
Berpuasa di Bulan Ramadhan kerana Allah SWT
Daripada Abu Hurairah RA bahawa Nabi SAW bersabda : Sesiapa yang berpuasa Ramadhan kerana iman dan ketaatan kepada Allah, serta mengharapkan keredhaannya, akan diampunkan semua dosanya yang telah lepas.
(Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Menjaga Lidah ketika Berpuasa
Daripada Abu Hurairah RA katanya, Rasulullah SAW bersabda : “Apabila seseorang kamu berpuasa, janganlah ia bercakap perkara-perkara yang kotor dan sia-sia, dilarang juga bertengkar dan memaki hamun. Apabila ia dimaki hamun oleh seseorang atau diajak bermusuhan, maka hendak ia berkata, “Sesungguhnya aku berpuasa hari ini”.
(Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Hindari Perkara Maksiat ketika Berpuasa
Daripada Abu Hurairah RA lagi katanya bahawa Nabi SAW bersabda : “Sesiapa yang tidak meninggalkan percakapan bohong dan berkelakuan keji lagi buruk sedangkan dia berpuasa, baginya tidak ada kelebihan di sisi Allah selain daripada lapar dan dahaga sahaja yang didapatinya.”
(Riwayat al-Bukhari)

Berbuka Puasa Mengikut Keperluan
Daripada Umar bin al-Khattab RA katanya, Rasulullah SAW bersabda : “Apabila malam telah menghadap ke sebelah timur dan siang pula telah berlalu daripada barat kemudian matahari telah terbenam bermulalah waktu orang yang berpuasa itu berbuka.”
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Hikmah Menyegerakan Berbuka Puasa
Daripada Sahl bin Saad RA bahawa Rasulullah SAW bersabda : “Orang yang menyegerakan berbuka puasa setelah masuk waktunya mendapat kebaikan yang berterusan”.
(Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Baca: Bergambar – Kad Ucapan Menyambut Ramadhan

Berpuasa di Bulan Ramadhan kerana Allah SWT
Daripada Abu Hurairah RA bahawa Nabi SAW bersabda : Sesiapa yang berpuasa Ramadhan kerana iman dan ketaatan kepada Allah, serta mengharapkan keredhaannya, akan diampunkan semua dosanya yang telah lepas.
(Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Kelebihan Menyegerakan Berbuka Puasa
Daripada Abu Hurairah RA lagi bahawa Rasulullah SAW bersabda : “ Allah ‘Azza wa Jalla berfirman dalam hadith qudsi, aku sangat mengasihi hamba-hambaku yang bersegera berbuka puasa”.
(Hadith Riwayat at-Tirmizi katanya hadith ini hadith hasan)

Berpuasa di Bulan Ramadhan
Daripada Abu Hurairah RA lagi bahawa Rasulullah SAW bersabda : Apabila sampai bulan Ramadhan, pintu-pintu syurga semua dibuka, pintu-pintu neraka pula ditutup dan diikat serta dibelenggu syaitan dan iblis.
(Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Hadis Kelebihan Belajar dan Mengajarkan al-Quran
Daripada Uthman bin Affan RA, Baginda Nabi SAW bersabda, maksudnya: Sebaik-baik kamu ialah yang belajar al-Quran dan mengajarkannya (ilmu al-Quran). – Hadis Riwayat Bukhari
Hadis Mendoakan Orang Yang Melakukan Kebaikan
Daripada Usamah bin Zayd RA berkata, Rasulullah SAW bersabda, maksudnya: Sesiapa yang diperlakukan kepadanya sesuatu kebaikan, maka ucapkanlah kepada orang yang melakukan kebaikan kepada kamu dengan ungkapan: Semoga Allah membalasnya dengan segala kebaikan. Maka sesungguhnya dia telah menerima pujian yang terbaik.- Hadis Riwayat at Tirmidzi
Hadis Tentang Berfikir Sebelum Berkata
Daripada Abi Ayyub al-Ansari RA berkata, Nabi SAW bersabda, maksudnya: Jangan kamu bercakap dengan sesuatu perkataan yang esoknya kamu akan menyesal kelak. – Hadis Riwyaat Ibnu Majah

Hadis Hidupkan Bulan Ramadan
Nabi SAW bersabda, maksudnya: Sesiapa yang beriman kepada Allah SWT dan hari akhirat, maka dia hendaklah bercakap yang baik-baik sahaja, atau diam.
Hadis Memberi Makan Orang Yang Berpuasa
Daripada Zaid Ibn Khalid al-Juhani bahawa Rasulullah SAW bersabda, maksudnya: Sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berpuasa untuk berbuka puasa, maka dia mendapat pahala seumpamanya tanpa kurang sedikitpun daripada pahala orang yang berpuasa tersebut. – Hadis Riwayat at Tirmidzi
Hadis Tentang Bersedekah
Diriwayatkan oleh Abdullah Ibn Umar bahawa Rasulullah SAW bersabda, maksudnya: Tangan yang di atas (orang yang memberi) adalah lebih baik daripada tangan yang di bawah. Tangan yang di atas adalah orang yang memberi manakala tangan yang di bawah adalah tangan orang yang menerima.- Hadis Riwayat Muslim
Hadis Tentang Bersahur
Daripada Anas bin Malik RA, beliau berkata, Nabi SAW telah bersabda, maksudnya: Bersahurlah kamu semua, sesungguhnya pada sahur itu terdapat keberkatan. – Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim

