(Rumi & Jawi) 20 Koleksi Doa Ibu Bapa – Gambar Percuma

Koleksi Bergambar - Doa Ibu Bapa

Doa kepada kedua ibubapa sama ada masih hidup atau telah meninggal dunia merupakan satu perkara yang dituntut. Allah SWT mengajar kita sebagai hamba-Nya agar sentiasa mendoakan kepada kedua ibubapa sepertimana yang terdapat di dalam al-Quran.

Baca: Kata Kata dan Pantun Selamat Malam Terbaik

Janganlah sesekali kita lupa untuk sentiasa mendoakan kepada kedua ibubapa kita dalam apa jua keadaan sekali pun kerana wujudnya kita di dunia ini adalah disebabkan mereka.

Koleksi Doa Kepada Kedua Ibu Bapa


Ya Allah ampunilah dosaku dan dosa kedua orang tuaku dan kasihilah mereka sebagaimana mereka mengasihi aku sejak kecil.

Surah Ibrahim

Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan. – Surah Ibrahim ayat 41

Koleksi Bergambar - Doa Ibu Bapa

Surah Nuh

“Wahai Tuhanku! Ampunkanlah bagiku dan bagi kedua ibu bapaku, serta bagi sesiapa yang masuk ke rumahku dalam keadaan beriman dan (ampunkanlah) bagi sekalian orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan (pada setiap zaman) dan janganlah Engkau tambahi orang-orang yang zalim melainkan kebinasaan.” – Surah Nuh ayat 28

Baca: 50 Ayat Deep Padu, Sentap, Untuk Haters

(Rumi & Jawi) 20 Koleksi Doa Ibu Bapa - Gambar Percuma

Surah al-Isra

“Katakanlah: Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya dengan memelihara dan mendidikku semasa kecil.” – Surah al-Isra’ ayat 24

Ya Allah! ampunilah dosa kami dan dosa kedua orang tua kami dan kasihilah mereka sebagaimana mereka mengasihi kami sejak kecil.”

Baca: Doa Tahajjud – Rumi dan Maksudnya

Semoga Allah SWT menjadikan kita anak-anak soleh dan solehah yang sentiasa berbakti serta mendoakan kesejahteraan kepada keduanya. Amin.

Ya Allah, ampunilah kedua ibubapa kami. Terimalah amalan baik mereka dan tingkatkanlah pahala dan rakyat untuk mereka.

Ya Allah, setiap titik susu ibu yang mengalir dalam diri kami, Engkau gantikanlah dengan kebajikan yang boleh membawanya kepada syurga-Mu ya Allah.

Ya Allah, setiap titik keringat yang mengalir pada tubuh ayah kami dalam mencari rezeki untuk keluarga kami, Engkau gantikanlah dengan keampunan yang membawanya kepada syurga-Mu ya Allah.

Surah an-Naml

Ya Tuhanku berilah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmatMu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada dua orang ibu bapaku dan untuk mengerjakan amal saleh yang Engkau redhai; dan masukkanlah aku dengan rahmatMu ke dalam golongan hamba-hamba-Mu yang soleh.” (Surah an-Naml, Ayat 19)

(Rumi & Jawi) 20 Koleksi Doa Ibu Bapa - Gambar Percuma

Koleksi Bergambar – Doa Ibu Bapa Koleksi Bergambar – Doa Ibu Bapa

16 Doa Untuk Ibu Bapa –Rumi dan Bergambar

Doa Untuk Ibu Bapa - Selepas Solat, Murah Rezeki

Doa Ibu Bapa

Ya Allah, ampunilah bagiku segala dosaku dan juga dosa dua ibu bapaku dan kasihanilah mereka keduanya sebagaimana mereka memelihara dan mendidikku di masa kecil.

Allahummaghfir lii wa liwaalidayya warhamhuma kamaa rabbayanii shaghiraa – Ya Allah, ampunilah aku dan kedua orang tua ku, dan sayangilah keduanya sebagaimana keduanya menyayangi aku di waktu kecil. Aamiin Ya Rabbal Alamin.

Katakanlah: Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya dengan memelihara dan mendidikku semasa kecil.” – Surah al-Isra’: 24

Ya Rabb kami, berilah ampun kepadaku dan kedua orang tuaku serta seluruh orang-orang mukmin pada hari terjadina hisab (hari kiamat) – Surah Ibrahim: 41

Baca: 20+ Doa Selepas Solat – Koleksi Doa Para Nabi


Doa Untuk Ibu Bapa Yang Telah Meninggal Dunia

Doa Untuk Ibu Bapa - Selepas Solat, Murah Rezeki

Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya dengan memelihara dan mendidikku semasa kecil. – Surah al-Isra: 24

Ya Allah, sampaikanlah pahala bacaan ini kepada roh kedua ibu bapa kami. Ya Allah, ampunilah dosa-dosa mereka. Kasihanilah dan sejahterakanlah mereka. Maafkanlah segala kesalahannya. Muliakanlah kedatangannya dan lapangkanlah kuburnya. Terimalah kebaikannya dan hapuskanlah kesalahannya dengan rahmatMu. Wahai Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Doa Untuk Ibu Bapa

Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada kedua ibu bapaku sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya dengan memelihara dan mendidikku semasa kecil.

Ya Allah Ya Tuhanku, ampunilah segala dosa-doa orang tuaku. Tempatkanlah kedua mereka dikalangan orang-orang yang beriman. Aamiin Ya Robbal Alamin

Doa Untuk Ibu Bapa

Doa Untuk Ibu Bapa Kami

Ya Allah, berikanlah ampunan kepadaku atas dosa-dosaku dan dosa-dosa kedua orang tuaku, dan kasihanilah keduanya sebagaimana belia berdua merawatku ketika aku masih kecil, begitu juga kepada seluruh kaum muslimin dan muslimat, semua yang beriman, laki laki mahupun perempuan yang masih hidup mahupun yang sudah meninggal dunia, dan ikutkanlah diantara kami dan mereka dengan kebaikan. Ya Allah, berilah ampun dan belas kasihanilah kerana Engkaulah Tuhan yang lebih berbelas kasih dan tiada daya upaya kecuali dengan pertolonganMu.


Baca: Gambar – 50 Ayat Pickup Line Cinta

Doa Untuk Ibu Bapa Rumi

Doa Untuk Ibu Bapa - Selepas Solat, Murah Rezeki

Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan.- Surah Ibrahim 41

Wahai Tuhanku! Ampunkanlah bagiku dan bagi kedua ibu bapaku, serta bagi sesiapa yang masuk ke rumahku dalam keadaan beriman dan (ampunkanlah) bagi sekalian orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan (pada setiap zaman) dan janganlah Engkau tambahi orang-orang yang zalim melainkan kebinasaan. – Surah Nuh 28

Doa Untuk Ibu Bapa

Ya Allah Ya Tuhanku, ampunkanlah dosa-dosa kedua orang tua ku. Berkatilah kedua mereka itu, sihatkanlah mereka, murahkanlah rezeki mereka, panjangkanlah usia mereka, jauhilah sebarang bahaya dan lindungilah mereka. Aamiin