Pantun Perpisahan dan Persaraan – Moden

Pantun Perpisahan dan perpisahan

Telus kata buat anak dara
Pesan jua si bujang resah
Tidak kira siapa pun dia
Pasti ada jasa yang dicurah

Enak sungguh buah mangga
Dibawa khas dari Perlis
Tuan berpindah disambut mesra
Semoga beroleh kenangan manis

Mempelas jua pilihan mandat
Ke hutan lipur semak melitup
Melafaz doa mohon hajat
Moga makbut berkat hidup

Baca: Pantun Melayu Cinta : Pickup Line Sweet

Dari Bintulu ke kota Kuching
Hendak membeli raga rotan
Perpindahan saudara doa diiring
Jemput singgah bila berkesempatan

Berdayung sampan ke Tanah Semenanjung
Hendak membeli tikarlah rotan
Budi dikenang bakti disanjung
Kekal subur dalam ingatan

Puan Seri Saloma seniwati agung
Tokah anak seni Malaysia sejati
Jasa dan bati kami sanjung
Sejambak budi setangkai hati

Baca: 20+ Doa Selepas Solat – Koleksi Doa Para Nabi

Pantun Perpisahan dan perpisahan

Tidur lena di bilik beradu
Hujan lebat di Kampung Baru
Bagaimana kami takkan rindu
Tuan mendapat tempat baharu

Panjang sungguh jambatan Pulau Pinang
Sempat berhenti di Tanjung Uban
Jasa kalian tetap dikenang
Semoga diberkati diredhai Tuhan

Nyiru dilitup samarenda perak
Jingga berbenang emas seukur
Nama disebut bukanlah riak
Jasa dikenang bertumpang syukur

Mat Kilau pahlawan sejati
Pejuang hebat tuntut merdeka
Menjunjung kasih setia budi
Budi tak dapat hendak dilupa

Dari Pahang tuan datang
Bawakan kami beras wangi
Tulus ikhlas kami mengundang
Ada rezeki jenguklah kami

Baca: Pantun Cinta Terbaik Romantis (Bergambar)

Baca: Contoh Karangan Laporan Hari Sukan

Gerbang ehsan tersohor hebat
Ke mana sahaja nama ternama
Gemilang tuan/puan memberi nobat
Kenang jasa disebut nama

Anak tanjung anak mami
Pandao masak nasi dan laksa
Kasih dijunjung sekalung budi
Takkan dilupa selagi bernyawa

Bagaimana nasi tidakkan putih
Beras ditumbuk rendang dahulu
Bagaimana hati tidakkan sedih
Puas membujuk orang tak mahu

Baca: Pantun Cinta – 80 Koleksi Pantun Melayu Sweet

Pantun Perpisahan dan perpisahan

pantun perpisahan lucu, moden, pantun persaraan dan perpisahan, pantun jamuan perpisahan, pantun perpisahan english, pantun persaraan dan perpisahan, pantun mohon maaf perpisahan, pantun majlis perpisahan lengkap, sekolah,