Panduan: Cara Solat Taubat dan Doa Solat Taubat

Sebagai manusia biasa, kita semua patinya tidak akan terlepas daripada melakukan berbagai kesilapan – samaada secara sengaja mahupun tidak sengaja. Namun, Allah SWT yang Maha Pengampun dan Pengasih sentiasa memberikan ruang yang terbentang luas kepada hamba-Nya untuk bertaubat serta membersihkan diri daripada pelbagai kesalahan mahupun kesilapan. Allah SWT juga memberikan janji dan harapan kepada orang yang melakukan dosa agar tidak berputus asa daripada rahmat-Nya.

Hai orang-orang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang sebenar.

Surah al-Tahrin 66:8

Hukum Bertaubat – Para ulama mengatakan bahawa bertaubat daripada perbuatan dosa adalah wajib. Antara cara untuk memulakan taubat adalah dengan segera meninggalkan perbuatan keji mahupun maksiat erta berusaha untuk tidak mengulanginya.

Bilangan Rakaat Solat Sunat Taubat – 2 Rakaat.

Waktu Solat Sunat Taubat – Segerakan taubat dan tidak boleh ditangguh-tangguh mahupun ditunda. Solat Sunat Taubat ini boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja, walaupun pada waktu-waktu yang dilarang mengerjakan solat. Taubat itu adalah wajib dan ia perlu disegerakan.

SYARAT-SYARAT TAUBAT NASUHA

  • Ikhlas untuk bertaubat
  • Tidak akan melakukan perbuatan dosa itu lagi
  • Menyesali perbuatan yang telah dilakukan
  • Mempunyai tekad untuk tidak melakukan dosa elama-lamanya.
  • Dikerjakan sebelum ajal tiba.

CARA SOLAT TAUBAT – RINGKAS

Panduan: Cara Solat Taubat dan Doa Solat Taubat

Baca: PDF Doa Dhuha Rumi, Terjemahan, Jawi

Rakaat Pertama

  • Membaca Surah Al-Fatihah
  • Membaca mana-mana surah daripada Al-Quran

Rakaat Kedua

  • Membaca Surah Al-Fatihah
  • Membaca mana-mana surah daripada Al=Quran

Baca: Zikir Pagi Pembuka Rezeki: Keselamatan dan Dipermudahkan

Beristighfar dan Berdoa

Panduan: Cara Solat Taubat dan Doa Solat Taubat

Ya Allah, sesungguhnya aku telah menzalimi diriku sendiri dengan kezaliman yang besar. Dan tiada siapa yang akan mengampuni dosa-dosaku melainkan Engkau. Maka ampunilah aku dengan keampunan yang besar daripada sisiMu. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Pengasih.

Panduan: Cara Solat Taubat dan Doa Solat Taubat Panduan: Cara Solat Taubat dan Doa Solat Taubat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *