Terima Kasih – Menghargai Ucapan Hari Lahir dan Hari Jadi

Menghargai Ucapan Hari Lahir dan Hari Jadi

Terima kasih atas ucapan dan doa para sahabat sempena hari lahir saya semalam. Saya mohon jutaan kemaafan kerana tidak mampu dan tidak berkesempatan utk membalas setiap ucapan tersebut satu persatu buat masa ini. Insyaallah saya akan lakukannya sedikit masa nanti.

Dari lubuk hati yang paling dalam, saya amat hargai ingatan dan doa para sahabat semua. Moga Allah kabulkan doa-doa tersebut dan kesannya dikembalikan juga oleh Allah Taala kepada kalian juga.


Menghargai Ucapan Hari Lahir dan Hari Jadi

Sekalung penghargaan buat semua yang telah memberikan ucapan dan doa sempena ulangtahun kelahiran saya.

Baca: Ucapan Happy Birthday in English

Hari lahir bukanlah sekadar untuk kita mengira umur yang semakin meningkat, tetapi yang lebih penting adalah untuk kita mengira sejauh manakah kita telah memanfaatkan umur kita untuk kepentingan agama Islam dan orang sekeliling.

Umur yang dah pergi tidak dapat berpatah balik. Tetapi umur yang berbaki masih boleh digunakan dengan sebaik mungkin agar kehidupan kita di sana kelak tidak sia-sia.

Insyaallah


Terima kasih atas doa dan ucapan salam ulangtahun kelahiran yang telah diberikan. Alhamdulillah, Tuhan telah mengurniakan saya umur panjang.

Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya saya dapat kecapi hidup, dan memberikan kesempatan untuk menikmati segala limpah rahmat-Nya bersama keluarga tercinta, sanak saudara dan rakan-rakan taulan.

Saya berterima kasih kepada semua yang telah memberikan ucapan selamat hari lahir, panjang umur dan murah rezeki buat saya. Doa kalian semua saya amat hargai. Semoga Allah kabulkan dan perkenan segala doa yang baik yang telah diberikan. Akhirnya, doa yang baik itu juga dikembalikan kepada kalian jua. Insyaalah. Amin.


Terima kasih atas ucapan dan doa sempena hari lahir saya.

Saya amat menghargai ingatan dan doa yang disampaikan. Moga Allah menyayangi kita semua dengan limpahan rahmat-Nya. Doakan kemuliaan bersama Islam sebagai pengakhir hidup saya.

Baca: With Image – Wish Wedding and Marriage


Terima kasih semua atas ucapan hari jadi kepada saya semalam. Jujurnya, saya teramat gembira apabila orang sekeliling dan rakan taulan mendoakan kesejahteraan, rezeki yang murah serta umur yang panjang kepada saya.

Buat semua yang mengenali diri saya, sempena hari lahir saya ini saya ucapkan semoga kalian dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur serta dipermudahkan segala urusan. Amin.

Menghargai Ucapan Hari Lahir dan Hari Jadi Menghargai Ucapan Hari Lahir dan Hari Jadi