Dari Ibnu Mas’ud ra bahawa Rasulullah saw bersabda: Orang yang terdekat denganku pada hari kiamat ialah orang yang paling banyak berselawat kepadaku – Hadir Riwayat At-Tarmizi
Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat untuk nabi. Wahai orang beriman, berselawatlah kamu untuk nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya. – Surah Al-Ahzab: 56
Baca: PDF Doa Dhuha Rumi, Terjemahan, Jawi

Dan berselawatlah ke atasku. Sesungguhnya selawatmu itu akan sampai kepadaku di mana jua kamu berada – HR Ibn Hajar

Ya Allah! Berilah selawat ke atas Muhammad dan kerabat Muhammad seperti mana Engkau berikan selawat ke atas kerabat Ibrahim dan berkatilah ke atas Muhammad dan ke atas kerabat Muhammad seperti mana Engkau memberkati ke atas kerabat Ibrahim, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji dan Maha Agung. – Hadis Riwayat Muslim
Contoh Ucapan Salam Maulidur Rasul
- Gambar: 30 Ucapan Salam Maulidur Rasul Terbaik
- Salam Maulidur Rasul 2023 / 1445 Hijrah – Terindah
- Gambar2: Koleksi Ucapan Maulidur Rasul Terindah
- (Huruf A – Z) Koleksi Nama Bayi Lelaki dan Maknanya Dalam Islam
- (Huruf A – Z) Koleksi Nama Bayi Lelaki Islam Yang Baik Maknanya
Sesungguhnya barangsiapa yang berselawat ke atasku dengan satu selawat, maka Allah SWT akan berselawat ke atasnya dengan sepuluh selawat – Hadis Riwayat Muslim
Sesiapa yang berselawat kepadaku pada waktu pagi sepuluh kali dan pada waktu petang sepuluh kali, ia akan memperoleh syafaatku pada hari kiamat. – Hadis Riwayat Tabrani

Perbanyakkanlah berselawat ke atasku pada setiap hari Jumaat. Sesungguhnya selawat yang dibaca oleh umatku akan dibentangkan kepadaku pada setiap hari Jumaat. Barangsiapa yang paling banyak berselawat ke atasku, maka dia akan berada paling hampir denganku (di dalam Syurga) – Riwayat al-Baihaqi
Rasulullah merupakan pemimpin terbaik sepanjang zaman yang patut dicontohi setiap umat Islam.
Marilah kita bersama mencontohi sikap dan sunnah rasulullah dalam kehidupan harian kita.
Marilah kita juga bersama memperbanyakkan salawat ke atas Baginda SAW.
Semoga kita beroleh syafaat dari Baginda di Padang Mahsyar kelak.
Nabi Muhammad SAW adalah manusia agung yang ideal dan sebaik-baik contoh sepanjang zaman.
Baginda adalah semulia-mulia insan di dunia. Salam dan selawat keatas junjungan Nabi Muhammad SAW. Ya Allah, limpahkanlah kesejahteraan kepada Nabi Muhammad dan keluargannya
Meneladani Sunnah Rasulullah SAW adalah salah satu cara kita membuktikan cinta kita kepada Baginda. Sewaktu berhijrah ke Madinah, Rasulullah bukan sahaja berjaya menyatukan kaum Muhajirin dan Ansar melalui Piagam Madinah, malah bersama kaum Yahudi. Penyatuan yang diasaskan Baginda merentasi kabilah, agama serta fahaman. Konsep penyatuan yang dibawa Rasulullah mengajar kita untuk bermuafakat tanpa mengira latar belakang demi mewujudkan satu Keluarga Malaysia yang harmoni. Salam Maulidur Rasul kepada semua umat Islam dan semoga kita sentiasa beramal mengikut Sunnah Baginda.
Dari Ibnu Mas’ud ra bahawa Rasulullah saw bersabda: Orang yang terdekat denganku pada hari kiamat ialah orang yang paling banyak berselawat kepadaku – Hadir Riwayat At-Tarmizi
Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat untuk nabi. Wahai orang beriman, berselawatlah kamu untuk nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya. – Surah Al-Ahzab: 56
Selamat Menyambut Hari Maulidur Rasul kepada seluruh umat Islam. Perkara terbaik untuk melaksanakan sunnah Rasulullah SAW adalah dengan mencontohi Baginda dalam segenap aspek kehidupan kerana sunah Baginda bersifat sejagat serta sesuai diamalkan oleh umat Islam serta bukan Islam. Ayuhlah kita bersama memperbanyakkan selawat ke atas Baginda S.A.W.
12 Rabiulawal adalah tarikh yang bermakna buat umat Islam sempena kelahiran Nabi Muhammad SAW.
” Sesungguhnya orang yang paling dekat denganku di hari kiamat nanti adalah orang yang paling banyak berselawat kepadaku” Hidupkan dalam keluarga kita selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW.
“Dan tiadalah Kami utuskan engkau (wahai Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam” – (Al-Anbiya’: 107)
Salam Maulidur Rasul kepada seluruh umat Islam. Kami dengan rendah hati mengajak sekalian para muslimin dan musliman untuk turut bersalawat ke atas junjungan kita sempena Hari Keputeraan Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W.
Salam Maulidur Rasul. Moga kita sama-sama mengambil iktibar dan teruskan usaha ke arah keharmonian bersama, samada antara keluarga, rakan taulan, serta komuniti, tanpa mengira agama, bangsa atau latar belakang.

