Malaysia – Ucapan Selamat Tahun Baru (Bergambar)

Kita tidak mungkin akan dapat mengendalikan angin saat berlayar. Akan tetapi, kita boleh menyesuaikan layarnya. Selamat berlayar dan selamat menjemput takdir di tahun baru ini.

Jangan pernah menyerah. Temukanlah ribuan alasan untuk tetap berjuang menyambut awal yang baru. Jangan lupa untuk menjadikan hidupmu lebih bermakna dan bermanfaat di tahun ini.

Koleksi Ucapan Selamat Tahun Baru

Dengan berjalannya waktu, setiap pengalaman dalam hidup adalah pelajaran, tapi cinta peduli akan selalu menjadi kekuatan dalam bertahan hidup. Selamat Tahun Baru

Tahun yang baru sedang dalam perjalanan, dan kemungkinan-kemungkinan yang dibawanya adalah tanpa batas. Ayuh! Terus semangat.

Ayuh kita rayakan tahun baru ini dengan hidup yang baru menuju ke kehidupan yang positif dan semakin maju.

Ayuh kita melangkah dengan semangat yang lebih membara, tekad yang lebih jitu dalam memulakan tahun baru yang penuh bermakna.

Malaysia - Ucapan Selamat Tahun Baru (Bergambar)

Hidup adalah kesempatan yang harus di ambil, jalan yang harus dilalui dan teka-teki yang harus dipecahkan. Selamat memulakan cabaran baru.

Masa lalu adalah kenangan. Masa kini adalah kenyataan. Masa depan adalah harapan. Selamat tinggal kenangan, selamat datang harapan.

Masa lalu penuh dengan liku-liku. Masa depan penuh dengan impian. Harapan tahun baru merupakan langkah untuk menyambut masa depan Yang penuh kejayaan dan kecemerlangan.

Tomorrow, is the first blank page of a 365 page book. Write a good one.

Tulis impian dan cita-cita yang ingin dicapai. Tempohkan cita-cita yang hendak dicapai. Bersahabat dengan orang yang berjaya meraih cita-cita. Semoga tahun ini memberi semangat baru untuk kita semua.

Selamat Tahun Baru. Semoga dengan kehadiran Tahun Baru kali ini, ianya akan membawa lebih banyak kemakmuran kepada seisi keluarga.

Tinggalkan segala bentuk kesedihan yang telah berlalu. Biarkanlah ia berlalu. Bebaskan dan mulakan hidup baru dengan penuh semangat.

Langkah kaki terus melangkah menyongsong indah dan terangnya matahari. Berharap dapat bertemu dengan wujud harapan. Semoga esa dan cita akan terwujud dengan penuh cemerlang.

Baca: Contoh Ucapan Terima Kasih Sempena Hari Lahir

Malaysia - Ucapan Selamat Tahun Baru (Bergambar)