
Apakah kelebihan berdoa selepas solat? Berdoa adalah satu ibadah yang digalakkan bagi mendekatkan diri seorang hamba kepada Allah.
Doa merupakan senjata bagi orang-orang mukmin.
Baca: Kedai Kucing Murah di Semenyih
(HR Hakim).
Hadis daripada Nabi Muhammad S.A.W itu adalah dalil tentang kelebihan doa. Lebih-lebih lagi, kita digalakkan melakukan doa selepas solat yang mengandungi banyak pahalanya.
Doa merupakan sejenis bentuk ibadah yang boleh diamalkan pada bila-bila masa. Ia menunjukkan kerendahan hati seorang hamba kepada Allah Taala.
Ya, kita digalakkan membaca doa ringkas selepas solat.
Baca: Doa Selepas Solat
Allah swt berfirman :
Maksudnya : Dan Tuhan kamu berfirman: Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu.
(Surah Ghafir : 60)
Daripada Abu Umamah : Beliau berkata bahawa Rasulullah pernah ditanya tentang apakah doa yang paling didengari. Rasulullah saw menjawab :
Maksudnya :”(Doa yang paling didengari ialah) ketika satu pertiga malam yang terakhir dan ketika selesai solat fardu.”
(HR al-Tirmizi)
Baca: Koleksi Bergambar Doa-Doa Selepas Solat
” Jika salah seorang dari kalian selesai menunaikan solat maka mulakanlah (doa selepas solat ) dengan mengagungkan dan memuji Allah. Kemudian berselawat ke atas Nabi dan barulah berdoa selepas itu apa yang dia ingini.”
(HR Abu Daud)
Melalui riwayat-riwayat hadis di atas bahawa amalan zikir dan berdoa selepas solat fardu adalah satu amalan yang amat digalakkan. Moga zikir-zikir yang kita ucapkan selepas menunaikan solat fardu menjadi penghapus dosa.
Maka tidak perlu tergesa-gesa bangun selepas menunaikan solat fardu. Alangkah baiknya jika kita dapat duduk sejenak berzikir dan berdoa sebelum menunaikan solat sunat Ba’diah sepertimana yang dilakukan oleh Rasulullah saw.
Soalan – Apakah Kelebihan Doa Selepas Solat? Soalan – Apakah Kelebihan Doa Selepas Solat?