Panduan Ucapan Hari Pekerja 2024: Ekspresikan Penghargaan

Ucapan Hari Pekerja 2024: Ekspresikan Penghargaan Anda

Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Pekerja kepada para pekerja yang menjadi tulang belakang pembangunan negara selama ini. Terima kasih atas perjuangan dan pengorbanan anda sekalian. Selamat Hari Pekerja!

Selamat Hari Pekerja. Thanks to all my team atas semangat dan komitmen kerja yang diberikan.

Baca: Koleksi Ucapan Selamat Hari Pekerja yang Menyentuh Hati

Selamat Hari Pekerja kepada semua pekerja dan semoga kita sentiasa berusaha untuk melaksanakan tugas dengan amanah dan penuh integriti. 

Selamat Hari Pekerja semua. Bekerjalah dengan penuh keikhlasan dan semoga kita semua dibalas dengan mendapat rezeki yang dirahmati Allah swt.

Contoh Ucapan Hari Pekerja 2024

SELAMAT HARI PEKERJA. Bagi yang bercuti, selamat bercuti. Bagi yang bekerja, selamat bekerja

Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing), dan carilah apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan), supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat).

Surah al-Jumu’ah: ayat 10

Jangan lupa bau rumput di bumi jika tangan dah mencapai bintang di langit. Muhasabah diri. Selamat Hari Pekerja semua.

Barangsiapa pada malam hari merasakan kelelahan daripada upaya kedua tangannya pada siang hari, maka pada malamnya ia diampuni oleh Allah.

Hadis Riwayat Ahmad

Sejak dahulu, saya selalu mengatakan bahawa kita bekerja dan berusaha yang terbaik bukan untuk majikan, bos, atau siapa-siapa.

Walaupun pekerjaan tersebut bukan kepunyaan kita atau tugas yang tidak sesuai dengan “job scope” kita, kita tetap berusaha dengan sungguh-sungguh untuk kebaikkan diri sendiri.

Ini kerana, kita yang akan mendapat pengalaman, kenalan, dan pembelajaran dari pekerjaan yang kita lakukan itu. Yang terbaiknya ialah kita sebenarnya sedang membina masa depan kita dengan cara yang kita sendiri tanpa sedar. Bayangkan jika kita hanya membuat pekerjaan dengan cara yang biasa-biasa sahaja, masa depan kita juga hanya akan menjadi biasa-biasa sahaja.

Selamat Menyambut Hari Pekerja! Alhamdulillah, saya amat bersyukur kerana mempunyai pasukan yang menyokong dan sentiasa berada di belakang saya.