Koleksi Ucapan Hari Raya Aidilfitri 2021 – Tema COVID19

Pantun Lucu Hari Raya

Koleksi Ucapan Hari Raya Aidilfitri 2020 - Tema COVID19

Tok Dalang pergi ke dusun, Gadis India memakai sari, Seikhlas hati jari disusun, Memohon dimaaf kekhilafan diri.

Koleksi Ucapan Hari Raya Aidilfitri 2020 - Tema COVID19

Ketupat pulut cap permaisuri, Hendak direbus di tepi perigi, WhatsApp dihantar pengganti diri, Tanda ingatan di Aidilfitri

Di sana gunung di sini gunung, Tengah-tengah Pulau Mahkota, Di malam raya merasa bingung, Teringat keluarga yang jauh di mata

Sebulan berpuasa cukup sudah, Di pagi raya membayar zakat, Mohon ampun silap dan salah, Moga hubungan bertambah erat.

Hajat hati nak peluk gunung, Apakan daya tangan tak sampai, Malam raya duduk termenung, Air mata jatuh berjurai

Baca: Ucapan Happy Birthday in English


UCAPAN – HARI RAYA CAPTION

Tiada pantun, tiada ayat best. Duit raya pun tiada. Tak boleh balik raya. Selamat Hari Raya Aidilfitri.

Adakala, kapas tak selalunya putih, langkah tak selalunya lurus, air tak selalunya jenih. Begitu juga aku. Syawal sudah menjelma. Namun, tahun ini tidak boleh balik beraya di kampung. Maaf dipinta zahir dan batin. Selamat Hari Raya.

Baca: Latest Wishes for Birthday to Inspire You

Koleksi Ucapan Hari Raya Aidilfitri 2020 - Tema COVID19

Takbir bergema menggegar jiwa. Andai ada salah dan dosa. Mohon ampun dihari mulia. Salam Lebaran. Minal Aidil Walfaizin

Jemari tak dapat berjabat. Raga tak dapat bertatap. Seiring beduk yang menggema, seruan takbir yang berkumandang. Ku atur salam menyambut Aidilfitri. Mohon maaf zahir dan batin.

Jambangan bunga indah berseri, menjadi hiasan di aidilfitri. WhatsApp di hantar pengganti diri. Tanda ingatan tak lupa dihati. Salam Lebaran. Minal Aidil Walfaizin.


contoh ucapan hari raya – sedih tak balik kampung

Koleksi Ucapan Hari Raya Aidilfitri 2020 - Tema COVID19

Taqabbalallahu Minna Wa Minkum. Tiada kata seindah maaf. Bila ada kata dan perbuatan yang khilaf. Kiranya maaf yang kami harapkan. Selamat Hari Raya Aidilfitri. Mohon maaf zahir batin.

Baca: Bergambar – Doa dan Ucapan Perkahwinan Sunnah

Beningkan hati dengan dzikir. Cerahkan jiwa dengan cinta. Lalui hari dengan senyum. Tetapkan langkah dengan kesyukuran. Sucikan hati dengan penuh kemaafan. Minal aidin wal faizin.

Sir lump mud hurry rare year ideal fit tree moo lee year… ma half za hair bar ten… 2 loose dairy hearty young eek class.. Sorry I baroo balik dairy LONDON.

Masak lemang sambil berdiri, Hendak makan di aidil fitri, Nak balik tapi takut ada COVID19, WhatsApp jer boleh ku beri. SALAM AIDILFITRI

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI. MAAF ZAHIR DAN BATIN terutama kepada seluruh ahli keluarga dikampung. Mohon maaf kepada semua kerana pada tahun ini tak dapat beraya bersama di kampung. Selamat bergembira. Jangan sedih-sedih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *