Ucapan Hari Raya Korban Aidiladha 2021 Indah

Ucapan Raya Korban / Aidiladha 2021 Indah - Facebook

Semoga kita semua dilimpahi hidayah, rahmat, keberkatan serta keredhaan daripada Yang Maha Esa. Dengan ingatan tulus ikhlas. Disusun sepuluh jari, mohon ampun dan maaf andai ada tersalah laku serta terkasar bahasa.

Baca: Kad Ucapan Aidiladha Istimewa – Hari Raya Korban Tahun 2021

Bulan Zulhijjah bulan mulia
Disambut dengan hati gembiri
10 Zulhijjah kini menjelma
Ucapan di kirim maaf dipinta.

Seandainya inginkan kebahagiaan, kena sentiasa bersedia untuk berkorban. Kerana dalam tiap kesusahan, Allah akan hadirkan kemanisan. Semoga tiap pengorbanan kita di muka bumi ini mendapat redha daripada Allah SWT.

Ucapan Raya Korban / Aidiladha 2021 Indah - Facebook

Indah langit kerana awan
Indah laut kerana kebiruan
Indah Aidilfitri kerana kemaafan
Indah Aidiladha kerana pengorbanan

Baca: Bergambar – Ucapan Selamat Hari Raya Aidiladha

Ucapan Raya Korban / Aidiladha 2021 Indah - Facebook

Marilah kita sama-sama bermuhasabah diri dan menelusuri sejarah para nabi dan rasul yang sentiasa taat dengan perintah Allah SWT. Moga kita semua dapat mencapai redha, maghrifah dan rahmat dari Yang Maha Esa.

Seekor kambing hanya boleh dibuat korban untuk satu orang sahaja. Seekor lembu boleh dikongsi 7 orang untuk dibuat korban. Manakala, seorang suami pula boleh dikongsi dengan 4 orang wanita (Jika wanita tersebut sanggup berkorban). Selamat Hari Raya Korban.

Pergi ke masjid dengan bapa
Diajak bersama rakan serta taulan
Salam Hari Raya Aidiladha
Salah dan silap mohon dimaafkan

Mata kekadang salah melihat
Mulut kekadang salah berucap
Hati kekadang salah menduga
Minta ampun atas segala kekhilafan
Mohon maaf zahir dan batin

Ucapan Raya Korban / Aidiladha 2021 Indah - Facebook

Marilah kita mengambil kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail dan menghayatinya betapa tiada perintah yang lebih utama dan terpenting melainkan perintah Allah S.W.T. Di bulan yang penuh keberkatan ini, saya doakan kita semua beroleh rahmat Allah sebanyak-banyaknya tanpa henti. 

Sesungguhnya Allah telah menggantikan kepada kamu dua hari yang terbaik iaitu Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha. – Hadis Riwayat Imam Ahmad.

Tiada amal anak Adam yang lebih disukai Allah pada hari Aidiladha melainkan ibadat korban. Sesungguhnya binatang yang dikorbankan itu akan datang pada hari kiamat lengkap dengan tanduk, bulu dan kukunya. Sesungguhnya ibadat korban ini diredhai Allah sebelum darah binatang itu jatuh ke bumi. Maka hendaklah kamu berasa lapang dada dan reda akan ibadat korban yang kamu lakukan. – Hadis riwayat At-Tirmizi

Ucapan Hari Raya Korban Aidiladha 2021 Indah – Facebook Ucapan Hari Raya Korban Aidiladha 2021 Indah – Facebook, ucapan hari raya aidiladha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *