Salam Subuh dan Doa – Khamis Jumaat

Salam Subuh dan Doa

Baca: Koleksi Bergambar dan PDF – Doa Selamat Hari Lahir

Salam Subuh. Semoga segala doa kita dimakbulkan. Segala urusan dipermudahkan. Tercapai segala hajat. Sentiada di dalam lindungan dan rahmat Allah swt.

Salam Subuh. Ya Allah, hanya Engkau yang tahu semua rencana untukku. Apapun itu, berikanlah yang terbaik untuk hari ini.

Subhanallah. Alhamdulillah. Allahuakhbar. Yang membacanya secara tidak langsung telah berzikir menyebut nama Allah. Alhamdulillah. Semoga mendapat kebaikan dan pahala dari Allah swt.

Assalamualaikum. Salam Subuh. Ya Allah, jadikanlah kami bersabar saat diuji. Bersyukur saat diberi. Memaafkan saat dizalimi. Istighfar saat menyalahi dan bukakanlah hati kami untuk selalu dekat denganMu. Aamiin

Assalamualaikum. Muliakanlah sahabat-sahabat kami yang baik hati, yang mengerti dan yang selalu memahami. Bahagiakan hidupnya. Berikanlah jaminan syurga untuk mereka. Aamiin

Salam Subuh dan Doa

Ya Allah, bukakanlah pintu kebaikan, pintu keberkatan, pintu nikmat, pintu rezeki, pintu kekuatan, pintu kesihatan, pintu keselamatan dan pintu-pintu syurgaMu untuk kami.

Doaku dihari Jumaat yang mulia ini. Ya Allah, tutuplah aib-aib kami dan selamatkan kami di dunia dan di akhirat.

Assolatu Khairum Minan Naum. Ya Allah, sesungguhnya aku memasuki pagiMu dalam kenikmatan, kesihata dan perlindungan. Sempurnakanlah untukku kenikmatan, kesihatan dan perlindungan itu di dunia dan akhirat. (HR Muslim)

Selamat Pagi. Jadikanlah…..Yang lembut itu hati. Yang tebal itu iman. Yang tajam itu akal. Yang baik itu sihat. Yang manis itu senyuman.

Baca: Malaysia – Selamat Malam Sayangku Intan Payung

Salam Subuh dan Doa

Salam Subuh Khamis. Ya Allah, tetapkanblah aku pada jalanMu yang lurus, jalan yang penuh berkat dan jalan yang penuh dengan pengampunan dariMu. Aamiin Ya Robbal Alamin

Subuh Jumaat. Semoga Allah kurniakan rezeki yang luas, umur yang berkat. Kesihatan yang baik serta kebahagiaan dunia dan akhirat.

Assalamualaikum dan Selamat Pagi. Ya Allah, hapuskanlah dosa-dosa kami. Tutuplah aib-aib kami. Lembutkan hati-hati kami. Berikanlah jalan keluar kegelisahan dan mudahkanlah segala urusan kami. Berikanlah kami kebaikan dunia dan akhirat. Aamiin…

YA ALLAH, Muliakanlah sesiapa yang membaca doa ini. Lapangkanlah hati kami. Bahagiakanlah keluarga kami. Luaskanlah rezeki kami seluas lautan yang Engkau ciptakan. Mudahkanlah segala urusan kami. Kabulkanlah impian kami. Jauhkanlah kami dari segala penyakit, fitnah, prasangka keji, berkata kasar. Jauhkanlah kami dari segala musibah. Jadikanlah kami sebagai penghuni syurga terindahMu kelak dengan keizinanMu. Aamiin..

Salam Subuh dan Doa

Salam Subuh dan Doa Salam Subuh dan Doa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *