Hero Malaya – Ucapan Hari Lahir Untuk Ayah

Seorang ayah memainkan peranan penting dalam membentuk kehidupan keluarganya termasuk isteri dan anak-anaknya.

Sumbangan seorang ayah pastinya tidak akan terukur – memberi nafkah, kasih sayang dan pengorbanan tanpa syarat.

Memperingati hari lahir ayah merupakan antara kaedah untuk menunjukkan penghargaan dan kasih sayang anda (sebagai anak) kepadanya. Berikut disertakan beberapa petikan ucapan selamat hari lahir untuk ayah yang boleh anda gunakan sebagai inspirasi:

  • Selamat Hari Lahir, Ayah. Terima kasih kerana menjadi contoh dan inspirasi dalam hidup kami semua sebagai anak-anak. Semoga Allah swt sentiasa memberkati ayah dengan kesihatan yang baik dan kebahagiaan serta ketenangan di dunia dan akhirat. Amin Ya Robbal Alamin
  • Ayah, semoga semua impian, cita-cita dan harapan menjadi kenyataan pada hari lahirmu yang istimewa ini. Selamat Hari Lahir yang ke-17, Ayah. #SweetSevenTeen
  • Selamat Hari Lahir, Ayahku. Semoga Allah, Tuhan yang Maha Esa sentiasa bersama dan memberkati ayah dengan kebahagiaan hidup, hati yang lapang dan kesihatan yang baik. Semoga terus menjadi ayah terbaik untuk kami semua untuk selamanya.
  • Ayah, semoga hari lahirmu pada hari ini dipenuhi dengan kasih sayang, cinta, kebahagiaan, dan ketenangan. Terima kasih kerana menjadi ayah yang baik untuk kami semua selama ini.

Doa Hari Lahir Untuk Ibu Bapa Tersayang Yang Terdapat Dalam Al-Quran

1 – Ayat 41, Surah Ibrahim:

“Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku!” – (Surah Ibrahim:41)

2 – Ayat 28, Surah Nuh:

“Ya Tuhanku! Ampunilah aku, ibu bapaku, orang yang masuk ke rumahku dengan beriman dan semua orang yang beriman lelaki dan perempuan. Dan janganlah Engkau tambahkan bagi orang-orang yang zalim itu selain kebinasaan.” – (Surah Nuh: 28)

Baca:  Ucapan Hari Lahir untuk Anak Tersayang

3 – Ayat 19, Surah an-Naml:

“…Ya Tuhanku berilah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmatMu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada dua orang ibu bapaku dan untuk mengerjakan amal saleh yang Engkau redai; dan masukkanlah aku dengan rahmatMu ke dalam golongan hamba-hambaMu yang soleh.” – (an-Naml:19)

4 – Ayat 24, surah al-Isra:

“…Wahai Tuhanku, kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku waktu kecil.” – (al-Isra’: 24)

Baca:  Ucapan Hari Lahir Untuk Sahabat Baik

Ya Allah, ampunilah aku dan kedua orang tuaku, serta berilah rahmat kepada kedua-duanya, sebagaimana mereka mendidikku pada waktu kecil. Amin.


Ucapan Hari Lahir Untuk Ayah

Ayah, terima kasih kerana menjadikan saya seorang anak yang sentiasa berbangga dengan bapanya. Saya harap, hari istimewa ini dipenuhi dengan banyak keseronokan, kebahagiaan dan kebaikan. Selamat Hari Lahir Ayah!

Bahu ayah umpama rumah buat saya. Selamat Hari Lahir buat Ayah terbaik di dunia! Moga panjang umur, murah rezeki dan segalanya yang terbaik saya doakan. Amin

Selamat hari lahir ayahku. Semoga Allahselalu memberikanmu kebahagiaan dan kesihatan. Semoga kamu terus menjadi ayah terbaik untukku selama-lamanya. Amin

Selamat Hari Lahir Ayah! Semoga kegembiraan yang telah ayah sebarkan pada masa lalu kembali kepada ayah pada hari ini. Saya sayang ayah!

Ayah jadi lebih tua pada hari ini berbanding semalam. Namun, bagi saya ayah tetap lebih muda dari keesokan hari. Selamat Hari Lahir untuk Ayahku yang Terhebat