan mummy & daddy.
  5. Selamat hari lahir, kepada anak perempuan tunggal ibu dan abah!
  6. Kami mengambil tinjauan pendapat, dan keputusannya adalah: Awak adalah anak perempuan terbaik di dunia! Selamat Hari lahir!
  7. Pelukan dan cium untuk anak perempuan ibu dan ayah pada hari ini dan selamanya. Selamat Hari lahir!
  8. Selamat hari kek Kakak!
  9. Mengucapkan selamat ulang tahun yang luar biasa kepada anak perempuan comel saya selama-lamanya!
  10. Awak segala-galanya buat ibu dan ayah! Mengucapkan selamat hari lahir yang bahagia dan tidak dapat dilupakan!
  11. Jom makan kek! Selamat hari lahir kepada hadiah paling manis yang pernah ayah dan ibu terima.

Ucapan Selamat Hari Lahir Lawak

  1. Sepatutnya ibu yang dapat hadiah hari ini. Lagipun, ibulah yang melahirkan awak ke dunia! Selamat Hari lahir!
  2. Serius, mencari hadiah untuk anak perempuan ini semakin sukar setiap tahun. Tahun ini ibu dan ayah akhirnya menemui yang terbaik lagi: pelukan dan ciuman. Selamat Hari lahir anak kesayangan!
  3. Selamat hari lahir kepada orang yang telah membuatkan saya menangis menahan kesakitan selama berjam-jam di hospital.
  4. Semoga semua ucapan hari lahir anak perempuan ini menjadi kenyataan. Selamat Hari lahir!
  5. Saya rasa sudah terlambat untuk mengembalikan awak kepada pokok buluh betong. Bukan? OK, Ibu rasa akan simpan awak! Selamat Hari lahir!
  6. Memandangkan awak berumur XX tahun. Adakah ini bermakna awak sudah boleh membayar balik kepada kami untuk semua perbelanjaan yang telah ibu dan ayah keluarkan?

Doa Selamat Hari Lahir Untuk Anak Perempuan

  1. Ibu dan ayah bersyukur kepada Allah swt kerana mengurniakan kami satu lagi tahun yang indah kepada anak perempuan kesayangan yang comel, bijak dan cantik. Selamat Hari lahir anakku!
  2. Tidak ada hari yang berlalu yang ayah dan ibu tidak berdoa untuk anak perempuan kami ini. Hari ini kami akan berdoa lebih tulus kerana hari ini adalah salah satu hari yang paling istimewa dalam setahun. Selamat hari lahir, anak gadis jelitaku.
  3. Semoga Allah swt mengabulkan segala hajat dan impian hatimu. Selamat Hari lahir anak.
  4. Awak adalah anugerah terbesar mak dan abah. Semoga semua harapan dan impian adik menjadi kenyataan. Selamat Hari lahir!
  5. Kami berdoa agar hari istimewa yang jatuhnya pada hari ini membawa limpahan kebahagiaan kepada anak perempuan kesayangan. Hari ini, esok dan selamanya
  6. Kami, sebagai ibu bapa sangat bersyukur kepada Tuhan kerana Dia memilih kami untuk menjadi ibu kepada anakanda tersayang. Tiada cinta yang lebih hebat. Selamat hari lahir, anak perempuan!
  7. Awak benar-benar malaikat di bumi. Tuhan menghantar anak perempuan ini untuk memberkati kami dengan kasih sayang dan untuk itu saya sangat bahagia. Selamat Hari lahir!
  8. Semasa awak meniup lilin, berhenti dan bersyukur atas semua berkat kehidupan. Ibu dan Ayah sentiasa berdoa untuk awak setiap hari. Selamat hari lahir, bidadariku.
  9. Doa kami adalah agar anak perempuan ini kekal sebagai orang yang comel dan jelita hendak-Nya.
  10. Hari ini kami meraikan anak perempuan tersayang — rahmat terbesar yang pernah kami terima. Kami sangat sayangkan awak. Selamat Hari lahir!
  11. Semoga Allah terus memberikan anak gadis kami ini kebahagiaan dan kesihatan. Selamat hari lahir, puteri ayu.
21 Ucapan Hari Lahir Untuk Anak Perempuan