Ucapan Hari Lahir untuk Anak Tersayang

Ucapan Hari Lahir untuk Anak

Selamat hari lahir anakku. Semoga hari-hari mendatang akan penuh dengan kebahagiaan dan harapan. Teruslah berjuang dalam mengejar dan mencapai cita-citamu.

Anakku, hari ini bertambah setahun lagi usiamu. Ibu dan Ayah berharap kamu akan terus semakin bijak dalam menghadapi semua rintangan yang datang dalam hidup. Semoga Allah sentiasa melindungi langkahmu di masa depan.

Baca: Koleksi Ucapan Happy Birthday yang Unik

Selamat ulang tahun anakku. Semoga semua mimpimu dapat terwujud dan semoga kamu akan terus dapat menjalani kebahagiaanmu bersama kami. Luv you nak!

Selamat ulang tahun anak. Semoga kamu terus membesar sihat dan kuat, rajin beribadah dan menjadi kebanggaan ibu bapamu. Teruskan belajar untuk mencapai apa yang kau impikan. We luv you

Happy Birthday anakku! Semoga akan lebih banyak kegemilangan menantimu di hari-hari mendatang.

Baca: Ucapan Hari Lahir Untuk Sahabat Baik

Salam Ulang Tahun Kelahiran Anakku. Ingatlah, jangan khawatir akan hujan yang datang. Insyaallah, pelangi datang setelah hujan usai. Doa ibu dan bapamu sentiasa mengiringi tiap langkahmu.