PDF Doa Dhuha Rumi, Terjemahan, Jawi

Doa, Usaha, Ikhtiar dan Tawakal – kesemuanya mempunyai hubungan dan terkait antara satu sama lain. Seseorang yang memiliki sikap tawakal akan menggabungkan doa, usaha dan ikhtiar secara seimbang. Dia akan berdoa kepada Allah swt untuk bimbingan, pertolongan, dan keberkatan dalam melakukan apa jua perkara. Tawakal merupakan bentuk pengabdian penuh dengan tindakan yang beriringan dengan keyakinan yang kuat terhadap Allah swt.

Doa itu mencerminkan rasa rendah hati dan kerendahan diri seseorang di hadapan Tuhan Yang Maha Esa, sambil memohon rezeki yang halal dan berkah.
Selain berdoa, penting untuk kita berusaha dengan tekun dan berbuat baik kepada sesama makhluk. Usaha dan perbuatan baik juga merupakan sebahagian kaedah dalam mendapatkan rezeki yang berkah.

Doa Dhuha Rumi

PDF Doa Dhuha Rumi, Terjemahan, Jawi

Allahumma Innadh Dhuha-A Dhuha-Uka
Wal Bahaa-A Bahaa-Uka
Wal Jamaala Jamaaluka
Wal Quwwata Quwatuka
Wal Qudrata Qudratuka
Wal Ishmata Ishmatuka

Allahuma Inkaana Rizqi Fis Samma-I Fa Anzilhu
Wan Inkaana Fil Ardhi Fa-Akhrijhu
Wa Inkaana Mu’siran Fayassirhu
Wa Inkaana Haraaman Fathahhirhu
Wa Inkaana Ba’idan Fa Qaribhu
Bihaqqiduhaa-Ika Wa Bahaaika
Wa Jamaalika Wa Quwwatika Wa Qudratika
Aatini Maa Ataita Min’Ibadikash Shalihin

Muat Turun FORMAT PDF – Doa Solat Dhuha PDF Versi Rumi, Jawi dan Terjemahan

Doa Dhuha – Terjemahan Bahasa Melayu

PDF Doa Dhuha Rumi, Terjemahan, Jawi

Ya Allah
Sesungguhnya Waktu Dhuha itu DhuhaMU
Kecantikannya KecantikanMU
Keindahannya KeindahanMU
Kekuatannya KekuatanMU
Kekuasaannya KekuasaanMU
Perlindungannya PerlindunganMU

Ya Allah
Jika rezeki masih di langit, turunkanlah
Jika di bumi, keluarkanlah
Jika sukar, permudahkanlah
Jika haram, sucikanlah
Jika jauh, dekatkanlah
Berkat waktu Dhuha
Kecantikan-MU, keindahanMU
KekuatanMU, kekuasaanMU
Limpahkan kepadaku segala
Yang Engkau telah limpahkan
Kepada hamba-hambaMU yang soleh

Baca: Bergambar Doa Selepas Solat – Dhuha, Witir, Taubat, Tahajjud

Waktu Solat Dhuha Tamat

Waktu dhuha ialah diantara setengah jam selepas waktu syuruk. Manakala waktu tamat Solat Sunat Dhuha adalah ketika matahari tegak di atas kepala iaitu lebih kurang 9 minit sebelum masuknya waktu Zuhur.

Dari Zaid bin Arqam r.a, berkatanya, “Nabi Muhammad keluar menuju tempat Ahli Quba, dikala itu mereka sedang mengerjakan Solat Sunat Dhuha. Baginda bersabda : “Inilah solat orang-orang yang kembali kepada Allah, iaitu di waktu anak-anak unta telah bangkit kerana kepanasan waktu Dhuha.” – Hadis Riwayat Ahmad, Muslim dan Tirmidzi

Baca: Doa dan Cara Solat Dhuha Ringkas – Rumi

Dalil Hadis Kelebihan Solat Sunat Dhuha

Daripada An-Nawas bin Sam’an, katanya aku mendengar Rasulullah mengatakan, Allah menjelaskan, maksudnya: Wahai anak Adam, jangan kamu tidak berupaya mengerjakan empat rakaat dhuha pada awal siang. Sekiranya engkau laksanakannya, nescaya Aku pelihara kamu pada petang hari itu  Hadis Riwayat Abu Daud dan at Tirmizi.

Daripada Uqbah bin Amir, Rasulullah SAW bersabda, maksudnya: Sesiapa yang bermusafir ketika matahari sedang naik, berwuduk dengan sempurna, kemudian menunaikan solat dua rakaat, nescaya diampunkan segala dosanya. Dia menjadi bersih daripada dosa seperti budak yang baru dilahirkan ibunya. – Hadis Riwayat Abu Ya’la