Hadis Kelebihan Kurma Ajwa
Daripada Saad bin Abi Waqqas bahawa Nabi SAW bersabda, maksudnya: Sesiapa yang memakan tujuh biji kurma Ajwah pada waktu pagi, tidak akan memberi mudarat sebarang racun mahupun sihir kepadanya pada hari tersebut. Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim
Hadis Tentang Niat
Rasulullah bersabda, maksudnya: Setiap amalan itu dinilai berdasarkan niat. Setiap orang akan dibalas berdasarkan niatnya. – Hadis Riwayat Muslim
Hadis Tentang Kepentingan Solat Berjemaah
Diriwayatkan oleh Ibnu Umar menyatakan bahawa Nabi SAW telah bersabda, maksudnya: Solat berjemaah itu lebih baik (afdhal) daripada sembahyang bersendirian dengan dua puluh tujuh kali ganda. – Hadis Riwayat Bukhari
Hadis Tentang Saling Bantu Membantu
Daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah bersabda, maksudnya:Sesiapa yang melepaskan saudara mukmin daripada kesusahan di dunia maka Allah akan melepaskan kesusahannya pada hari kiamat. – Hadis Riwayat Muslim

Hadis Tentang Waktu Antara Sahur Dan Azan Subuh
Daripada Zaid bin Thabit RA berkata: Kami pernah makan sahur bersama Nabi SAW, kemudian baginda pergi untuk melaksanakan solat. Aku bertanya, “Berapa antara azan (Subuh) dan sahur?. Baginda menjawab: Sebanyak ukuran bacaan lima puluh ayat. – Hadis Riwayat Bukhari dan at Tirmidzi
Hadis Tentang Mencari Malam Lailatul Qadar
Daripada ‘Aisyah RA bahawa Rasulullah bersabda, maksudnya: Carilah Lailatul qadar pada malam yang ganjil dalam sepuluh malam yang akhir dari Ramadan. – Hadis Riwayat Bukhari dan Ibnu Hanbal
Hadis Tentang Beramal di 10 Malam Terakhir Ramadan
Daripada ‘Aisyah RA berkata: Nabi SAW apabila memasuki sepuluh akhir (dari bulan Ramadan), Baginda mengetatkan kain baginda (bersungguh-sungguh), menghidupkan malamnya dengan beribadah dan membangunkan keluarga Baginda. – Hadis Riwayat Bukhari

Hadis Tentang Berpuasa Ramadan Diringi Puasa Enam Hari Di Bulan Syawal
Daripada Abu Ayyub Al-Ansari RA, Nabi SAW bersabda, maksudnya: Siapa yang berpuasa Ramadan kemudian diiringinya dengan puasa enam hari di bulan Syawal, maka yang demikian itu seolaholah berpuasa sepanjang tahun. – Hadis Riwayat Muslim, at Tirmidzi dan Ahmad Ibnu Hanbal
Hadis Tentang Kebahagiaan Orang Yang Berpuasa
Daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah bersabda, maksudnya: Orang yang berpuasa memiliki dua kebahagiaan iaitu, kebahagiaan ketika berbuka dan kebahagiaan ketika bertemu dengan Tuhannya kelak. – Hadis Riwayat at Tirmidzi dan Ahmad Ibnu Hanbal
Hadis Tentang Pintu Di Dalam Syurga Buat Mereka Yang Selalu Berpuasa
Daripada Sahl bin Sa’ad RA daripada Nabi bersabda, maksudnya: Sesungguhnya di dalam syurga terdapat pintu yang bernama Al-Rayyan, kelak orang yang sentiasa berpuasa akan dipanggil untuk memasukinya dan barangsiapa yang memasukinya, maka dia tidak akan merasa haus selama-lamanya. – Hadis Riwayat at Tirmidzi

Hadis Tentang Bersedekah dan Memberi Makan
Daripada Ibn ‘Abbas RA, beliau berkata: Adalah Nabi SAW seorang yang paling pemurah dan menjadi lebih pemurah pada bulan Ramadhan ketika Jibril AS bertemu dengannya. Adalah Jibril AS bertemu dengan Nabi pada setiap malam pada bulan Ramadhan untuk mengulangkaji Al-Quran dan kemudiannya Rasulullah menjadi lebih pemurah daripada hembusan angin yang pantas. – Hadis Riwayat Bukhari
Hadis Tentang Puasa dan Sedekah Terbaik
Daripada Anas RA: Ditanyakan Nabi puasa apakah yang terbaik selepas Ramadhan?. Jawab Nabi: Puasa di bulan Sya’ban untuk mengagungkan Ramadhan. Ditanya lagi sedekah apakah yang paling afdhal. Jawab Nabi: Sedekah di bulan Ramadhan. – Hadis Riwayat at Tirmidzi

Sumber: https://ikim.my/koleksi-hadis-ramadan/
Salam Ramadhan 2023 Salam Ramadhan 2023 Salam 30 Ramadhan 2023: Koleksi Hadis Ramadhan JAKIM Salam 30 Ramadhan 2023: Koleksi Hadis Ramadhan JAKIM