Semoga Allah SWT menggolongkan kita dalam kalangan pencinta Nabi SAW serta menghimpunkan kita bersama Nabi SAW di dalam Syurga kelak. Amin.
Baca: Bergambar – 18 Ayat Cinta Terbaik Sweet Gila

Setiap selawat yang dibaca oleh umat Nabi Muhammad SAW akan dibentang di hadapan Baginda SAW pada setiap hari Jumaat. Justeru, marilah kita memperbanyakkan berselawat ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW.
Sebaik-baik manusia di sisiku pada hari kiamat nanti adalah orang yang paling banyak berselawat kepadaku – Hadis Riwayat at-Tirmizi

“Selamat Hari Maulidur Rasul tahun 2023 Masihi bersamaan 1445 Hijriyah! Semoga berkah kelahiran Nabi Muhammad SAW menyertai langkah-langkah kita selamanya.
Ya Allah, berkatilah kita dalam merayakan Maulidur Rasul di tahun ini. Semoga cahaya kasih dan kedamaian Nabi Muhammad SAW mengiringi perjalanan hidup kita.
Di momen bersejarah ini, marilah kita merenungkan ajaran-ajaran Nabi Muhammad SAW. Selamat Maulidur Rasul 2023 Masihi bersamaan 1445 Hijriyah.
Selamat Hari Maulid! Semoga kehadiran Nabi Muhammad SAW di dunia ini senantiasa memberikan inspirasi dan petunjuk bagi kita semua.
Marilah kita menyambut Hari Maulidur Rasul tahun ini dengan penuh sukacita dan rasa syukur. Semoga keberkahan Nabi Muhammad SAW menyertai kita.”
Ya Allah, limpahkanlah rahmat-Mu kepada Nabi Muhammad SAW dan berikanlah kami kesempatan untuk meneladani beliau. Selamat Maulidur Rasul 2023 Masihi bersamaan 1445 Hijriyah.
Selamat Hari Maulidur Rasul! Semoga dalam setiap langkah hidup kita, kita selalu mengingat dan mengikuti teladan Nabi Muhammad SAW.
Di hari lahir junjungan besar Rasulullah ini, mari tingkatkan iman dan kecintaan kita pada Nabi Muhammad SAW. Selamat Menyambut Maulidur Rasul 2023 Masihi bersamaan 1445 Hijriyah.
Semoga Maulidur Rasul di tahun ini menjadi momentum untuk memperbaiki diri dan meningkatkan kecintaan kita pada Nabi Muhammad SAW.
Selamat Hari Maulidur Rasul 2023 Masihi (1445 Hijriyah). Mari berdoa agar kita semua mendapatkan syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat kelak”
Semoga ucapan selamat menyambut Maulidur Rasul tahun 2023 Masihi bersamaan 1445 Hijriyah ini dapat menyemarakkan perayaan dan menguatkan ikatan spiritual kita dengan Nabi Muhammad SAW.
Ucapan Salam Maulidur Rasul 2023 / 1445 Hijrah – Terindah Ucapan Salam Maulidur Rasul 2023 / 1445 Hijrah – Terindah Ucapan Salam Maulidur Rasul 2023 / 1445 Hijrah – Terindah