Doa Selepas Solat Rumi – Menyentuh Hati

Ya Allah Ya Tuhanku.

Sesungguhnya kami memohon kepada-Mu kesejahteraan dalam agama, dunia dan akhirat, keafiatan jasad, kesihatan badan, tambahan ilmu, keberkatan rezeki, taubat sebelum datang maut, rahmat pada masa datang maut, dan ampunan setelah datang maut.

Wahai Allah

Sediakan pencapaian kami dalam menghadapi sakratul maut, (berilah kami) keselamatan dari api neraka, dan keampunan pada saat dilaksanakan hisab.

Baca: Doa Selepas Solat


Ya Allah, sesungguhnya kami berlindung kepada Mu dari kegelisahan dan kesedihan, dan kami berlindung kepadaMu dari sifat lemah dan malas, dan kami berlindung kepadaMu dari sifat pengecut dan bakhil, dan kami berlindung kepadaMu dari hutang dan paksaaan orang.


Baca: Makan di Mee Tarik Warisan Asli Kajang

Wahai Tuhan kami, perkenankanlah (permohonan) dari kami, sesungguhnya Engkau Maha Mendengar Lagi Maha Mengetahui. Dan terimalah taubat kami, sesungguhnya Engkau Maha Menerima Taubat lagi Maha Penyayang.

Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan hidup di dunia dan kebaikan hidup di akhirat, dan jagalah kami dari siksa api neraka.

Semoga Allah memberikan rahmat dan kesejahteraan kepada penghulu kami, Nabi Muhammad, keluarga dan sahabatnya dan segala puji bagi Allah, Tuhan Semesta Alam


Ya Allah! Hidupkanlah kami dengan iman dan matikanlah kami dengan iman, serta masukkanlah kami ke dalam syurga bersama-sama iman.

Ampunilah segala dosa-dosa kami dan dosa-dosa kedua ibubapa kami. Kasihanilah kedua ibubapa kami sepertimana mereka berdua mengasihani kami sewaktu kami masih kecil.

Anugerahilah kami rahmat kerana sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia. Akhirilah umur kami dengan kesudahan yang baik dan janganlah Engkau akhiri umur kami dengan kesudahan yang tidak baik.

Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia dan juga di akhirat. Peliharalah kami daripada azab neraka.

Semoga Allah mencucuri rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas seluruh keluarga serta sahabat-sahabat Baginda. Segala puji bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam.

Carian Berkaitan: Doa Selepas Solat Rumi – Menyentuh Hati