
Doa kepada kedua ibubapa sama ada masih hidup atau telah meninggal dunia merupakan satu perkara yang dituntut. Allah SWT mengajar kita sebagai hamba-Nya agar sentiasa mendoakan kepada kedua ibubapa sepertimana yang terdapat di dalam al-Quran.
Baca: Kata Kata dan Pantun Selamat Malam Terbaik
Janganlah sesekali kita lupa untuk sentiasa mendoakan kepada kedua ibubapa kita dalam apa jua keadaan sekali pun kerana wujudnya kita di dunia ini adalah disebabkan mereka.
Koleksi Doa Kepada Kedua Ibu Bapa
- Rumi – Doa Ibu Bapa dan Kekeluargaan
- (Rumi & Jawi) 20 Koleksi Doa Ibu Bapa – Gambar Percuma
- 16 Doa Untuk Ibu Bapa –Rumi dan Bergambar
- Doa dan Ucapan Hari Bapa Dalam Islam Serta Suami Tersayang
Ya Allah ampunilah dosaku dan dosa kedua orang tuaku dan kasihilah mereka sebagaimana mereka mengasihi aku sejak kecil.
Surah Ibrahim
Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan. – Surah Ibrahim ayat 41

Surah Nuh
“Wahai Tuhanku! Ampunkanlah bagiku dan bagi kedua ibu bapaku, serta bagi sesiapa yang masuk ke rumahku dalam keadaan beriman dan (ampunkanlah) bagi sekalian orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan (pada setiap zaman) dan janganlah Engkau tambahi orang-orang yang zalim melainkan kebinasaan.” – Surah Nuh ayat 28
Baca: 50 Ayat Deep Padu, Sentap, Untuk Haters

Surah al-Isra
“Katakanlah: Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya dengan memelihara dan mendidikku semasa kecil.” – Surah al-Isra’ ayat 24
Ya Allah! ampunilah dosa kami dan dosa kedua orang tua kami dan kasihilah mereka sebagaimana mereka mengasihi kami sejak kecil.”
Baca: Doa Tahajjud – Rumi dan Maksudnya
Semoga Allah SWT menjadikan kita anak-anak soleh dan solehah yang sentiasa berbakti serta mendoakan kesejahteraan kepada keduanya. Amin.
Ya Allah, ampunilah kedua ibubapa kami. Terimalah amalan baik mereka dan tingkatkanlah pahala dan rakyat untuk mereka.
Ya Allah, setiap titik susu ibu yang mengalir dalam diri kami, Engkau gantikanlah dengan kebajikan yang boleh membawanya kepada syurga-Mu ya Allah.

Ya Allah, setiap titik keringat yang mengalir pada tubuh ayah kami dalam mencari rezeki untuk keluarga kami, Engkau gantikanlah dengan keampunan yang membawanya kepada syurga-Mu ya Allah.
Surah an-Naml
Ya Tuhanku berilah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmatMu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada dua orang ibu bapaku dan untuk mengerjakan amal saleh yang Engkau redhai; dan masukkanlah aku dengan rahmatMu ke dalam golongan hamba-hamba-Mu yang soleh.” (Surah an-Naml, Ayat 19)

Koleksi Bergambar – Doa Ibu Bapa Koleksi Bergambar – Doa Ibu Bapa